Isu Perumahan Gen2 Felda Sg Koyan Dapat Perhatian Kerajaan



KUALA LIPIS - Isu 240 buah rumah projek Perumahan Generasi Kedua Felda di Gugusan Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 yang telah siap namun tidak mempunyai sijil layak menduduki (CCC) sejak dua tahun lepas mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Dalam program bersama masyarakat Felda Sungai Koyan hari ini, Azmin meluangkan masa mengadakan lawatan kira-kira sejam bagi melihat sendiri dan bertemu sebahagian pembeli perumahan berkenaan di Felda Sungai Koyan 1.

Azmin dalam sidang medianya berkata setelah mendengar masalah itu yang bertangguh, beliau tidak boleh menerima alasan kelemahan pentadbiran terdahulu dan meminta menyiasat perkara itu dengan segera. Beliau mengambil maklum perkara itu pada minggu lepas.

“Daripada maklumat awal yang saya peroleh, masalah lebih kepada masalah pentadbiran iaitu masalah sub-kontraktor dan mereka terpaksa memberhentikan dahulu kontraktor utama sebelum meneruskan pengurusan dengan sub-kontraktor.



“Tapi saya tidak boleh menerima semua alasan itu. (Adalah) yang penting bagi saya keluarga-keluarga Felda mesti mendapat pembelaan yang adil dan saksama kerana rumah ini telah siap dua tahun lepas dan saya tidak nampak mengapa mereka mengambil masa begitu lama bagi membekalkan bekalan elektrik,” katanya.

Masalah rumah berkenaan mula timbul apabila pembeli rumah berharga RM90,000 yang terdiri daripada generasi belia tidak dapat menduduki rumah atas pelbagai faktor, yang antaranya tidak mempunyai sijil CCC selain berlaku mendapan tanah di sebuah rumah projek perumahan itu sehingga tidak selamat diduduki.

Justeru itu, Azmin meminta pihak Felda untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya mereka dapat memasuki segera rumah itu yang telah sekian lama dibiarkan.

“Bagi saya keselamatan penghuni itu keutamaan sebelum diberikan pemilikan untuk memasuki rumah-rumah itu,” katanya.

Bagaimanapun, masalah pemendapan rumah berkenaan akan mengambil masa untuk diperbaiki kerana ia masalah teknikal dan kejuruteraan, katanya.

Sementara itu, seorang daripada pembeli rumah berkenaan, Rosli Harun, 53, ketika ditemui kecewa dengan apa yang berlaku dan memohon kerajaan campurtangan dalam menangani masalah itu.

“Kami generasi kedua Felda bukan muda lagi, dah berumur. Kalau saya tunggu lima tahun lagi, sudah pencen kalau saya kerja kerajaan.

“Ada kalangan peneroka Felda dari kami masih menumpang rumah bapa mahupun menyewa. Jadi kami minta tolong sangat selesaikanlah masalah ini dengan segera,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/isu-perumahan-gen2-felda-sg-koyan-dapat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 309 hits
GEORGETOWN Pengumuman kenaikan tarif air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan nanti membuktikan kerajaan negeri tidak mengambil peduli dengan bebanan yang ditanggung rakyat pada masa ini Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Norhiesam Ismail be...
Ketibaan Tun M Di Felda Sungai Koyan Terima Sambutan Meriah Penduduk

Ketibaan Tun M Di Felda Sungai Koyan Terima Sambutan Meriah Penduduk

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 433 hits
Foto oleh TMIKetibaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad ke kubu kuat BN hari ini menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada Penduduk di Felda Sungai Koyan dan juga di kawasan sekitar Tun Mahathir yang juga merupakan Perdana Me...
Pas Harap Kerajaan Ph Beri Ruang Untuk Bincang Isu Akta 355

Pas Harap Kerajaan Ph Beri Ruang Untuk Bincang Isu Akta 355

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 219 hits
Datuk Mohd Nassuruddin DaudKelantan berharap Kerajaan Persekutuan memberikan sedikit ruang untuk perbincangan berkaitan pindaan Akta 355 yang sebelum ini pernah dibawa ke Parlimen di bawah kerajaan terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangun...
Trump Berucap Selepas Isu Penutupan Kerajaan Selesai

Trump Berucap Selepas Isu Penutupan Kerajaan Selesai

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 262 hits
Trump berucap selepas isu penutupan kerajaan selesai Dikemas kini 47 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 24 Jan 2019 7 15
Mufti Pp Mahu Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Salib

Mufti Pp Mahu Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Salib

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 381 hits
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyelesaikan isu paparan lambang salib di Grace Residence Jelutong di sini Beliau berkata pihaknya yakin kemelut itu boleh d...
Pas Gesa Kerajaan Wujud Peraturan Ketat Banteras Doula Esktrem

Pas Gesa Kerajaan Wujud Peraturan Ketat Banteras Doula Esktrem

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 359 hits
Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinIbu hamil dimomokkan dengan keburukan bersalin di fasiliti hospital BANGI Dewan Muslimat PAS Malaysia menggesa kerajaan mewujudkan satu akta atau peraturan yang ketat dalam mengawal kegiatan doula ekstrem di n...
Kerajaan Negeri Pahang Tarik Semula Kenderaan Yang Tular

Kerajaan Negeri Pahang Tarik Semula Kenderaan Yang Tular

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 354 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menarik semula kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Ser...
Kerajaan Perseketuan Disaran Supaya Selaraskan Cuti Jumaat

Kerajaan Perseketuan Disaran Supaya Selaraskan Cuti Jumaat

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 300 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyelaraskan cuti mingguan kepada hari Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja Keresahan yang timbul ialah majikan akan...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas