Isu Uyghur Kerajaan Didesak Suarakan Bantahan


HARAKAHDAILY



BUKIT GANTANG: Kerajaan Pusat didesak menyuarakan bantahan melalui saluran diplomatik berkenaan isu penindasan umat Islam Uyghur di Xinjiang, China, demikian gesa Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

“Situasi getir yang berlaku di sana memerlukan tekanan diplomatik daripada negara-negara Islam dan negara yang cintakan keamanan. Kerajaan China perlu menghentikan segera pembersihan etnik yang berlaku terhadap umat Islam Uyghur dan mengembalikan keamanan di wilayah itu.
“Sila perhatikan di seluruh dunia tiada minoriti bukan Islam yang tinggal di negara-negara Islam dizalimi. Malangnya, umat Islam yang tinggal di Palestin, Myanmar, Khasmir, India, Selatan Filipina dan Pattani, Thailand menjadi mangsa penindasan non-Muslim.

Penegasan demikian disuarakan beliau ketika menyampaikan ucapan sempena Himpunan Aman Selamatkan Bangsa Uyghur di perkarangan Masjid Ahmadi, Kampung Changkat Ibol, dekat sini selepas solat Jumaat tadi

Katanya, umat Islam di Malaysia perlu mengambil pengajaran terhadap perkara yang berlaku di mana kelekaan kerana mengabaikan pegangan agama dan perpecahan akan menyebabkan tertindas di tanah air sendiri.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, tiada jaminan penduduk asal di sesuatu tempat akan kekal menguasai wilayah mereka sebagaimana nasib yang menimpa bangsa Uyghur di China dan bangsa Arab di Palestin.

“Sebenarnya, penindasan kepada bangsa Uyghur berlaku sejak tahun 1950-an lagi, namun dasar tertutup China dan tiada komunikasi yang baik telah menyebabkan penindasan mereka tidak diketahui umum.

“Kekejaman yang berlaku kepada bangsa Uyghur lebih hina daripada binatang dan tujuan utama mereka untuk menghapuskan identiti asal peribumi wilayah yang asalnya bernama Turkistan Timur,” ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Perak pula menggesa Kerajaan Pusat mengambil perhatian isu Uyghur dengan mendesak Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) mengambil tindakan segera agar penderitaan yang ditanggung mereka ditamatkan.

Ketuanya, Ustaz Mohd Faisal Ahmad Puait juga kecewa negara-negara Islam membiarkan isu ini tanpa sebarang tindakan dan mencadangkan OIC mengadakan sidang khas bagi mencari penyelesaiannya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Gantang, Sollehin Mohd Tajie menggesa semua parti politik mengenepikan kepentingan masing-masing dan bersatu hati mengangkat isu penindasan bangsa Uyghur serta membela nasib mereka.

Terdahulu khutbah berkenaan isu Uyghur telah disampaikan oleh khatib jemputan, Ustaz Muhammad Adlin Nasri Yusuf, manakala solat sunat hajat diimamkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Abdul Qahar Shamsudin dan Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Mustafa Abdul Wahab. – HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/isu-uyghur-kerajaan-didesak-suarakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isham Dakwa Kerajaan Tak Serius Selesai Isu Ekonomi Bumiputera

Isham Dakwa Kerajaan Tak Serius Selesai Isu Ekonomi Bumiputera

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 349 hits
Isham JalilKUALA LUMPUR Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil mendakwa kerajaan hari ini tidak lagi memandang serius terhadap masalah ekonomi bumiputera Beliau berkata perkara itu dapat dilihat menerusi beberapa pengumuman yang dibuat o...
Isu Uyghur Solat Hajat Qunut Nazilah Jom Ramai Ramai

Isu Uyghur Solat Hajat Qunut Nazilah Jom Ramai Ramai

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 529 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa isu yang menimpa ke atas umat Islam etnik Uyghur merupakan kewajipan seluruh umat Islam di dunia yang menjadi keutamaan pada masa ini selain isu penindasan di Palestin serta konflik di Syria Isu pemb...
Pemuda Bersatu Cadang M Sia Jadi Perantara Kerajaan China Uyghur

Pemuda Bersatu Cadang M Sia Jadi Perantara Kerajaan China Uyghur

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 424 hits
MALAYSIAKINI Pemuda Bersatu mencadangkan Malaysia sebagai perantara antara kerajaan China dan etnik Uyghur berhubung konflik di wilayah Xinjiang Ini kerana Malaysia berpengalaman luas menggalas peranan itu seperti dalam usaha perdamaian ant...
Kerajaan Gabungkan 28 Agensi Kawal Sempadan Kepada Satu

Kerajaan Gabungkan 28 Agensi Kawal Sempadan Kepada Satu

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 243 hits
Kerajaan Persekutuan bakal mewujudkan sebuah agensi bagi mengawal memperkukuh serta mempertingkatkan piawaian pengoperasian dan keselamatan di sepanjang sempadan negara Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan berkenaa...
Kerajaan Bertindaklah

Kerajaan Bertindaklah

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 494 hits
Jangan biar si penghasut Dong Zong terlepasKENYATAAN terbaharu dari Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Ng Chai Heng yang takut murid murid diislamkan jika pembelajaran tulisan jawi diteruskan amat ...
Kerajaan Pintu Belakang Peliwat Atau Semburit

Kerajaan Pintu Belakang Peliwat Atau Semburit

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 496 hits
Beginilah Kita mesti tolak peliwat peliwat Ini sangat jelas Macam mana formula rundingan dan kaedah jika akhir ceritanya ditemukan dengan peliwat peliwat kita mesti pastikan formula itu digagalkan Tidak masuk akal jika kita sama sama tanggu...
Adakah Benar Dakwaan Wan Saiful Wan Jan Kerajaan Ph Berjaya Tunai 75 Peratus Janji Ptptn

Adakah Benar Dakwaan Wan Saiful Wan Jan Kerajaan Ph Berjaya Tunai 75 Peratus Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 322 hits
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji berhubung skim pinjaman pelajaran itu Memetik penjelasan beliau dalam program
Masanya Kerajaan Tingkatkan Kemudahan Kesihatan Polis

Masanya Kerajaan Tingkatkan Kemudahan Kesihatan Polis

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 522 hits
Sudah sampai masanya pasukan polis disediakan hospital sendiri untuk anggotanya seperti dinikmati Angkatan Tentera Malaysia Presiden Persatuan Patriot Nasional Mohamed Arshad Raji berkata penubuhan itu perlu bagi memudahkan anggota polis me...
Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 347 hits
Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pemb...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd