Isu Stoking Dr Akmal Bawa Suara Melayu Pertahankan Islam


hmetro.com.my
Amir Mamat
[email protected]
AB Rauf menyampaikan sumbangan Ramadan dan berbuka puasa peringkat daerah Melaka Tengah di Masjid Al-Alami (MITC), hari ini. FOTO Amir Mamat
Ayer Keroh: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan langkah Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah sebagai membawa suara orang Melayu dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Beliau berkata, Dr Muhamad Akmal sudah pasti mempunyai asas kukuh untuk berbuat demikian dalam memastikan kesucian Islam serta maruah Melayu itu dapat dipertahankan secara keseluruhannya.

Katanya, isu stoking tertera kalimah Allah itu tidak seharusnya dipandang dari sudut politik, sebaliknya ia adalah satu isu agama.

"Soal politik tidak mengubah pendirian kita mengenai agama. Kita boleh bersama dalam politik dan boleh bersama membina sebuah negara yang baik, tapi soal agama ini amat sensitif.

"Ia harus dilihat oleh semua pihak supaya sentuhan yang mengguris hati orang Melayu dan umat Islam ini tidak berlaku lagi.

"Semua sedia maklum bahawa kalimah Allah ini diletakkan di taraf lebih tinggi dalam kalangan umat Islam, jadi apabila ia diletakkan pada stoking yang dipakai di kaki, memang semua orang Islam bukan sahaja di Melaka bahkan di seluruh negara akan berasa tersinggung dan terguris hati.

"Jadi, kelantangan Dr Muhamad Akmal ini mewakili orang Melayu dan menyuarakan suara hati umat Islam memandangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kita sudah bersepakat dalam konteks sosial untuk menghormati hak agama masing-masing," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Ramadan dan berbuka puasa peringkat daerah Melaka Tengah di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata kontroversi yang tercetus itu juga perlu diselesaikan secara pragmatik dan tidak diambil mudah oleh mana-mana pihak bagi memastikan ia tidak berulang.

"Seharusnya perkara ini tidak berlaku di negara kita kerana kita sudah bersepakat dalam konteks sosial untuk saling menghormati yang mana kesedaran ini harus dipertingkatkan.

"(Apabila) kalimah Allah ini tidak diletakkan di tempat yang betul memang ia menyinggung hati orang Islam kerana soal agama ini amat sensitif," katanya.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau dan EXCO Melaka menggerakkan kempen memboikot pasar raya KK Super Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Langkah itu dilihat mendapat reaksi beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Dr Muhamad Akmal turut dilaporkan tetap tidak berganjak dengan desakan rakan sekutu dalam kerajaan Perpaduan itu untuk tidak memboikot KK Mart berhubung kontroversi stoking terbabit.

Ketua Umno Bahagian Jasin itu juga dengan tegas dilaporkan berkata tidak memerlukan persetujuan DAP untuk mempertahankan kesucian Islam itu.
Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 11:34pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/isu-stoking-dr-akmal-bawa-suara-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 502 hits
Stoking kalimah Allah Jumpa komuniti Melayu Islam Pemuda Umno seru sayap MCA DAPAkmal Saleh minta Pemuda MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu Islam untuk tahu perasaan mereka FMT ReportersPETALING JAYA Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP b...
Isu Stoking Kalimah Allah Dr Muhamad Akmal Bidas Siti Kasim

Isu Stoking Kalimah Allah Dr Muhamad Akmal Bidas Siti Kasim

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 238 hits
Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh membidas peguam Siti Kasim dan menya...
Lelaki Hina Islam Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Ditahan

Lelaki Hina Islam Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Ditahan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 247 hits
freemalaysiatoday com21 Mar 2024 05 21 PMLelaki berusia lingkungan 35 tahun ditahan di Cheras semalam Minggu lalu tular di media sosial berhubung penjualan stoking kalimah Allah selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna PETALING JAYA P...
Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 424 hits
Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart Superstore Sdn Bhd memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway Petaling Jaya Kepada semua pelanggan KK Super...
Stoking Kalimah Allah Ini Bukan Membesar Besarkan Isu Ini Soal Agama

Stoking Kalimah Allah Ini Bukan Membesar Besarkan Isu Ini Soal Agama

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 383 hits
hmetro com myMOHD Puad Zarkashi FOTO arkib NSTPJohor Bahru UMNO menempelak tindakan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon meminta supaya isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart tidak diperbesarkan Ahli M...
Aktiviti Lapor Polis Isu Individu Hina Islam Sultan Ppim 27 03 2024

Aktiviti Lapor Polis Isu Individu Hina Islam Sultan Ppim 27 03 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 333 hits
Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia Sehubungan itu EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor YB Tuan Borhan Aman Shah hari ini bertind...
Setelah Kes Dibawa Ke Mahkamah Kini Giliran Dr Akmal Tunjuk Islam Itu Pemaaf

Setelah Kes Dibawa Ke Mahkamah Kini Giliran Dr Akmal Tunjuk Islam Itu Pemaaf

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 452 hits
Pelbagai pihak kini mula bersuara agar Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh menghentikan kecaman dan pemboikoitan terhadap KK Mart Ini berikutan pihak berkuasa sudah bertindak terhadap mereka yang terbabit menghina kalimah Allah termasuk menda...
Isu Stoking Tindakan Tegas Perlu Diambil Jika Berlaku Kecuaian Ikim

Isu Stoking Tindakan Tegas Perlu Diambil Jika Berlaku Kecuaian Ikim

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 336 hits
Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pengurusan KK Supermart Superstore Sdn Bhd sekiranya terbukti berlaku unsur kecuaian dalam kes penjualan stoking tertera kalimah Allah kerana ia melibatkan sensitiviti 3R Ketua Pengarah Institut K...
Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 263 hits
Pengasas KK Mart KK Chai telah memohon maaf dan diberi amaran keras susulan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah PETALING JAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia beri amaran keras kepada pengasas KK Mart KK Chai supaya isu penju...
Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Quick Corned Beef Recipe In Oven

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Gelas Memori Fiq7 Ft Adira Suhaimi

The Lantis Bila Chord

Monochromatic Magic A Handsome Triumph Street Twin By 2loud

Kempen Berdasarkan Prestasi

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025