Isu Sos Mcdonald S Polis Buka Kertas Siasatan



MELAKA: Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung kes tular membabitkan pembelian sos cili di Restoran McDonald’s Taman Buaya, Ayer Keroh di sini.
Ia susulan laporan dibuat seorang pekerja wanita restoran makanan segera itu berusia 19 tahun dengan alasan berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya, selepas pelanggan lelaki terlibat merakam insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pengadu telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, manakala pelanggan yang menularkan perkara itu sedang dikesan bagi dirakam percakapan.
“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat pelbagai versi cerita kejadian yang berlaku di mana versi lelaki tersebut, beliau diminta untuk membayar sos ekstra yang diminta walaupun terdapat pembelian makanan.
“Versi kedua adalah merupakan versi pengadu di mana dia dipaksa oleh lelaki tersebut untuk menjual 10 peket sos cili, walaupun telah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan kerana ia diberikan secara percuma oleh Mcdonald’s.
“Tiada kecederaan mahupun kerugian yang berlaku dalam kes ini. Kejadian berlaku pada 22 September 2023 antara pukul 10 sehingga 11.00 malam bertempat di Mcdonald’s Taman Buaya. Oleh sebab itu, pengadu membuat laporan polis kerana berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya kerana lelaki tersebut telah merakam rakaman video yang terjadi dan tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk pihak syarikat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mcdonald’s Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, tidak sengaja memberi jumlah sos cili yang tidak mencukupi menjadi punca seorang pelanggan berang sehingga tercetusnya insiden caj RM1 untuk sepeket sos cili.
Katanya, walaupun pekerja bertugas ketika itu menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera, namun ia tidak meredakan keadaan, malah membuatkan pelanggan tersebut marah.
Dakwanya, pelanggan terlibat berkeras untuk membayar tambahan 10 peket sos cili dan menggesa petugas mengeluarkan resit bagi pembelian berkenaan.

Tambah Christopher, terdapat satu laporan polis dibuat penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mana kompaun telah dikeluarkan terhadap Gerbang Alaf Sdn. Bhd. (Mcdonald’s) kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga pada sos cili di premis terbabit.
“Hasil siasatan juga mendapati bahawa kejadian telah berlaku pada 22 September 2023 tetapi laporan polis dibuat pada 26 September 2023. Kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Kesihatan dan siasatan diteruskan,” jelasnya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/isu-sos-mcdonalds-polis-buka-kertas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Jual Sos Cili Mcdonald S Akhirnya Perjelas Situasi Sebenar

Didakwa Jual Sos Cili Mcdonald S Akhirnya Perjelas Situasi Sebenar

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 88 hits
McDonald 8217 s Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian pekerja mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan yang tular baru baru ini Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya Datuk Azmir Jaafar berkata pihakny...
Kes Culik Siasatan Kes Ketua Polis Balai Anggota Larikan Lelaki Dirujuk Ke Bukit Aman

Kes Culik Siasatan Kes Ketua Polis Balai Anggota Larikan Lelaki Dirujuk Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 90 hits
Sinar HarianKUALA LUMPUR Kertas siasatan membabitkan seorang Ketua Polis Balai dan empat anggotanya melarikan seorang lelaki di Desa Petaling pada 24 September lalu akan dirujuk ke Bukit Aman Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam...
Kenapa Polis Perlu Rampas Telefon Semasa Siasatan Soal Bekas Menteri

Kenapa Polis Perlu Rampas Telefon Semasa Siasatan Soal Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim yang sedang disiasat bawah Akta Hasutan mempertikaikan keperluan polis merampas telefonnya Zaid berkata tindakan tersebut tidak perlu diambil apabila orang yang disiasat me...
Mcd Lapor Polis Dakwa Pelanggan Agresif Berkeras Bayar Sos Cili

Mcd Lapor Polis Dakwa Pelanggan Agresif Berkeras Bayar Sos Cili

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 208 hits
MalaysiakiniMcDonald s Malaysia membuat laporan polis berikutan pertikaian dengan seorang pelanggan mengenai sos cili yang dibekalkan bersama hidangannya Ia mendakwa pelanggan berkenaan menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap...
Isu Tafsir Sendiri Ayat Al Quran Howard Lee Beri Keterangan Kepada Polis Selasa Ini

Isu Tafsir Sendiri Ayat Al Quran Howard Lee Beri Keterangan Kepada Polis Selasa Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 184 hits
IPOH Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al Quran Selasa ini Pihak polis telah menghubungi saya dan saya akan membe...
Muhyiddin Menghadap Polis Lagi Siasatan 3 Jam

Muhyiddin Menghadap Polis Lagi Siasatan 3 Jam

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 21 2023 1 36 PMPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hari ini menghadap polis lagi bagi membantu siasatan berkaitan kes 3R Media melaporkan disiasat di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia d...
Guna Identiti Rakan Lelaki Tukar Wajah Elak Dicekup Polis

Guna Identiti Rakan Lelaki Tukar Wajah Elak Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 164 hits
Seorang lelaki di Thailand menggunakan identiti rakannya ketika melakukan jenayah sebelum menjalani pembedahan plastik sebagai taktik bagi mengelak dicekup polis lapor laman berita Thaiger hari ini Tindakan itu menyebabkan rakannya yang dik...
Caprice Dedah Polis Sudah Rampas Telefon Mondy

Caprice Dedah Polis Sudah Rampas Telefon Mondy

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 156 hits
KOSMO Tangkap layar Insta Story Caprice dan Mondy Tatto PETALING JAYA Penyanyi rap Caprice mendedahkan bahawa telefon Mondy Tatto telah dirampas oleh pihak Polis Diraja Malaysia Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Insta S...
Polis Panggil Caprice Mondy Selepas Laporan Ebit

Polis Panggil Caprice Mondy Selepas Laporan Ebit

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 159 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat pendakwah Ebit Lew Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikala Devi berkata p...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan