Isu Tapak Rm400 Faiz Soul Tuntut Pampasan Rm200 000 Aishah Diberi 7 Hari Jawab


BALING – Isu tular caj tapak niaga RM400 di Pekan Baling terus hangat apabila pempengaruh media sosial, Faiz Soul, mengemukakan tuntutan pampasan sebanyak RM200,000 terhadap seorang pegawai Majlis Daerah Baling (MDB) dikenali sebagai Puan Aishah.
Melalui notis tuntutan (LOD) yang difailkan, Faiz turut menyenaraikan empat tuntutan lain dan memberi tempoh tujuh hari untuk Aishah memberi maklum balas.
Komen Netizen: “Kalau Betul, Fight Je”
Isu ini mencetuskan perdebatan hangat di TikTok apabila ramai netizen tampil memberikan pandangan. Ada yang berpendapat sekiranya Puan Aishah yakin berada di pihak yang benar, beliau wajar membawa perkara ini ke mahkamah kerana notis tuntutan bukanlah saman rasmi, sebaliknya hanya langkah awal. Mereka turut menegaskan jumlah pampasan RM200,000 itu belum tentu diluluskan oleh hakim kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah.
Sebahagian lain pula melihat tindakan Faiz sebagai langkah berani seorang anak muda yang lantang memperjuangkan hak keadilan. Tidak kurang juga yang mempersoalkan tahap profesionalisme pegawai terlibat dalam mengendalikan isu ini.
Dalam masa sama, isu penggunaan bahasa Inggeris oleh Faiz turut diperkatakan. Menjawab kritikan itu, Faiz menjelaskan beliau hanyalah “budak kampung” dan tidak melihat keperluan membahaskan soal bahasa kerana mesej yang ingin disampaikan sudah jelas. Malah, ada netizen yang menyokong dengan menyatakan penguasaan bahasa Inggeris Faiz sudah mencukupi untuk difahami dan tidak perlu dirisaukan.
Penjelasan MDB: Caj RM400 Ikut Undang-Undang
Sebelum ini, Majlis Daerah Baling (MDB) tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan. Menurut kenyataan rasmi, caj RM400 yang dikenakan kepada peniaga merangkumi tiga komponen tetap iaitu Lesen Perniagaan Sementara sebanyak RM100, sewa tapak perniagaan RM200 dan caj kutipan sampah RM100.
Majlis menjelaskan kadar tersebut telah diluluskan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perusahaan (PBT Kedah) 1985 dan bukan ditentukan secara sewenang-wenangnya oleh mana-mana pegawai. Caj itu juga dikenakan untuk tempoh sehari penuh atau 24 jam, bukan sekadar dari jam 4 petang hingga 7 malam seperti yang didakwa sebelum ini.
“Aishah400” Bukan Salah Individu
Dalam kenyataan sama, MDB turut menegaskan gelaran “Aishah400” yang tular di media sosial adalah tidak wajar kerana caj tersebut merupakan keputusan Majlis, bukan individu.
Siasatan dalaman mendapati pegawai terbabit tidak melakukan sebarang pelanggaran etika atau bertindak dengan niat tidak baik. Namun, beliau diingatkan agar mengekalkan tahap profesionalisme yang lebih tinggi dalam berurusan dengan orang awam.
Pertimbangkan Tindakan Undang-Undang
Ekoran tekanan dan kecaman yang diterima, pegawai berkenaan kini dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan melampau serta foto peribadinya di media sosial.
MDB dalam masa sama memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kadar caj tapak akan disemak semula oleh jawatankuasa berkaitan bagi memastikan kesesuaian dengan keadaan semasa.
“Majlis sentiasa terbuka untuk berbincang, menerima pandangan dan penambahbaikan demi membangunkan ekonomi tempatan di Baling,” menurut kenyataan itu.
Kes ini dilihat belum berakhir kerana kedua-dua pihak kini memilih untuk mengambil jalan perundangan. Sama ada tuntutan Faiz diterima atau pegawai berkenaan berjaya mempertahankan diri, segala keputusan bakal ditentukan di mahkamah.
Apa yang pasti, isu tapak RM400 di Baling telah membuka mata banyak pihak mengenai keperluan ketelusan, komunikasi berhemah dan keadilan dalam menguruskan hal ehwal peniaga kecil. – The Malaysian Update
The post Isu Tapak RM400: Faiz Soul Tuntut Pampasan RM200,000, Aishah Diberi 7 Hari Jawab appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/25/isu-tapak-rm400-faiz-soul-tuntut-pampasan-rm200000-aishah-diberi-7-hari-jawab/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Ebit Lew Analisis Data 30 000 Gambar Dalam Pemacu Pena Ambil Masa 7 Hari

Kes Ebit Lew Analisis Data 30 000 Gambar Dalam Pemacu Pena Ambil Masa 7 Hari

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2381 hits
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis Yip Chang Ching berkata tempoh tersebut termasuk dua hari untuk membuka data asal gambar dalam format raw diperoleh daripada sebuah telefon yang terlibat dalam kes tersebut P...
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1003 hits
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run kembali dengan edisi ketiga sempena sam...
Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1815 hits
Seorang ahli perniagaan Datuk Haris Embong menuntut selebriti serta aktivis masyarakat Rafidah Ibrahim melunaskan bayaran ganti rugi berjumlah RM281 200 susulan kes fitnah Menurut laporan Utusan Malaysia Rafidah berdepan tindakan lanjut sek...
Caj Tapak Rm400 Di Baling Cake Desak Siasatan

Caj Tapak Rm400 Di Baling Cake Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2476 hits
ALOR SETAR Persatuan Pengguna Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat isu caj sewa tapak parkir sebanyak RM400 di Baling yang tular sejak semalam Melampau Tekan Peniaga Kecil Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff menyifatkan caj tersebut seba...
Hany Manja Jawab Isu Video Panas Nafi Sebar Sendiri Pendosa Pun Nak Cari Makanan Halal

Hany Manja Jawab Isu Video Panas Nafi Sebar Sendiri Pendosa Pun Nak Cari Makanan Halal

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 927 hits
Personaliti media sosial Hany Manja mendedahkan bahawa memang wujud video panas yang pernah dikaitkan dengannya namun menegaskan ia bukanlah sesuatu yang dijual atau disebarkan olehnya sendiri Menurut Hani kejadian itu berlaku sekitar tiga ...
Waris Tuntut Aset Mewah Rm900 000 Milik Man Hidung Pempengaruh Kosmetik Berdepan Hukuman Mati

Waris Tuntut Aset Mewah Rm900 000 Milik Man Hidung Pempengaruh Kosmetik Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2321 hits
KUALA TERENGGANU Waris kepada pempengaruh dan usahawan kosmetik Abdul Rahman Mohamad Hussain 36 atau lebih dikenali sebagai Man Hidung tampil menuntut pelbagai aset mewah miliknya bernilai hampir RM1 juta selepas lelaki itu didakwa terbabit...
Makan Tengah Hari Di Laparoti

Makan Tengah Hari Di Laparoti

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 401 hits
Dari kami terus balik rumah Malas nak kemana mana lagi sebab nak sambung rehat di rumah Banyak kerja yang sedang menanti Sebelum sampai rumah ingatkan nak beli je di LaPaROTI Tapi tengok tak ramai orang jomlah kita makan kat sini je Ini kal...
Ikan Patin Masak Tempoyak Menu Lunch Hari Ni

Ikan Patin Masak Tempoyak Menu Lunch Hari Ni

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 939 hits
Assalamualaikum Meriah betul kat rumah hari ini ramai seronok orang paling seronok PZ la dia beli eskrem apam balik karipap dan macam macam lagi seronok dia cucu cucu balik Dania je x balik Seawal pukul 11 00 pagi SA dh masak Ikan Patin Mas...
Datuk John Disambung Reman 3 Hari Hari

Datuk John Disambung Reman 3 Hari Hari

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 580 hits
Datuk John disambung reman 3 hari hari Laporan BH Online KOTA BHARU Ketua sindiket dikenali sebagai Datuk John berusia 28 tahun yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi disambung reman tiga hari bermula esok...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank