Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas


Hari kedua kami di bumi Perth , cuaca pula memang sejuk menggigil !  Tapi tetap tak halang semangat kami untuk nak berjalan-jalan di Perth CBD dan shopping di tengah kota Perth! Nama pun ‘city day’, kan. Hehe.




Perth Day 2  Jalan-Jalan & Shopping Time di Perth CBD !
Lepas sarapan (yang sebenarnya brunch) di hotel, kami pun bersiap-siap keluar. Tapi kali ni malas nak menapak lama-lama. Nak jalan kaki dari Comfort Inn & Suites Goodearth ke Perth City dalam 20 minit jugaklah. Fuhh sejuk pun ya, jauh sikit pun ya. Jadi kami buat keputusan untuk naik bas je!





Naik Bas di Perth? Percuma Weiii!
Yes, bas dekat kawasan CBD Perth ni percuma je. Nama servisnya CAT Bus (Central Area Transit). Korang boleh naik turun sesuka hati tanpa bayar satu sen pun! 
Lagi best, bas stop depan hotel je. Tinggal jalan keluar lobi terus tunggu. Tak perlu kalut cari parking, tak perlu susah fikir bayar berapa. Tapi kalau korang decide nak naik kereta jugak, prepare lah bayar lebih kurang $6 sejam untuk parking. Kira-kira RM17 jugak la sejam. Nak pusing-pusing 4 jam? Kiralah sendiri hehe.


Cuaca Perth Musim Sejuk , Tapi Best!
Cuaca hari kedua ni... kejap hujan, kejap reda. Gitulah musim winter di Perth. Tapi bukanlah hujan lebat sangat pun. Macam gerimis manja dekat Malaysia je. Tapi sejuk dia tetap menyengat! 
Jangan bajet sasa sangat nak jalan tanpa jaket. Mat salleh pun semua pakai jaket tau, walaupun orang putih kononnya tahan sejuk. Kita rakyat Malaysia, sila insaf .
Lokasi-Lokasi Wajib Singgah Hari Ni....







Hay Street Mall
Sampai je Perth City, kami mulakan dengan Hay Street Mall. Kat sini best untuk cuci mata, cari toilet (penting okey), dan lepak-lepak minum kopi atau makan pun ada. Ada macam-macam kedai dari butik sampai kedai cenderamata.
Tempat ni agak luas dan mostly outdoor, jadi feeling dia macam jalan-jalan dekat Jonker Walk versi Perth lah. Tapi lebih chill dan bersih.





London CourtLondon Court, yang terletak di tengah-tengah Perth CBD antara Hay Street Mall dan St Georges Terrace, ialah salah satu tempat paling ikonik dan Instagrammable di Perth walaupun kecil, tapi penuh dengan karakter unik ala-ala Eropah lama. Kalau korang jalan-jalan area Hay Street Mall, memang wajib masuk lorong ini

London Court dibina pada tahun 1937 oleh seorang pelabur kaya bernama Claude de Bernales, seorang peniaga perlombongan emas. Konsep bangunan ini diinspirasikan oleh seni bina zaman Tudor di England, dan memang sengaja dibina untuk beri vibe seperti berjalan di lorong-lorong kecil di London zaman silam

Lorong ini menghubungkan dua jalan utama di Perth:
Hay Street Mall (pintu hadapan)St Georges Terrace (pintu belakang)
Ciri Menarik London Court:
Seni bina zaman Tudor dinding bata merah, kayu ukiran, bumbung runcing, tingkap kaca warna-warni dan replika patung klasik Eropah. Bila masuk lorong ni, rasa macam masuk set filem Harry Potter

Jam Antik Terdapat dua jam besar di hujung lorong (depan dan belakang). Jam ini ada patung kecil yang akan bergerak setiap 15 minit. Ramai tunggu untuk rakam video waktu ni, especially budak-budak suka tengok

Kedai-kedai unik dalam lorong ni ada kedai menjual:
Barangan kemas & jam tanganKedai cenderamata PerthCafé kecilButik pakaian & seniKedai coklat dan snek manisGaleri seni tempatan
Spot bergambar popular. Kalau datang waktu pagi (sebelum ramai orang), korang boleh dapat gambar aesthetic gila-gila! Lighting semula jadi masuk dari atas dan batu-bata merah buat gambar nampak macam di Eropah betul






Chemist Warehouse
Ni antara kedai wajib singgah kalau datang Australia. Chemist Warehouse ni boleh cari macam-macam dari ubat, vitamin, skincare sampai perfume.
Harga perfume sini boleh tahan murah. Tapi kena pandai pilih. Ada brand yang harga beza banyak berbanding Malaysia. Tapi nasihat jujur belanja ikut kemampuan dompet masing-masing ya! Jangan sakan sangat, nanti menangis bila tengok baki bank.
Kmart
Tempat feveret kami untuk beli barang keluarga. Nak cari hadiah birthday, pakaian winter, mainan anak-anak semua boleh dapat sini.
Daim & Dzal sempat pilih jaket Tottenham, special sikit sebab minat bola hehe. Kami pun beli hadiah untuk mak, abah, along dan kawan-kawan kat sini terus. Harga memang berbaloi, tapi kalau convert RM ke AUD tu... fuh, terasa jugak lah ya.





Woolworths
Woolworths ni macam Tesco / Lotus versi Aussie. Kami masuk cari groceries dan coklat. Coklat Australia memang sedap dan berbaloi! Tapi untuk ayam, daging dan kambing, kami tak beli sini sebab nak yang halal.
Kami beli dan singgah di Belmont Halal Market je beli semua tu.




7-Eleven Perth CBD
Haaa ni wajib stop untuk kopi panas dan hot chocolate! Tengah-tengah cuaca sejuk ni, masuk 7-Eleven rasa macam peluk heater.
Paling best harga latte dan hot chocolate cuma $2 ke $3 je. Kalau tempat lain, boleh sampai $6-7 secawan. Jimat banyak minum sini. Kami pun pekena kopi panas sebelum balik hotel.



Balik Hotel – Masak, Makan, Rehat 
Lepas habis pusing-pusing dan kaki pun dah lenguh, kami pun balik hotel naik bas semula. Senang betul ada bas percuma ni, memang best stay area Perth CBD.
Sampai je bilik, terus tukar baju, masak untuk dinner. Kami bawa bahan dari Malaysia dan beli sikit dekat Belmont Halal Market. Malam tu makan dalam bilik je, jimat dan tenang .
Tips Tambahan Untuk Korang Yang Nak Ke Perth:
Download apps Transperth – untuk semak jadual dan laluan bas percuma.Bawa jaket tebal walaupun korang rasa badan jenis tahan sejuk. Percayalah, sejuk Perth ni boleh buat tersentak .Shopping ikut bajet ingat, matawang AUD tu boleh buat dompet menangis kalau tak berhati-hati.Kalau boleh, duduk hotel dekat dengan CAT Bus stop. Jimat masa dan tenaga.
Kalau travel dengan anak-anak, plan pit stop untuk toilet & makan. Hay Street Mall, Kmart dan Chemist Warehouse semua ada kemudahan ni.
Penutup Hari Kedua – Walau Hujan, Tetap Penuh Memori 
Walaupun hujan sekejap-sekejap, hari kedua kami di Perth tetap meriah. Dapat tengok suasana bandar Perth, beli barang untuk keluarga, dan lepak dengan kopi panas semua tu sangat priceless.
Tak sabar nak cerita untuk Perth Day 3 pulak! Ada banyak lagi tempat best kami lawat. Tungguuuuu 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/07/perth-cbd-day-kmart-chemist-warehouse-hay-street-murray-street.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum korang Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke bumi Perth selepas beberapa minggu merancang Trip kali ni memang penuh emosi penuh syukur dan sangat kami nantikan sebagai anniversary getaway yang ke 13 Dalam entri kali ni saya ...
Addendum Let Court Handle It Pm Says

Addendum Let Court Handle It Pm Says

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 131 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said that whilst he respected everyone s views on the royal addendum issue involving Najib Abdul Razak the matter is now subject to judicial proceedings This additional document is a court matter now no issue Le...
Firdaus Wong S Secret Child Conversion Video Unconstitutional Court Rules

Firdaus Wong S Secret Child Conversion Video Unconstitutional Court Rules

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 184 hits
The High Court orders the preacher to permanently remove the video and prohibits him from publishing similar videos or statements Lawyer M Visvanathan explaining the outcome of the proceedings to three of the eight parents outside the High ...
Cyberjaya Student S Murder Teen Pair Charged In Court

Cyberjaya Student S Murder Teen Pair Charged In Court

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 147 hits
Clad in a white T shirt Darvien stood in the dock as the charge was read before magistrate Khairatul Animahtul Abd Jalani Thineswary dressed in black also appeared separately before the court NSTP MOHD FADLI HAMZAHSEPANG A man and a woman w...
Police Must Facilitate Turun Anwar Rally After Court Ruling Pas

Police Must Facilitate Turun Anwar Rally After Court Ruling Pas

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 232 hits
PAS has urged police to facilitate the upcoming Himpunan Turun Anwar rally following the Federal Court decision that ruled a section of the Peaceful Assembly Act 2012 criminalising not giving notice of assemblies to the authorities as uncon...
Court Of Appeal Judge Wan Ahmad Farid To Become Next Cj

Court Of Appeal Judge Wan Ahmad Farid To Become Next Cj

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 213 hits
Speculation is rife among the legal fraternity that Court of Appeal judge Wan Ahmad Farid Wan Salleh has become one of the front runners to become the next chief justice Wan Ahmad Farid 62 used to serve as a deputy minister before becoming ...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina