Isu Zakir Ngo Gesa Pm Tidak Tunduk Desakan Minoriti


Haspaizi Zain

Sebuah NGO yang dinamakan sebagai Persatuan Saudara Islam meminta Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad supaya tidak tunduk dengan desakan "kumpulan minoriti" yang mahukan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.

Presidennya, Osman Abu Bakar menyokong pendirian perdana menteri sebelum ini untuk membenarkan Zakir berada di negara ini.

"Keputusan Dr Mahathir (mempertahankan Zakir) amat kami alu-alukan dan kami menyokong pendirian beliau.

"Kami amat berharap agar Dr Mahathir tidak tunduk kepada desakan kumpulan minoriti yang mahukan Zakir diusir keluar," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Osman (Gambar berbaju batik) sebelum itu bersama ahli persatuan berkenaan membuat laporan polis terhadap lima individu yang didakwa memutarbelitkan kenyataan Zakir sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Lima individu terbabit ialah Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy; Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago; Adun Bagan Dalam, M Satees dan bekas duta Malaysia ke Argentina, Dennis J Ignatius.

Dalam laporan polis yang dibuat, Osman meminta lima individu berkenaan disiasat di bawah Akta Hasutan.

'Jangan campuri urusan umat Islam'

Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan keputusan untuk membenarkan Zakir tinggal di negara ini umpama 'ditelan mati emak, di luah mati bapa'.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru perdana menteri berkata status Zakir sebagai Penduduk Tetap (PR) akan ditarik balik jika polis mendapati pendakwah berkenaan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

Semalam, Zakir yang juga penceramah bebas dipanggil ke Bukit Aman untuk keterangan direkodkan berhubung ceramahnya di Kelantan pada 8 Ogos lalu, yang didakwa berbaur perkauman.

Pihak polis juga tidak membenarkan pendakwah itu berucap dalam satu program yang dijadulkan berlangsung di Perlis.

Sementara itu, Osman meminta rakyat berbilang kaum di negara ini menghormati agama masing-masing dan jangan sesekali mencampuri urusan umat Islam.

"Umat Islam tidak pernah mempertikai kepercayaan penganut agama lain di negara ini. Jadi, bukan Islam jangan mencampuri urusan agama Islam.

"Bahkan pada musim perayaan tertentu penganut agama lain, pihak berkuasa yang beragama Islam ditugaskan untuk menjaga keamanan.

"Jadi, bagi bukan Islam jangan campuri urusan umat Islam apatah lagi anda tidak faham tentang Islam," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/isu-zakir-ngo-gesa-pm-tidak-tunduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 496 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Gesa Larang Dr Zakir Naik Berceramah Dan Keluar Kenyataan Gugat Hubungan Kaum

Gesa Larang Dr Zakir Naik Berceramah Dan Keluar Kenyataan Gugat Hubungan Kaum

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 369 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Isu Zakir Naik Perlu Ditanggani Secara Berhemah Bila Waytha Nak Minta Maaf Uzar

Isu Zakir Naik Perlu Ditanggani Secara Berhemah Bila Waytha Nak Minta Maaf Uzar

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 612 hits
Oleh Ustaz zaharuddin Abd RahmanMembantu dan memberikan perlindungan kepada Dr Zakir Naik selaku pendakwah Islam yang terdedah kepada bahaya di negaranya adalah suatu maslahat menjaga keharmonian kaum dan kestabilan politik setempat adalah ...
Isu Dr Zakir Naik Tiga Asas Yang Perlu Dihormati

Isu Dr Zakir Naik Tiga Asas Yang Perlu Dihormati

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 249 hits
PAS mengikuti dengan cermat perkembangan isu Dr Zakir Naik yang dibangkitkan oleh pihak pihak tertentu atas tujuan yang dilihat boleh mengeruhkan suasana PAS berpandangan terdapat tiga asas penting yang perlu dihormati dan diberi perhatian ...
Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 278 hits
Status penduduk tetap yang dimiliki oleh penceramah terkenal Dr Zakir Naik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Itulah penegasan disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang pada masa sama menyifatkan keberadaan Zakir di negara in...
Majlis Raja Raja Perlu Campur Tangan Isu Dr Zakir Naik

Majlis Raja Raja Perlu Campur Tangan Isu Dr Zakir Naik

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 368 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Apa niat mereka beri kesetiaan kepada India lebih dari Malaysia BANGI Majlis Raja Raja digesa campur tangan berhubung isu pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kerana menyentuh kepentingan antara agama terutam...
Ridhuan Tee Menangis Gesa Orang Islam Pertahan Zakir Naik

Ridhuan Tee Menangis Gesa Orang Islam Pertahan Zakir Naik

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 281 hits
KANGAR Pendakwah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyeru seluruh Muslim serta mualaf agar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Dr Zakir Naik Ridhuan ...
Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 356 hits
Ia susulan kenyataan Anwar yang tidak bersetuju dengan pendekatan dakwah Zakir yang dilihat menyentuh perkauman di negara ini
Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 277 hits
SAYA yakin ramai umat Islam belum peka dengan istilah dominan berbanding demokrasi Pagi ini kita menerima berita Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara Saya bukan mahu bercakap tentang pendakwah itu tetapi mengenai ciri dominan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025