Isham Dakwa Kerajaan Tak Serius Selesai Isu Ekonomi Bumiputera


Mohd Zaini Samsu Hadi Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mendakwa kerajaan hari ini tidak lagi memandang serius terhadap masalah ekonomi bumiputera.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi beberapa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan dengan terbaru melibatkan Permodalan Nasional Berhad terhadap bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan ASB sebanyak 5.5 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990.

“Pada bulan September lepas kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973.

“Dan sebelum itu pada bulan April tahun ini Kerajaan juga telah mengumumkan hibah Tabung Haji sebanyak 1.25 peratus iaitu hibah yang juga terendah dalam sejarah Tabung Haji,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isham berkata, hampir semua pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur dalam ASB, Tabung Haji serta LTAT merupakan Bumiputera yang melabur dalam institusi berkaitan kerajaan yang sebelum ini ditubuhkan untuk membantu meningkatkan ekuiti dan pegangan ekonomi Bumiputera.

Ujarnya, walaupun sebelum ini negara pernah berhadapan dengan beberapa krisis ekonomi terutama pada tahun 1997-1999 dan 2008-2009, namun, pulangan dividen bagi institusi-institusi ini tidak pernah seteruk ini.

“Pada tahun 1997 hingga 1998 ketika ekonomi tidak menentu dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur terhempas daripada 1,200 mata ke paras 261 mata dan aliran modal lari keluar ke luar negara, kerajaan tetap membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 10.25 peratus, LTAT 10.5 peratus dan hibah Tabung Haji 8 peratus.

“Pada tahun 2008 ketika ekonomi dunia dilanda krisis dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur sekali lagi jatuh daripada paras setinggi 1,400 mata ke paras 800 mata, kerajaan masih berjaya membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 8.75 peratus, LTAT 10 pertus dan hibah Tabung Haji 5 peratus.

“Kini pulangan bagi pelaburan institusi-institusi ini adalah hanya ASB 5.5 peratus, LTAT dua peratus dan Tabung Haji 1.25 peratus,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan, jika perkara itu berterusan, adakah pelabur masih berminat untuk melabur dalam institusi-institusi ini atau adakah mereka akan mengeluarkan wang mereka ke tempat lain?

“Jika ini berlaku, apakah yang akan jadi kepada institusi-institusi pelaburan kerajaan ini yang sebelum ini bertanggungjawab menggalakkan pegangan ekonomi bumiputera?

“Dan apakah yang akan jadi kepada keseluruhan pegangan ekuiti bumiputera di negara ini?” soalnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/isham-dakwa-kerajaan-tak-serius-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 371 hits
Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera yang rendah tahun ini dan dalam sejarah jelas membukti keadaan ekonomi negara amat teruk Pelabur dan pakar pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi negara sedang dan telah merudum Keadaan ini mungkin...
Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 230 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas menyelesaikan masalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu Saya telah berjanji bahawa saya akan melepaskan jawatan seba...
19 Bulan Ph Ekonomi Tak Jelas Masalah Pokok Gagal Selesai Tambah Masalah Baru

19 Bulan Ph Ekonomi Tak Jelas Masalah Pokok Gagal Selesai Tambah Masalah Baru

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 369 hits
Rancakkan ekonomi bukan kurangkan penjawat awamPAS meminta Kerajaan Persekutuan merancakkan ekonomi terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan mengurangkan saiz penjawat awam Jumlah saiz perjawatan awam sekarang ialah 1 57 juta orang atau ...
Asb Terendah Pemuda Umno Dakwa Kerajaan Flip Flop

Asb Terendah Pemuda Umno Dakwa Kerajaan Flip Flop

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 286 hits
Pengumuman kadar agihan pendapatan ASB yang terendah dalam sejarah sebanyak 5 5 peratus didakwa berpunca daripada sikap flip flop kerajaan yang sering melakukan u turn terhadap dasar yang ditentukan Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar Mustafa S...
Isu Peralihan Kuasa Tidak Selesai Kerana Salah Mahathir

Isu Peralihan Kuasa Tidak Selesai Kerana Salah Mahathir

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 276 hits
Jika difahami betul betul memang betul sebenarnya bahawa isu pengganti Perdana Menteri ini sudah lama selesai Tidak perlu sesiapa lagi membangkitkannya sejak dulu dan juga sekarang ini Ini kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang dipers...
Isu Tunggakkan Bayaran Ini Penjelasan Dari Pbsnt

Isu Tunggakkan Bayaran Ini Penjelasan Dari Pbsnt

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 171 hits
PENJELASAN ISU TUNGGAKAN BAYARAN BEKAS PEMAIN TFC 2019 Selesai musim 2019 TFC menamatkan saingan Liga Super di tempat ke 7 suku akhir Piala FA Malaysia di bawah bimbingan Nafuzi Zain setelah mengambil alih sebagai Caretaker sehingga habis m...
Buat Sekali Sumpah Laknat Isu 1mdb Akmal

Buat Sekali Sumpah Laknat Isu 1mdb Akmal

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Selain membuat sumpah laknat berkenaan tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu Datuk Seri Najib Razak diminta membuat perkara yang sama berkaitan 1MDB Cadangan berbentuk sindiran itu dibuat oleh Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir Tapi ...
Sugarbook Lebai Jangan Putar Belit Isu

Sugarbook Lebai Jangan Putar Belit Isu

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 288 hits
Ipohmali Apa punya teruk Ulama PAS PJ PAS Wilayah hat buat kenyataan Iklan SugarB K tu satu bentuk normalisasi Maksiat oleh kerajaan PH apa punya teruk IQ dia Lepas tu salahkan konsep Rahmatan Li A lamin apa kena mengena Iklan tu bawah bida...
Tun M Enggan Ulas Isu Vvip Jumpa Azilah

Tun M Enggan Ulas Isu Vvip Jumpa Azilah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 225 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta yang lain hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Per...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional