Isu Tanah Kg Baru Apabila Melayu Jaki Kepada Melayu


 Maksud perkataan jaki - Mykamus  http://mykamus.com
Maksud perkataan jaki adalah / The meaning of jaki is: angry at , furious at , envious.



Dari kecil lagi saya faham maksud jaki sebagai serupa dengan jealous, atau dengki. 
Dan saya melihat inilah antara masalah yang membantut penyelesaian isu tanah Kampong Baru di Kuala Lumpur.
Sebelum itu sedikit publisiti bagi sahabat-sahabat di parti Pejuang (ya saya masih ada sahabat dalam parti Pejuang).
Siapa yang minat boleh hadiri perjumpaan di Kampong Baru, jam 8:00 malam Ahad ini untuk mendengar perbincangan isu tanah Kampong Baru, seperti berikut:






 
Balik kepada isu-nya, dulu saya pernah hadiri perbincangan dalam TV mengenai isu-isu politik dan ekonomi. Bersama saya pada masa itu adalah Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan juga seorang bekas Pengerusi TNB. Saya telah bangkitkan isu harga kereta yang tersangat mahal dalam negara kita. Harga banyak jenama kereta dalam negara kita adalah dua, tiga atau empat kali ganda harga pasaran dunia. Harga kereta yang sangat mahal ini adalah disebabkan beberapa perkara termasuk cukai, duti, levi yang tinggi serta AP dan juga monopoli/oligopoli oleh syarikat kereta. 
Sahabat saya Ketua Pengarang Utusan Malaysia pula tidak setuju. Dia pula kata kalau lah harga kereta di Malaysia menjadi murah (setanding dengan harga di pasaran dunia) "takkan budak kerja peon pun boleh bawa kereta Honda Accord",
Saya amat terkejut dengan jawapan seperti berikut terutama sekali oleh seorang Ketua Pengarang sebuah suratkhabar yang kononnya menjadi pejuang dan pembela agama, bangsa dan negara!!
Maksudnya budak yang kerja peon itu tidak layak membawa kereta Honda Accord. Mereka lebih layak naik motor kapcai atau mungkin beli kereta Kancil dan Pelanduk.
Bagi saya inilah saki-baki pemikiran feudal yang masih membelenggu saikoloji orang Melayu. Di mana orang Melayu sendiri sanggup membelenggu diri-diri mereka untuk menghalang bangsa sendiri daripada menjadi kaya atau maju ke hadapan. 


 Belenggu atau shackles : Melambangkan saikoloji Melayu



Begitu juga dengan isu tanah Kampong Baru. Kampong Baru mempunyai sejarah yang lama juga dan isu tanah Kampong Baru pelbagai. Tetapi penyelesaiannya adalah mudah.  Sebab yang terlibat adalah tanah - yang menjadi fixed asset yang tidak boleh bergerak (non-movable asset).
Kalaulah aset lain seperti kapal laut atau kapal terbang atau kereta atau  ketul emas dsbnya isunya lain seperti di mana lokasinya sekarang, apakah bentuk dan keadaan aset itu dsbnya. Tetapi tanah pula tidak mempunyai masalah yang serupa. Tanah adalah tanah - ianya tidak boleh berkarat, tidak boleh tukar bentuk atau keluasan (kecuali tanah tepi sungai atau ada pengambilan sebahagian tanah oleh Kerajaan untuk buat jalan dsbnya). Tetapi isu tanah boleh di settle dengan mudah.
Masalahnya ialah terdapat ramai "orang tengah" (saya meminjam istilah Perdana Menteri yang mahu memerangi "orang tengah") yang mahu juga sapu duit daripada penjualan tanah Kampong Baru.
Nilai tanah di sekitar Kampong Baru (kawasan KLCC contohnya) sampai RM2000 - RM3000 satu kaki persegi.  Tetapi "orang tengah" pula mencadangkan untuk membayar hanya RM800 sekaki persegi kepada tuan punya tanah di Kampong Baru.  
Mereka pula akan re-sell atau menjual semula tanah itu kepada taukeh-taukeh pemaju hartanah dengan mengikut harga pasaran RM2000 - RM3000 sekaki persegi. Mereka akan untung besar lah.
Ikut pemikiran mereka orang Kampong Baru tak layak beli kereta Honda Accord atau beli kereta Mercedes kut. Hanya mereka yang lebih layak. Orang Kampong Baru lebih layak beli motor kapcai atau beli kereta Kancil sahaja.

Soalan pokoknya bagaimana kah "orang tengah" ini boleh berani mencelah masuk? Jawapannya simple - mereka pegang kuasa politik dan mereka mempunyai pengaruh politik. Maksudnya mereka menjadi ahli parti politik yang memegang kuasa. Maka mereka boleh membuli para penduduk Kampong Baru. 
Jadi padanlah muka Tuan-Tuan penduduk Kampong Baru jika Tuan-Tuan mengundi penyangak dan penyamun ini menjadi Menteri, Wakil Rakyat dan parti pemerintah. 

Isu "teknikal" di Kampong Baru ialah keseluruhan tanah di kawasan itu adalah tanah anugerah dymm Sultan Selangor dulu. Bagi saya dua isu besar berikut :

https://soscili.my/kerajaan-nak-beli-kampung-baru-ini-4-fakta-unik-kampung-ni-yang-ramai-tak-tahu/

1) Tanah kurniaan Sultan, dari tanah pertanian kepada tanah perumahan

Kampung Baru ni mula menjadi penempatan Melayu terbesar melalui kurniaan tanah oleh Sultan Selangor waktu tu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) pada tahun 1899. Asalnya, tanah ni adalah seluas 223 ekar dengan 7 buah kampung. Kemudiannya, Kampung Baru atau Penempatan Pertanian Melayu (MAS) dah diperkenalkan oleh British mengikut Seksyen 246 (iv) Kanun Tanah (FMS Cap 138) yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan Selangor pada 12 Januari 1900 dan 20 Januari 1901.

Waktu tu, British jadikan Kampung Baru sebagai tempat melatih anak Melayu untuk ambil alih pentadbiran tanah sepeninggalan mereka. Semua ini berlaku sebelum Tanah Rizab Melayu diperkenalkan melalui Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913.

Dalam erti kata lain, Kampung Baru ditadbir dan dikawal di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS. Pihak MAS juga boleh membuat undang-undang kecil sendiri dan bertanggungjawab membuat kelulusan serta menetapkan syarat pelan bangunan dan sambungan rumah.

2) Status tanah, tidak boleh diduduki oleh orang bukan Melayu
menjadi penghalang besar bagi "menyelesaikan" isu tanah Kampong Baru. 
Bagi saya isu pemilikan bertindih di mana lebih 200 waris berhak menuntut sekeping tanah dsbnya itu bukan menjadi masalah. Percayalah para peguam swasta dan pemaju hartanah akan cari penyelesaian untuk memuaskan tuntutan kesemua waris yang mempunyai 'hak'.

Pada pendapat saya DYMM Sultan Selangor  perlu mencemar duli untuk bantu menyelesaikan isu Kampong Baru sebab keseluruhan tanah Kampong Baru adalah tanah anugerah moyang Baginda ia itu Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.
Penyelesaian yang paling mudah adalah untuk menukar keseluruhan kawasan Kampong Baru menjadi tanah pegangan bebas "Freehold Title". Tanpa sebarang sekatan ikut Malay Reserve dsbnya.  Dan keeluruhan kawasan itu perlu ditukar penggunaan tanahnya menjadi Development Land atau tanah untuk pembangunan. 
Tuanku, the people have lived there long enough since 1899. 123 years. The place is too crowded and has perhaps outlived its original purpose - to bring Malays into the city area of Kuala Lumpur. Malay people can now be found in large numbers in all urban parts of Kuala Lumpur. The land value in Kampong Baru has appreciated so much. Give the residents Freehold Titles so that the people may do as they wish with their land. A landowner should have the right to do as he pleases with his land. Especially after 123 years.  

Hanya dengan cara ini maka penduduk Kampong Baru yang juga pemilik tanahnya akan dapat merasai full value hartanah kepunyaan mereka.
You cannot eat the land. Tuan-Tuan tidak boleh makan tanah itu. Tanah itu hanya akan berhasil jika Tuan-Tuan boleh menjual tanah itu pada harga yang maksimum ikut penilaian pasaran semasa. 
Dan percayalah nilai semasa bagi tanah di kawasan KLCC mungkin RM2000 - RM3000 sekaki persegi - tetapi hanya bagi tanah Freehold tanpa sekatan Malay Rizab dsbnya. 
Bagi sesiapa yang tidak mahu menjual tanah, mereka boleh membangunkannya dengan sendiri atau menerusi JV (joint venture) dengan pemaju hartanah lain.
Tuan-Tuan di sini saya ada sedikit soalan cepu mas. Baca elok-elok dan fikir baik-baik ya.   
Bagaimana pula cadangan dan rancangan geng-geng 'orang tengah' itu (Dato-Dato dan orang-orang kaya) yang sibuk menyibuk buat offer RM800 sekaki persegi untuk membeli tanah Kampong Baru? Apakah 'grand design' mereka? Tuan-Tuan pernah fikir tak?

Tuan-Tuan, mereka pun akan jual tanah itu kepada taukeh-taukeh pemaju hartanah juga. Most likely kepada taukeh-taukeh Cina juga. 
Sebab di mana mereka nak cari pembeli korporat Melayu yang mampu bayar RM2000 atau RM3000 untuk membeli sekaki persegi tanah? Mana ada pembeli Melayu yang cukup untuk membeli kondo, apartmen, kedai, ruang pejabat dan shopping kompleks yang bakal dibina yang pasti akan berharga juta-juta Ringgit? Dont forget Kampong Baru terletak sebelah KLCC.

Apa maksud sebenarnya? Maksudnya akhir sekali geng-geng "orang tengah" yang offer Tuan-Tuan RM800 sekaki itu  akan terpaksa jual juga kepada taukeh-taukeh Cina, pembeli Singapura, pembeli Hong Kong dsbnya. Percayalah. 
Mereka mahu bayar Tuan-Tuan RM800 sekaki persegi. Tetapi mereka pula akan menjual kepada taukeh pemaju dengan harga RM3000 sekaki persegi. Banyak cantik.
Dan mereka akan guna pengaruh dan kuasa politik mereka untuk menukar status tanah Kampong Baru untuk membenarkan segala urusan pembangunan, redevelopment, urusan jual beli dengan bukan Melayu dsbnya. Percayalah depa bukan bodoh.  Tuan-Tuan yang akan diperbodohkan.
Saya cadangkan keseluruhan tanah Kampong Baru ditukar menjadi pegangan bebas (Freehold). Ini adalah harta kepunyaan Tuan-Tuan. Jadi Tuan-Tuan yang berhak memutuskan dan menguruskan harta sendiri mengikut kehendak dan keperluan Tuan-Tuan. 
Bukan ikut cakap ahli politik penipu serta konco-konco penyamun dan penyangak. 
Bagi ahli politik auta yang mainkan lagu Tanah Rizab Melayu akan hilang, suruhlah Kerajaan Pusat cari sekeping tanah lain kepunyaan Kerajaan yang seluas 223 ekar (sama besar dengan Kampong Baru) dan convert lah jadi Tanah Rizab Melayu. Apa susah sangat?
Contohnya tanah atas bukit Carcosa itu. Convert lah tanah Carcosa (yang kosong - hanya ada pokok dan rumput) menjadi Tanah Rizab Melayu dan bangunkan tanah itu sebagai pembangunan Rizab Melayu? Apa susah sangat? Ini cadangan saya saja. Jangan pula mana-mana Dato penyangak kena heart attack ok?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/isu-tanah-kg-baru-apabila-melayu-jaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Ratusan peneroka Felda Lembah Klau di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang Sultan Abdullah Al Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan...
Ini Rupanya Punca Tanah Rizab Melayu Berkurangan

Ini Rupanya Punca Tanah Rizab Melayu Berkurangan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 304 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad senaraikan kira kira 5 sebab mengapa tanah rizab Melayu semakin menyusut Anda setuju dengan pandangan Tun Dengarkan jawapan beliau dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY dengan tajuk Mengapa Melayu jual tanah anjura...
25 Merek Dukung Giias 2022 Berikut Mobil Mobil Baru Yang Dijanjikan Pabrikan

25 Merek Dukung Giias 2022 Berikut Mobil Mobil Baru Yang Dijanjikan Pabrikan

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 232 hits
Total 25 merek kendaraan penumpang dan komersial berpartisipasi Mereka adalah Audi BMW Chery Daihatsu DFSK Honda Hyundai Isuzu KIA Lexus Mazda MG Mini Mitsubishi Motors dan Nissan Kemudian Porsche Subaru Suzuki Toyota VW dan Wuling
Berpuluh Tahun Sulu Tak Kacau Petronas Bila Ph Tommy Thomas Mohon Maaf Baru Sulu Kacau

Berpuluh Tahun Sulu Tak Kacau Petronas Bila Ph Tommy Thomas Mohon Maaf Baru Sulu Kacau

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 278 hits
Oleh Sirajuddin AhmadAkhirnya pemerintahan duapuluh dua bulan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir sah membawa bala dan malapetaka kepada negara dan rakyat Jika dulu kita masih ada Pulau Batu Puteh untuk di challenge dimahkamah sekali lagi...
Selepas Diasak Rafizi Najib Gelabah Ambil Pendekatan Baru

Selepas Diasak Rafizi Najib Gelabah Ambil Pendekatan Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 264 hits
Dia sebok buat soalan tetapi lupa untuk jawab Dan memberi penjelasan kegagalan nya bertindak di eranya selepas sultan dulu memaklumkan niat Dia sebok Masa ITU mempertahan diri isu 1MDB digasak PH dan sebok mencari tarikh pilihanraya Najib e...
Baru Rilis Ini Potret Double Decker Milik Juragan 99 Trans Yang Elegan Dan Mewah

Baru Rilis Ini Potret Double Decker Milik Juragan 99 Trans Yang Elegan Dan Mewah

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 162 hits
Calon pemain AKAP baru khusus bus Jakarta Malang baru saja dirilis oleh Juragan 99 Kemewahan yang disuguhkan dengan standar fasilitas bus wisata premium siap memanjakan penumpang Berikut potretnya
Bincang Topik Orang Ketiga Panggilan Telefon Ex Nabil Ahmad Buat Zira Cemburu Baru Kerja Satu Hari Dah Ada Intan Call

Bincang Topik Orang Ketiga Panggilan Telefon Ex Nabil Ahmad Buat Zira Cemburu Baru Kerja Satu Hari Dah Ada Intan Call

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 306 hits
Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik Orang Ketiga Topik itu h...
Treasure Catat Rekod Baru Lagu Darari Kini Cecah Jumlah 1 Juta Pendengar

Treasure Catat Rekod Baru Lagu Darari Kini Cecah Jumlah 1 Juta Pendengar

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 224 hits
Korang pasti tahu viral DARARI yang sehingga kini masih boleh didengari di setiap platform muzik kan Lagu itu kini berjaya melepasi 1 juta jumlah pendengar Wow ARTIKEL BERKAITAN Lagu DARARI oleh TREASURE semestinya meninggalkan fenonmena ya...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner