Isu Umum Laman Web Dan Hos Wordpress


Mengapa ramai orang menggunakan WordPress? Seperti yang saya telah menunjukkan kepada anda dari artikel sebelumnya; WordPress adalah mudah untuk digunakan, cara mudah untuk menambah plugin atau tema dan panel kawalan yang sangat mesra pengguna.
Dengan lebih daripada 60% dalam pasaran hari ini, WordPress tidak diragui lagi sebagai sistem pengurusan kandungan yang paling popular di dunia. Tetapi dengan populariti ini datang risiko keselamatan; Secara umumnya, WordPress adalah salah satu sasaran yang paling popular untuk penggodam dan malware.
Terdapat beratus-ratus ribu hos web yang telah memenuhi keperluan minimum WordPress. tetapi apa yang anda mahu adalah lebih daripada minimum spec. Anda memerlukan sebuah hos yang kaya dengan sumber dan boleh dipercayai supaya Laman WordPress anda dapat dilancarkan dengan lebih cepat dan selamat.
Jadi, marilah kita lihat pada keselamatan laman web WordPress dan WordPress hosting. Kebanyakan pelanggan bimbang tentang masalah isu ini. Sebagai contoh, masalah utama iaitu laman web tidak boleh dilancar kerana ia lambat atau mengalami masa time out. Dan bagi sesetengah orang, laman web yang dipaparkan adalah halaman kosong atau dengan beberapa ralat sintaks.
Pemilik laman web juga bimbang tentang pelayan yang terdedah kepada kelonggaran keselamatan, pasukan sokongan yang mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan isu hosting web dan caj tambahan tersembunyi harga yang tidak jelas.
Walaubagaimanpun WordPress adalah percuma dan boleh dimuat turun bila-bila masa tetapi WordPress tidak boleh dikatakan bebas dari ralat. Saya akan membincangkan isu laman web WordPress dan hos yang paling biasa terjadi dan cara serta idea yang anda boleh menyelesaikannya.
Sandaran WordPress Sebelum kita mula, buatlah sandaran laman web anda terlebih dahulu. Anda perlu sentiasa membuat sandaran lengkap WordPress anda sebelum membuat apa-apa perubahan dan mempunyai jadual sandaran tetap. Ini adalah apa yang biasanya saya lakukan, saya akan memampatkan atau zip kandungan WP atau laman keseluruhan dan mengeksport pangkalan data. Jikalaulah anda tidak dapat menyelesaikan masalah isu anda, anda masih boleh memulihkannya dengan sandaran anda.
Skrin Putih WordPress Skrin putih WordPress biasanya disebabkan oleh kesilapan pengekodan dan ianya tidak mempunyai mesej ralat. Ini merupakan kejadian yang begitu mengelirukan kerana tiada kod ralat atau mesej untuk menunjukkan di mana sesuatu telah silap, rosak ataupun hilang.
Pertama, pergi ke halaman plugin WordPress. Nyahaktifkan semua plugin anda, kemudian aktifkan setiap plugin satu per satu sehingga anda notis yang mana plugin adalah punca skrin putih. Sebaik sahaja anda mengetahui yang mana plugin menyebabkan skrin putih, jadi anda boleh alih keluar dan menyingkirkan plugin itu.
Tetapi jika anda tidak boleh mengakses halaman admin WordPress anda, ia agak menyusahkan. Anda perlu mengakses fail anda dengan menggunakan klien FTP seperti filezilla. Jika anda menggunakan cPanel atau Plesk atau lain-lain, terdapat fungsi pengurus fail yang anda boleh gunakan. Carilah folder wp-content/plugin atau wp-content/theme dan namakannya kepada sesuatu nama yang lain sehingga anda mengenal pasti plugin atau tema yang menyebabkan laman anda untuk rosak. Kemudiannya boleh mengalih keluar tema atau plugin masalah itu untuk menyelesaikan isu itu. Ambil perhatian juga, ada kemungkinan lebih daripada satu plugin yang rosak.
Sambungan Gagal Masa Tamat Jika anda melihat ralat “ERR_CONNECTION_TIMED_OUT” di WordPress, ia biasanya bermaksud laman web anda sedang atau cuba menggunakan banyak sumber pelayan seperti CPU atau Memory dan ini adalah isu biasa pada hos kongsi pelayan.
Kebanyakan punca utama masalah ini ialah plugin yang terlalu tua dan ianya mengunakan sumber cpu dan memory pelayan, isu dengan tema anda, dan pelan hos yang ada had limit.
Anda boleh mengenalpasti isu ini dengan menyahaktifkan plugin anda satu demi satu dan kemudian cuba untuk mengakses laman web anda selepas setiap penyahaktifan.
Anda mungkin mendapati bahawa salah satu plugin anda menyebabkan laman web anda rosak. Jika arahan di atas tidak berkesan, maka ia adalah yang terbaik anda menghubungi pembekal hos anda untuk mereka membantu.
Sambungan Pangkalan Data Gagal Masalah sambungan pangkalan data yang menunjukkan bahawa laman web anda tidak dapat menyambung ke pangkalan data anda dengan betul. Ini berlaku apabila anda telah mengubahsuai atau memasukkan butiran pangkalan data anda dengan salah seperti hos pangkalan data, nama pengguna pangkalan data atau kata laluan pangkalan data. Sesetengah kes, pangkalan data boleh korup. Jadi anda perlu membaiki pangkalan data anda.
Masalah Pelayan Dalaman Internal Server Error adalah isu WordPress yang paling biasa dan paling mengelirukan juga. Saya amat pasti sesuatu yang salah, tetapi pelayan hos tidak memberitahu anda apa-apa masalah.
Anda mesti menyemak sama ada fail htaccess ada kesilapan tak. Anda boleh melakukan ini dengan mengakses laman web anda menggunakan FTP dan mencari fail htaccess yang anda akan dapati dalam direktori yang sama sebagai folder seperti WP-admin. Kemudian namakan semula fail htaccess kepada sesuatu nama yang lain sebagai contoh htaccess-error dan mengakses laman web anda untuk melihat sama ada ia membantu.
Secara alternatif, anda perlu mengaktifkan fungsi debugging WordPress. Sila FTP ke laman web anda dan menambah baris kod berikut ke dalam WP-config anda seperti berikut:
define( 'WP_DEBUG', true ); Kemudian simpankan perubahan fail yang dibuat, muat naik semula fail ke pelayan anda, dan lawati laman anda untuk melihat jika terdapat sebarang ralat ditunjukkan. Jika anda mengetahui kesilapan ralat berkenaan, maka anda perlu menyelesaikannya. Jika tidak, lebih baiknya anda menghubungi hos pelayan atau jurubina laman anda.
404 Tidak Ditemui Salah satu sebab mengapa anda menghadapi masalah WordPress 404 ini apabila anda melawat halaman laman web anda adalah kerana seting permalink anda telah ubah ataupun diubah. Mungkin juga fail htaccess anda telah dialih keluar tanpa pengetahuian anda.
Okay sekarang, anda perlu membetulkan seting permalink WordPress anda. Anda boleh melakukannya dengan menuju ke seting» Permalinks dalam kawasan papan kawalan anda dan mengubahkan permalink anda kemudian klik butang simpan.
Atau secara manual anda boleh pergi ke pelayan anda menggunakan FTP, dan mengubah suai fail htaccess yang terletak di lokasi yang sama di mana folder seperti WP-admin terletak. Tambah Kod ini dalam fail htaccess anda:
# BEGIN WordPress RewriteEngine On RewriteBase / RewriteRule ^index\.php$ - [L] RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-f RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-d RewriteRule . /index.php [L] # END WordPress 403 Dilarang Tiada Kebenaran Masalah ini biasanya dipaparkan kerana pelayan anda tidak membenarkan anda mengakses halaman tertentu. Mengubah keizinan pada fail yang salah dan plugin yang tidak dikodkan betul adalah penyebab utama masalah ini.
403 Forbidden – You don’t have permission to access ‘/’ on this server. Additionally, a 403 Forbidden error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. Anda terpaksa menyahaktifkan semua plugin anda termasuk plugin keselamatan yang anda mungkin telah pasang. Jika masalah ini dapat diselesaikan sebaik sahaja anda menyahaktifkan plugin tertentu, pastinya masalah plugin tertentu puncanya. Mula mengaktifkan semula plugin satu demi satu sehingga anda melihat yang mana plugin puncanya.
Arahan diatas tidak berkesan, jika plugin bukan isu. Anda perlu memasuki ke dalam pelayan anda untuk mengubah keizinan pada semua fail dan folder WordPress anda melalui baris arahan seperti di bawah. Atau anda boleh menghubungi hos anda untuk membantu anda.
$ chown www-data:www-data -R * (Let Apache/Username be owner) $ find . -type d -exec chmod 755 {} \; (Change directory permissions rwxr-xr-x) $ find . -type f -exec chmod 644 {} \; (Change file permissions rw-r--r--) Masalah Penyelenggaraan Tertera WordPress sering mengemaskini sistem sendiri secara automatik dan kadang kala, ia boleh diganggu. Oleh sebab itulah, anda mungkin melihat mesej atau tetingkap timbul seperti “Briefly Unavailable for Scheduled Maintenance”.
Untuk menyelesaikan masalah ini, secara manual anda sendiri kena memadam fail .maintenance daripada folder utama laman web anda folder yang sama seperti WP-admin. Setelah ini dilakukan, maka laman anda harus kembali normal.
Penggodam dan Hacks Untuk mengelakkan daripada digodam, anda boleh cuba melakukan langkah keselamatan berikut atau meminta pelayan hos anda untuk melakukannya:
Jangan gunakan admin sebagai nama pengguna untuk masuk papan kawalan WordPressSediakan sandaran automatik setiap hari atau mingguan ataupun bulananTukar laman yoursite.com/wp-admin kepada laman yang lainMinta pengesahan bertingkat sebelum masuk WordPress andaJadual pengimbasan untuk perisian virusJangan gunakan lalai “wp_” pada pangkalan data anda Kemas kini sistem pengendalian anda dengan kerapGunakan perisian antivirus dan anti-malware Di samping itu, pembekal hos anda harus mempunyai langkah keselamatan asas seperti sijil SSL, Tembok Api, dan SFTP untuk mengelakkan daripada aktiviti penggodam dan hacks.
“Laman web ini mungkin digodam” Anda akan melihat mesej “This site may be hacked” apabila Google percaya penggodam mungkin telah menukar beberapa halaman anda atau menambah halaman spam baharu. Jika anda melawat laman web tersebut, anda boleh diarahkan ke laman web spam.
Untuk memperbaiki perkara ini, anda perlu melakukan yang berikut:
Buat sandaran laman WordPress anda.Daftar dan sahkan laman anda dalam Google’s Search Console.Daftar Masuk ke Search Console dan semak seksyen “Security Issues” untuk melihat butiran URL yang mana digodam. Betulkan isu keselamatan yang membersihkan laman web anda yang telah dijangkiti virus. Jika tidak, laman web anda mungkin dijangkiti semula.Pasangkan Sucuri ke laman web WordPress anda untuk mengelak masalah ini timbul. Sucuri membantu menyekat percubaan penggodam ke laman web anda dan membersihkan semua perisian hasad secara automatik.Sucuri akan membantu anda membuang semua kod hasad dan malware dari laman anda. Sebaik sahaja anda pasti bahawa laman web anda telah dibersihkan, kemudian bolehlah anda meminta Google untuk mengalih keluar ralat “Laman web berbahaya” dari hasil cariannya.Meminta kajian semula dalam bahagian “Security Issues” dalam Google’s Search Console apabila keseluruhan Laman web anda bersih dan selamat. Selepas Google menyemak bahawa laman web anda adalah selamat, Google akan mengalih keluar mesej “tapak ini mungkin digodam”. 502 Isu Pelayan Biasa ianya timbul apabila pelayan mengambil masa yang terlalu lama untuk memproses permintaan tanpa memberitahu apa kesilapan. Mungkin disebabkan oleh lalu lintas yang sangat tinggi, tema WP yang tidak dikodkan betul atau plugin yang terlampau uzur, atau bahkan salah tatarajah pelayan.
To solve your issue, try the following:
Cuba memasuki semula laman web anda sekali lagi untuk melihat jika ia muncul. Kadangkala, pelayan hos mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak kerana trafik yang tinggi.Jika itu tidak berkesan, cuba kosongkan cache pelayar anda. Pergi ke seting pelayar web anda dan klik pada “kosongkan cache”. Selepas itu, lihat laman web anda sekali lagi. Atau anda boleh menggunakan tetingkap peribadi Firefox, tetingkap Inkognito Chrome.Jika masalah masih berterusan, cubalah menyahaktifkan CDN atau Tembok Api Laman web anda.Anda juga boleh cuba mengemas kini plugin dan tema WordPress anda. Nyahaktifkan plugin anda dan kemudian mengaktifkan satu demi satu untuk melihat mana-mana satu plugin anda menyebabkan masalah ini.Jika tiada satu pun daripada petua di atas telah bekesan, cuba semak dengan pembekal hos anda.
The post Isu Umum Laman Web dan Hos WordPress appeared first on Wordpress Tip Guide Support Solution.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.jonloh.com/isu-umum-laman-web-dan-hos-wordpress/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Minta Tni Polri Awasi Ketat Penggunaan Masker Di Tempat Umum

Jokowi Minta Tni Polri Awasi Ketat Penggunaan Masker Di Tempat Umum

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 190 hits
Presiden Joko Jokowi Widodo kembali mengingatkan seluruh elemen masyarakat terkait pentingnya penggunaan masker untuk mencegah penularan COVID 19 Dia meminta TNI Polri mengawasi ketat penggunaan masker di tempat umum Jokowi menyatakan bahwa...
Blackpink Umum Single Baru Bersama Selena Gomez Pada 28 Ogoa Ini

Blackpink Umum Single Baru Bersama Selena Gomez Pada 28 Ogoa Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 202 hits
Selepas sebulan lagu How You Like That dikeluarkan ahli kumpulan Blackpink mengumumkan kepada pengikutnya di laman Instagram bahawa tidak lama lagi mereka akan mengeluarkan single terbaru Apa yang lebih mengejutkan single terbaru tersebut b...
13 Bekas Calon Pru14 Bersatu Umum Keluar Parti

13 Bekas Calon Pru14 Bersatu Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 273 hits
923 total views 923 views today Sebanyak 13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri hari ini mengisytiharkan keluar parti Bekas calon bertanding...
Trump Umum Kejayaan Normalisasi Hubungan Diplomatik Israel Emiriah Arab Bersatu

Trump Umum Kejayaan Normalisasi Hubungan Diplomatik Israel Emiriah Arab Bersatu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 255 hits
Oleh Anasz 1 Antara berita yang paling mengejutkan aku malam tadi adalah twitt yang dikeluarkan oleh pentadbiran White House yang menyatakan mereka berjaya menemui jalan keluar dalam menormalisasikan hubungan diplomatik antara Emiriah Arab ...
Umum Tak Jadi Kahwin Joy Revfa Dilamar Peminat Jadi Madunya

Umum Tak Jadi Kahwin Joy Revfa Dilamar Peminat Jadi Madunya

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 354 hits
Baru baru ini usahawan kosmetik Joy Revfa telah mengumumkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z A pada Mac lalu sudah berakhir Kata Joy keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu ...
5830 Malakat Grocer 812 Umum Bantuan Subsidi Makanan Untuk B40 Malakat Tribune 14 08 2020

5830 Malakat Grocer 812 Umum Bantuan Subsidi Makanan Untuk B40 Malakat Tribune 14 08 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 452 hits
PUCHONG Malakat Mall mengumumkan pelancaran subsidi makanan golongan B40 serentak dengan pembukaan cawangan pertama Malakat Grocer 812 di Taman Putra Perdana Puchong hari ini Bantuan dalam bentuk potongan harga terendah itu ditawarkan kepad...
Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km H

Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km H

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 289 hits
Selain Mi 10 Ultra Redmi K30 Ultra dan Mi TV LUX OLED Xiaomi juga turut mengumumkan Ninebot Gokart Pro Lamborghini Edition Ia merupakan gokart elektrik yang menerapkan elemen elemen jenama Lamborghini seperti rekaan dan warnanya Ia mempunya...
Hanya Putrajaya Boleh Umum Pkpd Kata Ismail Sabri

Hanya Putrajaya Boleh Umum Pkpd Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 336 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan negeri tidak boleh bertindak sendiri di bawah Akta 342 kerana ia boleh mengelirukan orang ramai dari segi pelaksanaan peraturan PETALING JAYA Hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untu...
Sangat Dekat Dengan Masjidil Haram Rumah Abu Jahal Kini Dijadikan Toilet Umum

Sangat Dekat Dengan Masjidil Haram Rumah Abu Jahal Kini Dijadikan Toilet Umum

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 534 hits
Bagi umat Islam pasti pernah mendengar kisah tentang Abu Jahal bukan Abu Jahal mempunyai nama asli Amr bin Hisyam dalam kosakata Arab Abu Jahal mempunyai makna Bapak Kebodohan Abu Jahal adalah tetangga Nabi Muhammad Ia bukan seorang paman a...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


The Benefits Of Wearing Feelingirl S Bodysuits

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h