Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno



Melihat kepada respon dan entri rakyat di media sosial, tidak dinafikan majoriti rakyat menyatakan bahawa Presiden UMNO tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas beberapa faktor yang umum sudah diketahui sebabnya. Assalamualaikum wbt…
Selaku Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, dengan ikhlas dan jujur, saya melihat sejak selepas PRU15, ahli-ahli parti terutamanya dikalangan ahli-ahli Pemuda hilang arah dan halatuju.
Senario politik negara menjadikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO berada pada keadaan yang amat dilema.
Walaupun hanya memenangi 30 kerusi Parlimen dan secara aritmatiknya BN tidak layak menjadi Kerajaan walau dengan apa cara sekalipun, tetapi atas sikap angkuh dan sombong Pengerusi Perikatan Nasional yang tidak mahu bergabung dengan Pakatan Harapan bagi membentuk Kerajaan, maka Duli Yang Maha Mulia YDPA telah menitahkan agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bersama-sama dengan parti yang ingin memastikan politik negara stabil dan makmur.
Kuasa Allah SWT, tidak ada sesiapa yang mampu menafikannya.
Kini, BN yang ditunjangi UMNO telah menjadi sebahagian dari Kerajaan dan polemik seterusnya pula akan berkisar kepada pembentukan kabinet negara.
Soal jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), siapa yg sepatutnya dilantik dari kalangan pemimpin atasan UMNO? Ramai yang sudah mula berteka-teki, ahli UMNO dan rakyat sudah mula membuat tafsiran dan pelbagai andaian siapa gerangan yang akan dilantik oleh Perdana Menteri (PM) bagi bergandingan dengan beliau mengisi jawatan TPM.
Pendapat saya, parti perlu kembali kepada disiplin dan hierakinya untuk menstabilkan parti. Kita harus belajar dari situasi lalu dimana PM yang dilantik bukannya Presiden parti dan secara tidak langsung mengundang pelbagai masalah dalaman parti.
Kita tidak boleh menipu diri kita sendiri apabila wujudnya kem Presiden dan kem PM menuju ke PRU15. Tidak dinafikan situasi ini juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada kekalahan BN. Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka.
Melihat kepada respon dan entri rakyat di media sosial, tidak dinafikan majoriti rakyat menyatakan bahawa Presiden UMNO tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas beberapa faktor yang umum sudah diketahui sebabnya.
Tetapi saya perlu ingatkan kepada semua bahawa beliau masih Presiden UMNO yang sah sehingga tempoh berakhir pada pemilihan akan datang iaitu selewat-lewatnya pada 18.5.2023 (6 bulan selepas PRU15). Beliau juga telah menang pada PRU15 dan diangkat sebagai Ahli Parlimen.
Desakan dalaman parti yang meminta YB Presiden meletakkan jawatan, bagi saya bukanlah jalan penyelesaian yang mutlak. Saya masih berpendapat bahawa hierarki parti perlu dihormati dan perlu diterjemahkan.
Kepada ahli-ahli parti, apabila pintu demokrasi parti dibuka seluas-luasnya untuk memilih kepimpinan baru disemua peringkat parti dalam tempoh 6 bulan dari 19.11.2022, maka setiap ahli parti mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja untuk menerajui parti bagi meneruskan perjuangan ini.
Persoalannya, kenapa kita perlu kalut?
Sebagai seorang pemimpin muda, saya diajar untuk sentiasa mendokong dan menjunjung institusi Presiden selagi mana ianya masih berpaksikan kepada prinsip dan perjuangan parti.
Dalam mendepani arus politik yg penuh pancaroba ini, jangan disebabkan pemikiran jangka pendek dan emosi semata-mata, kita mengundang jalan yang menjuruskan kita ke kancah yang lebih teruk dan akhirnya menyebabkan kita tidak mampu bangkit pada PRU16 akan datang.
Akhir kata, ini bukan masa untuk menuding jari atau mencari silap atas kekalahan dan prestasi buruk parti di dalam PRU15. Kini masa untuk kita mencari solusi bagi survival parti keramat ini, itu yang lebih utama dan lebih penting.
Solidariti bersama Presiden adalah amat-amat dituntut dan diperlukan dalam saat-saat penting ini.
Laungan slogan Kestabilan dan Kemakmuran masih terngiang-ngiang dan atas dasar itulah kita perlu buktikan bahawa kita adalah sebuah parti yang cukup matang yang sentiasa menitikberatkan dan mengutamakan kestabilan negara demi kemakmuran rakyat.
Sekian, terima kasih.
Johari Yazid
Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/11/28/isu-tpm-hierarki-parti-zahid-hamidi-masih-presiden-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 274 hits
freemalaysiatoday com November 26 2022 12 30 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dicadang dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam pimpinan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii PETA...
Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 318 hits
Saya mohon Presiden UMNO Zahid Hamidi letak jawatan segera MB JohorKegagalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengatur strategi untuk memenangkan Barisan Nasional di PRU15 mencetus rasa tidak puas hati ahli gabungan itu sendiri yang kini ta...
Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

Pasca Pru15 Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Pengerusi Bn Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial Dalam kenyataan di Facebook rasminya...
Masih Mahu Kekalkan Zahid Sebagai Presiden Umno Akan Berdepan Penolakan Total

Masih Mahu Kekalkan Zahid Sebagai Presiden Umno Akan Berdepan Penolakan Total

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 238 hits
agendaily com2 12 2022Adakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadikan UMNO sebagai parti pengkhianat bangsa Melayu Kesetiaan adalah satu sifat yang dituntut dalam diri seseorang tetapi setia membabi buta adalah satu kebodohan yang tida...
Pelantikan Zahid Jadi Tpm Ikut Hierarki Parti Bukan Kerana Kepentingan Politik

Pelantikan Zahid Jadi Tpm Ikut Hierarki Parti Bukan Kerana Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 226 hits
ROMPIN Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahma...
Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com28 11 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal menerajui UMNO dijangka parti itu akan bertambah kuat dan tidak ada keperluan unt...
Andai Zahid Hamidi Tpm Malaysia

Andai Zahid Hamidi Tpm Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 308 hits
NORMAN RADZUAN ANDAI ZAHID HAMIDI TPM MALAYSIA Sebenarnya dua hari lepas di group saya diminta memberi pandangan andaikata Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri 1 tak sampai 24 jam ada yg menghidu khabar angin ini Oleh kerana ia telah diu...
Terkini Zahid Hamidi Sandang Jawatan Tpm Ramai Rakyat Tidak Berpuas Hati

Terkini Zahid Hamidi Sandang Jawatan Tpm Ramai Rakyat Tidak Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 404 hits
TERKINI ZAHID HAMIDI SANDANG JAWATAN TPM RAMAI RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI Panas hari ini apabila pengumuman kabinet yang akan mentadbir negara Malaysia menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi Tular di media...
Zahid Hamidi Jadi Tpm Netizen Minta Altimet Buat Lagu Baru Tak Sabar Ni

Zahid Hamidi Jadi Tpm Netizen Minta Altimet Buat Lagu Baru Tak Sabar Ni

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 431 hits
Hari ini ramai dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai kabinet Kerajaan Perpaduan apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri I...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord