Isu Pulau Batu Puteh X Isu Tanah Ktm Tanjong Pagar


Saya lihat ada penyokong PH yang tak puas hati saya bangkitkan isu Pulau Batu Puteh dan masih mahu tuduh saya berhubung isu tanah KTM di Tanjong Pagar.
Biar saya jelaskan sekali lagi

Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah 271 hektar KTM di Singapura bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990

Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji

Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunkan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura

Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan

Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura dalam pelbagai isu pada masa itu

Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita. 
Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu. 
Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja. 
Ia TIDAK boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain

Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembangunan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas

Jika Singapura tidak bersetuju menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja

Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa. 
Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura

Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor  sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah

Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah

Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura. 
Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah

Pada masa itu, Singapura juga mahu Malaysia membayar S$1.47 bilion (RM4.5 bilion) sebagai caj pembangunan kerana tanah-tanah yang mereka bayar sebagai pampasan adalah sangat berharga. 
Saya tidak setuju dan mengarah perkara ini dilawan di mahkamah dunia di The Hague, Belanda

Pada tahun 2014, kita menang dan Singapura kehilangan RM4.5 bilion kepada kita

Baca link ini:https://mothership.sg/2014/11/spore-watched-1-47-billion-in-revenue-evaporate-before-her-very-eyes/
Saya rasa ini kali pertama Malaysia menang kes besar dengan Singapura dan pada masa itu ramai rakyat Singapura sangat marah tetapi itu hak mereka nak marah asalkan negara kita berjaya untuk dapat manfaat bernilai RM4.5 bilion

Selepas itu, tanah-tanah yang kita dapat telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional

Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion) - total RM33.5 bilion

Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2018 dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara
https://www.todayonline.com/singapore/pm-lee-najib-open-marina-one-and-duo-integrated-developments
Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah "The Heart". 
Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah - pulangan berterusan jangka panjang untuk kita

Pada masa ini, Marina One masih milik Malaysia tetapi kerajaan PH telah jualkan sepenuhnya projek DUO

"Julai 2019: M+S milik Khazanah jual ruang pejabat dan runcit di Duo pada RM4.73 bilion"https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/31/ms-milik-khazanah-jual-ruang-pejabat-dan-runcit-di-duo-pada-rm473-bilion
"Oktober 2019: Khazanah jual hotel di Singapura dengan harga RM1.44 bilion"https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/09/khazanah-jual-hotel-di-singapura-dengan-harga-rm1-44-bilion/
Sekali lagi, saya yang cuba menyelesaikan masalah legasi untuk kebaikan negara tetapi difitnah oleh PH pula bahawa saya telah derhaka pada negara pula

NajibRazak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/isu-pulau-batu-puteh-x-isu-tanah-ktm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Apa Ph Buat Apa Yang Berlaku Tak Apa Biar Saya Terangkan Bossku

Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Apa Ph Buat Apa Yang Berlaku Tak Apa Biar Saya Terangkan Bossku

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 290 hits
Saya lihat ada penyokong PH yang tak puas hati saya bangkitkan isu Pulau Batu Puteh dan masih mahu tuduh saya berhubung isu tanah KTM di Tanjong Pagar Biar saya jelaskan sekali lagi Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong P...
Pulau Batu Puteh Ph Lebih Mementingkan Kos Dari Soal Kedaulatan Negara

Pulau Batu Puteh Ph Lebih Mementingkan Kos Dari Soal Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 274 hits
NEGARA HILANG PULAU BATU PUTEH SELAMA LAMANYA BAWAH KERAJAAN PH ATAS FAKTOR KOS Ini adalah kenyataan Jabatan Peguam Negara masa Tommy Thomas Rupanya PM7 yang buat keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan di Mahkamah Antarabangsa ICJ sehing...
Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 398 hits
Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai isu lesen penjualan arak di negeri itu kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pengeluaran lesen b...
Gerai Jualan Durian Diberi Kebenaran Beroperasi Di Pulau Pinang

Gerai Jualan Durian Diberi Kebenaran Beroperasi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 568 hits
Berita baik buat peniaga dan penggemar durian di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri mengumumkan gerai jualan raja buah itu di tepi tepi jalan dibenarkan beroperasi semula bermula Selasa Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumaha...
Hiburan Faezah Elai Ootd Warna Bendera Pulau Pinang Gara Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

Hiburan Faezah Elai Ootd Warna Bendera Pulau Pinang Gara Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 651 hits
Macam macam gelagat artis dapat dilihat ketika sambutan bulan Syawal tahun 2020 gara gara Perintah Kawalan Pergerakan yang diunjurkan kerajaan baru baru ini Akibat tidak dapat pulang ke kampung yang terletak di Pulau Pinang pelakon Faezah E...
Pkpb Pekerja Yang Berulang Alik Antara Pulau Pinang Kedah Tidak Perlu Permit Rentas Negeri

Pkpb Pekerja Yang Berulang Alik Antara Pulau Pinang Kedah Tidak Perlu Permit Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 508 hits
Bagi pekerja yang berulang alik di antara Kedah dan Pulau Pinang tidak perlu risau untuk mendapatkan surat kebenaran Polis DiRaja Malaysia bagi melakukan perjalanan rentas negeri Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd No...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 326 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkat...
Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 498 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan Laporan itu dibuat aktivis...
Ikan Mati Hanyut Dari Sangkar Tular Terapung Di Perairan Pulau Pinang

Ikan Mati Hanyut Dari Sangkar Tular Terapung Di Perairan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 467 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai ikan laut liar yang mati serta terapung di perairan Pulau Pinang pada 26 Mei 2020 lalu adalah merupakan ikan mati dan telah hanyut dari sangkar sehingga mencemar beberapa kawasan di perairan Pula...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers