Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Apa Ph Buat Apa Yang Berlaku Tak Apa Biar Saya Terangkan Bossku


Saya lihat ada penyokong PH yang tak puas hati saya bangkitkan isu Pulau Batu Puteh dan masih mahu tuduh saya berhubung isu tanah KTM di Tanjong Pagar. Biar saya jelaskan sekali lagi. Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah 271 hektar KTM di Singapura bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.
Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji. Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura. Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.
Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura dalam pelbagai isu pada masa itu.
Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita. Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu. Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja.
Ia TIDAK boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain. Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembangunan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas. Jika Singapura tidak bersetuju menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja. Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa. Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.
Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.
Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.
Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura. Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah. Pada masa itu, Singapura juga mahu Malaysia membayar S$1.47 bilion (RM4.5 bilion) sebagai caj pembangunan kerana tanah-tanah yang mereka bayar sebagai pampasan adalah sangat berharga. Saya tidak setuju dan mengarah perkara ini dilawan di mahkamah dunia di The Hague, Belanda.
Pada tahun 2014, kita menang dan Singapura kehilangan RM4.5 bilion kepada kita.
Baca link ini:
https://mothership.sg/2014/11/spore-watched-1-47-billion-in-revenue-evaporate-before-her-very-eyes/
Saya rasa ini kali pertama Malaysia menang kes besar dengan Singapura dan pada masa itu ramai rakyat Singapura sangat marah tetapi itu hak mereka nak marah asalkan negara kita berjaya untuk dapat manfaat bernilai RM4.5 bilion.
Selepas itu, tanah-tanah yang kita dapat telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional. Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion) – total RM33.5 bilion.
Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2018 dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.
https://www.todayonline.com/singapore/pm-lee-najib-open-marina-one-and-duo-integrated-developments
Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah “The Heart”. Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah – pulangan berterusan jangka panjang untuk kita. Pada masa ini, Marina One masih milik Malaysia tetapi kerajaan PH telah jualkan sepenuhnya projek DUO.
“Julai 2019: M+S milik Khazanah jual ruang pejabat dan runcit di Duo pada RM4.73 bilion”
https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/31/ms-milik-khazanah-jual-ruang-pejabat-dan-runcit-di-duo-pada-rm473-bilion
“Oktober 2019: Khazanah jual hotel di Singapura dengan harga RM1.44 bilion”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/09/khazanah-jual-hotel-di-singapura-dengan-harga-rm1-44-bilion/
Sekali lagi, saya yang cuba menyelesaikan masalah legasi untuk kebaikan negara tetapi difitnah oleh PH pula bahawa saya telah derhaka pada negara pula.

Sumber: FB Najib Razak
The post Isu Tanah KTM Di Tanjung Pagar, Apa PH Buat & Apa Yang Berlaku? Tak Apa Biar Saya Terangkan – Bossku appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/12/isu-tanah-ktm-di-tanjung-pagar-apa-ph-buat-apa-yang-berlaku-tak-apa-biar-saya-terangkan-bossku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=isu-tanah-ktm-di-tanjung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pulau Batu Puteh X Isu Tanah Ktm Tanjong Pagar

Isu Pulau Batu Puteh X Isu Tanah Ktm Tanjong Pagar

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 452 hits
Saya lihat ada penyokong PH yang tak puas hati saya bangkitkan isu Pulau Batu Puteh dan masih mahu tuduh saya berhubung isu tanah KTM di Tanjong Pagar Biar saya jelaskan sekali lagi Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong P...
Rondaan Berkala Bomba Pantau Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Rondaan Berkala Bomba Pantau Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR 31 MEI Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor akan membuat rondaan berkala bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di perumahan Jalan Kelab Ukay 4 Bukit Antarabangsa di sini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat S...
Mpaj Pasang Besi Penahan Di Kawasan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Mpaj Pasang Besi Penahan Di Kawasan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 680 hits
KUALA LUMPUR 30 MEI Kerja kerja pemasangan besi penahan tanah sedang dijalankan di belakang kawasan perumahan Jalan Kelab Ukay 4 Bukit Antarabangsa di sini susulan kejadian tanah runtuh awal pagi tadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat S...
Bomba Pantau Kawasan Tanah Runtuh Selama Dua Minggu Lagi

Bomba Pantau Kawasan Tanah Runtuh Selama Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM 1 JUN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mungkin memantau kawasan terjejas tanah runtuh di Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa selama dua minggu lagi kata pengarahnya Norazam Khamis berkata ia sebagai langkah berjaga j...
Pengharaman Arak Dalam Lipatan Sejarah Tanah Air

Pengharaman Arak Dalam Lipatan Sejarah Tanah Air

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 284 hits
oleh Hasanuddin YusofMaktab PenyelidikanTamadun Alam Melayu dan IslamSebelum kedatangan Islam arak menjadi sebahagian dari budaya Melayu seperti mana bangsa bangsa timur yang lain Setelah kedatangan Islam para pendakwah dari kalangan ulama ...
Rohingya Man Flees Quarantine Centre In Tanjung Rambutan

Rohingya Man Flees Quarantine Centre In Tanjung Rambutan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 245 hits
The Rohingya man had been sent into quarantine after being detained at a highway roadblock on Saturday IPOH Police are searching for a Rohingya man who is believed to have escaped from a quarantine centre in Tanjung Rambutan here yesterday ...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust