Itinerari Bercuti Di Phuket Thailand Selama 4 Hari Tahun 2024



Pada 15 november 2019 yang lepas aku dan keluarga berkesempatan bercuti di Phuket, Thailand. Sebenarnya ia adalah hadiah daripada Shaklee kepada yang berjaya. Terima kasih kepada Shaklee untuk hadiah percutian ini.

Jadi perkongsian percutian ini mungkin tidak termasuk kos dan bayaran kerana semua telah disponsor. Kami berempat, iaitu ibubapa dan abang aku yang bercuti di Phuket, Thailand bersama beratus lagi peserta. Bestlah kan dapat jalan oversea.
💡Table Of Contents

Hari PertamaHari KeduaHari ketigaHari Keempat
Perjalanan kami bermula pada 15 - 18 November 2019 iaitu selama 4 hari. Dalam 4 hari pelbagai aktiviti yang dibuat dan beberapa tempat di lawati.
Pastinya memberikan pengalaman baru terhadap peserta dan juga aku. Ini kali pertama aku sampai di Phuket dan kali ke 2 aku berpijak di bumi Thailand yang sebelum ini adalah di Bangkok
BACA JUGA : Sempat Melawat Mercu Tanda Yang Terkenal Di Bangkok, The Grand Palace
Jika korang nak tahu, Phuket yang diambil daripada bahasa Melayu Nusantara, Bukit diolah menjadi Phuket. 70% di Phuket adalah berbukit, sebab itulah ianya dinamakan dengan pulau Phuket.
Yang utama sekali ketika berada di Phuket adalah dengan kecantikan pantainya. Yang paling terkenal adalah Karon dan Patong Beach. Datang la kedua-dua pulau ini, pasti korang tidak akan menyesal.
Itinerary 4 Hari Ketika Berada Di Phuket, Thailand Perjalanan kami bermula dengan ETS Salak Tinggi dan terus ke KLIA. Kami menaiki Malindo Air dan perjalanan mengambil masa 1 jam setengah daripada KUL ke HKT (Phuket International Airport). Perjalanan yang singkat sahaja kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh.
Korang kene tahu, masa di Phuket adalah 1 jam lambat daripada waktu Malaysia, jadi mungkin di tiket flight tersebut akan menunjukkan tempoh perjalanan adalah setengah jam je. Hahaha Kene tengok betul-betul tahu.
Hari Pertama - 15 NovKami sampai di HKT lebih kurang 12.30 tengah hari waktu Phuket pada Jumaat. Aku sekeluarga terpaksa tunggu kumpulan lain untuk menaiki bas. Jadi lebih kurang 2.00 petang kami bergerak ke destinasi pertama iaitu sebuah restoren untuk lunch. Sebelum itu, kami singgah dahulu di Masjid Darul Abideen untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar.

Restoren kami ini berada di atas bukit iaitu di Hilltop Tunk-ka Restaurant. Perjalanan daripada masjid mengambil masa 40 minit. Sampai disana kami menikmati lunch bersama pemandangan daripada atas bukit melihat bandar Phuket. Makanan yang disediakan adalah makanan tempatan, sangat unik dan sedap.

   
Sepatutnya perjalanan seterusnya adalah bergerak ke Phuket Old Town tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan. Jadi kami terus ke penginapan iaitu di Hotel Duangjitt Resort & Spa berdekatan dengan Patong Beach.
Kami menginap di resort ini selama 4 hari 3 malam. Segala aktiviti bebas, biasanya hanya sekitar Patong Beach ini sahaja. Untuk pengetahuan, resort ini memiliki kolam mandi terbesar di Phuket.
Pada malamnya, kami hanya berjalan disekitar resort dan di Pa Tong Beach. Nikmati makan malam dengan pancake pisang. Datang sini, kene cuba. Sedap wehhh
   
[Itinerary Hari Pertama]
KUL - HKT : Malindon Air (1 jam setengah)Masjid Darul AbideenRestoren Hilltop Tunk-kaPhuket Old town (terpaksa dibatalkan)Hotel Duangjity Resort & Spa di Patong Beach
Hari Kedua - 16 NovAktiviti utama pada Sabtu adalah bermain dan menaiki ATV. Aktiviti lasak kami dijalankan di Phuket Paradise ATV & Zipline. Perjalanan mengambil masa 30 minit daripada hotel. Untuk memasuki ke bahagian ATV, bas tidak dibenarkan kerana ruang yang terhad. Jadi kami menaiki kereta.
 

Sebelum memulakan ekspidisi ATV, kami akan diberi briefing keselamatan dan juga cara menggunakan dan menggerakan ATV tersebut. Ianya sedikit berbeza dengan motosikal ya.
Perjalanan melalui hutan berbukit menaiki ATV mengambil masa 45 minit untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Buddha Temple. Disini kami akan berhenti sementara, dan terus pulang melalui jalan yang sama. Korang boleh baca aktiviti ATV dengan lebih terperinci disini. Sangat menarik untuk dicuba.
Aktiviti seterusnya adalah dimalam hari iaitu nikmati persembahan budaya tempatan, makan malam dan persembahan teater di Siam Niramit Dinner & Show.
 

Persembahan terbuka yang sangat menarik daripada tuan rumah. Ada persembahan Muay Thai, tarian budaya, perarakan gajah perang dan sebagainya.
Persembahan terakhir, kami disajikan dengan persembahan teater yang sangat mengkagumkan di dalam auditorium. Mereka mempersembahkan pelbagai babak yang berbeza-beza. Siap ada air pancut lagi atas pantas. Boleh baca dengan lanjut di acara teater terbesar di Thailand.
[Itinerary Hari Kedua]
Bermain ATV di Phuket Paradise ATV & Zipline (THB 1200-2500)Berjalan di dalam Tesco Phuket sambil menunggu basSiam Niramit Dinner & Show (Nikmati persembahan, makan malam dan persembahan teater) (THB 1450)
Hari Ketiga - 17 NovHari Ahad perjalanan menuju tempat shopping dan juga melihat persembahan Dolphin. Sebelum itu, kami singgah di T-Shirt Phuket Factory.
Ianya sebuah Kedai yang membuat sendiri t-shir dan menjual pakaian dan souvenir untuk dibawa pulang dengan harga berpatutan berbanding di kawasan Patong Beach yang lebih mahal.
Korang boleh dapatkan baju pelbagai corak dan gambar, hasil kraftangan, keychain, beg dan sebagainya. Beli 10 percuma 1. Owner kedai tersebut boleh bertutur bahasa melayu kerana katanya berasal daripada selatan Thai. Mudahlah nak tawar menawar.


Selepas selesai terus pergi ke Dolphin Bay Phuket yang tidak jauh daripada kedai tersebut. Disini korang akan disajikan dengan persembahan anjing laut dan dolphin yang bijak lagi comel. Pasti korang tidak akan menyesal datang sini. Baca lebih lanjut di artikel Dolphin Bay, Phuket Thailand.
Pada malamnya, kami semua peserta disajikan dengan makan malam eksklusif daripada Shaklee di berhampiran jeti Banana Beach. Terdapat pelbagai aktiviti dan juadah makanan yang disajikan. Pasti tidak dapat dilupakan oleh kami. Terima kasih Shaklee.



[Itinerary Hari Ketiga]
Kedai souvenir, T-Shirt Phuket FactoryDolphin Bay, Phuket (THB 900)Makan malam eksklusif di jeti banana beach
Hari Keempat - 18 NovHari keempat iaitu hari Isnin tiada aktiviti khusus yang disediakan. Ini kerana flight paling awal adalah pada jam 1.30 petang, jadi kami mesti berada di HKT pada pukul 10 pagi. Masih menaiki Malindo Air untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Jika hari terakhir korang berada di Phuket dan sudah sampai di HKT. Tiba-tiba korang lihat masih banyak lagi duit Thai Baht, korang boleh tukar kepada RM di mana-mana money changer. Takda lah bawa pulang Thai Baht kan. Boleh guna di Malaysia pula.
 
Demikian itinerary ringkas selama 4 hari berada di Phuket, Thailand. Pastinya percutian yang menyeronokkan yang tidak boleh dilupakan ketika berada di sana. Jadi lepas ni, nak pergi mana pula weh!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2019/11/pengalaman-bercuti-di-phuket-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 234 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi memenuhi jemputan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2024 dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Huazong merupakan NGO yang ditubuhkan sebagai persekutuan bagi pertubuhan pertubuhan Cina seluruh negara bag...
Foto Suasana Hikmat Warga Keturunan Tionghoa Di Tangerang Sembahyang Di Malam Pergantian Tahun Baru Imlek 2024

Foto Suasana Hikmat Warga Keturunan Tionghoa Di Tangerang Sembahyang Di Malam Pergantian Tahun Baru Imlek 2024

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 199 hits
Ribuan warga keturunan Tionghoa berkumpul di klenteng dan rumah rumah ibadah untuk menghadiri sembahyang yang khusus dilakukan pada malam tersebut
Contoh Ucapan Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023

Contoh Ucapan Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan Ke 66 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 325 hits
Bulan Ogos dikenali juga dengan bulan Kemerdekaan Pada 31 Ogos setiap tahun kita akan meraikan Hari Kebangsaan Jadi detik ini pastinya ucapan Hari Merdeka banyak dikongsikan terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia Hari Kemerdekaan atau kin...
Hartanah Sunway Sasarkan Rm2 6 Bilion Untuk Tahun 2024

Hartanah Sunway Sasarkan Rm2 6 Bilion Untuk Tahun 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 180 hits
Sunway Property telah mengumumkan matlamat jualan sebanyak RM2 6 bilion untuk tahun 2024 ini berdasarkan prestasi positif syarikat pada tahun lepas di mana pemaju ini mencapai jualan sebanyak RM2 4 bilion di perniagaan Malaysia dan antaraba...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024

Jadual Waktu Berbuka Puasa Amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 248 hits
Jadual Waktu berbuka Puasa amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024 KHALIFAH MEDIA NETWORKS Bulan Ramadhan ialah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam di dunia Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga Semua orang Islam diwajibkan berpuasa di ...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Naga

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 341 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan kehormatan kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk peray...
29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz

29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 179 hits
29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz Selamat kembali 29 February selepas empat tahun menanti Alhamdulillah Kita masih bertemu dengan tarikh yang unik Ini untuk tahun 2024 kerana hanya insan terpilih sahaja yang diberi a...
Fakta Unik Anak Anak Yang Lahir Pada 29 Februari Sambut Hari Jadi 4 Tahun Sekali

Fakta Unik Anak Anak Yang Lahir Pada 29 Februari Sambut Hari Jadi 4 Tahun Sekali

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 161 hits
Tanggal 29 Februari merupakan hari yang sangat unik bagi masyarakat di seluruh dunia Uniknya tarikh yang muncul empat tahun sekali ini atau dikenali sebagai tahun lompat memberikan tambahan masa 24 jam dalam kalendar Fenomena ini berlaku ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba