Masih Mahu Kekalkan Zahid Sebagai Presiden Umno Akan Berdepan Penolakan Total


agendaily.com2/12/2022
Adakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadikan UMNO sebagai parti pengkhianat bangsa Melayu?
Kesetiaan adalah satu sifat yang dituntut dalam diri seseorang tetapi setia membabi buta adalah satu kebodohan yang tidak patut ada dalam diri seseorang.

Sebagai contoh, seorang wanita setia kepada suaminya walaupun mengetahui wujud orang ketiga umpama membenarkan diri sendiri diperbodohkan secara sukarela dan senario ini yang sedang berlaku dikalangan pemimpin akar umbi UMNO walaupun mereka sedang diperbodohkan oleh Presiden mereka sendiri.

Malah disebabkan terlalu setia dan diperbodohkan oleh Presiden UMNO juga lah menjadi punca parti itu kini hanya tinggal 20 lebih kerusi Parlimen yang dimenangi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Malangnya, kekalahan semasa PRU-15 lalu nampaknya tidak menyedarkan dan memberi keinsafan kepada pemimpin akar umbi UMNO khususnya ketua-ketua bahagian dan cawangan yang masih berdegil mahu ahli-ahli mereka supaya setia kepada anak murid Presiden PKR.

Nampaknya ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO ini masih tidak sedar mereka hanya sedang dipergunakan Presiden parti yang hanya mahu melepaskan tengkuk diri sendiri, maka tidak menghairankan mereka masih setia menyokong walaupun sudah terang-terangan mereka hanya menjadi alat untuk menyelamatkan diri Presiden.

UMNO juga sudah hilang hala tuju dan bukan lagi sebuah parti yang boleh diharapkan untuk orang Melayu bergantung, UMNO kini menjadi syarikat sendirian berhad yang sedang diperkudakan untuk mengkayakan individu tertentu dalam parti.

UMNO bukan lagi parti yang boleh diharapkan untuk menjaga maruah orang Melayu apabila sanggup bersekongkol dengan musuh jelas dan nyata hanya kerana kemaruk untuk berkuasa semata-mata.

UMNO bukan lagi sebuah parti yang relevan memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, sebaliknya UMNO kini menjadi parti untuk menjaga kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

Realitinya, UMNO kini menjadi parti pencacai kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH) apabila sanggup berkompromi prinsip perjuangan orang Melayu sehingga mengabaikan suara di peringkat akar umbi.

Suara akar umbi UMNO sudah tidak dihiraukan lagi kerana mabuk kuasa sehingga hilang kewarasan dalam menimbang untuk membuat keputusan memilih mana satu kaca, mana satu permata.

Adakah dengan bekerjasama bersama musuh terang juga satu strategi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Zahid menggunakan alasan kononnya setiap keputusan dan tindakan yang diambilnya adalah ‘strategi’ bagi memastikan akar umbi tunduk dan mempercayai semua pembohongannya.

Yang peliknya, masih ada juga ketua-ketua bahagian dan cawangan yang mempercayai setiap penipuan oleh Zahid. Tidak pasti apa jampi dan bomoh mana digunakan oleh anak murid Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Mungkin ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO ini perlu dibawa mandi air kolam tujuh jenis bunga untuk membuang badi dan supaya mereka insaf daripada dikencing secara terang-terangan.

Tidak terlambat lagi untuk ahli-ahli UMNO mengambil sesuatu langkah yang tegas dan menjadi seorang yang berpendirian tidak mudah dicucuk hidung mengikut arahan secara membabi buta.

Jika tidak diselamatkan UMNO ini daripada penguasaan oleh seorang individu bernama Zahid, percayalah UMNO akan ditolak secara total pada PRU-15 nanti dan hanya akan tinggal batu nisan.

Mungkin selepas itu ahli-ahli UMNO baharu sedar diri mereka sedang ditipu tetapi waktu itu sudah terlambat dan tidak boleh berpatah balik lagi.

PRU-15 perlu dijadikan iktibar yang besar kepada UMNO, sekurang-kurangnya bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak berani memikul tanggungjawab dan melepaskan jawatannya secara terhormat dan bukan seperti Zahid yang masih tidak tahu malu untuk mengheret parti ke lembah kehancuran.

Sedar lah, rakyat menolak UMNO semasa PRU-15 lalu adalah kerana Zahid dan bukan kerana mereka membenci parti. Pergi lah mana pun, hampir semua berpandangan sama punca perpecahan UMNO adalah disebabkan oleh seorang individu yang bernama Zahid.

Sedar lah sebelum terlambat UMNO tinggal batu nisan selepas ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/masih-mahu-kekalkan-zahid-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 261 hits
Melihat kepada respon dan entri rakyat di media sosial tidak dinafikan majoriti rakyat menyatakan bahawa Presiden UMNO tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas beberapa faktor yang umum sudah diketahui sebabnya Assalamualaikum wbt Selaku...
Keunikan Zahid Sebagai Presiden Umno

Keunikan Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 211 hits
Oleh Adam MalikSelama 60 tahun lebih UMNO sebagai parti dan kerajaan kesemua Presiden mereka ada lah Perdana Menteri Bermula dengan Almarhum Tuanku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Abdul Razak semua Presiden UMNO ada lah Perdana Mente...
Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 152 hits
agendaily com28 11 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal menerajui UMNO dijangka parti itu akan bertambah kuat dan tidak ada keperluan unt...
Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

Saya Mohon Presiden Umno Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera Mb Johor

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 239 hits
Saya mohon Presiden UMNO Zahid Hamidi letak jawatan segera MB JohorKegagalan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengatur strategi untuk memenangkan Barisan Nasional di PRU15 mencetus rasa tidak puas hati ahli gabungan itu sendiri yang kini ta...
Kj Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral Selaku Presiden Umno Mesti Undur Segera

Kj Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral Selaku Presiden Umno Mesti Undur Segera

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 167 hits
Khairy Jamaluddin menegaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tidak mempunyai keabsahan moral sebagai Presiden UMNO dan mesti berundur segera Perundingan pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan mestilah tidak melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr...
Zahid Masih Tak Insaf Kalah Teruk Kini Dakwa Dap Akur Syarat Umno Tetapkan

Zahid Masih Tak Insaf Kalah Teruk Kini Dakwa Dap Akur Syarat Umno Tetapkan

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 284 hits
agendaily com6 12 2022UMNO bersetuju bersama DAP Walapun mengalami kekalahan teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke 15 nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak insaf dan merasakan dirinya betul Presiden UMNO yang dilantik menjadi Timb...
Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden Umno Dan Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Desakan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera susulan prestasi hambar gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 semakin jelas kedengaran B...
Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 306 hits
Sangat berisiko untuk Zahid lepaskan jawatan Dan langkah Cuba dan jangkapendek adalah sertai PH
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn