Kerajaan Perseketuan Disaran Supaya Selaraskan Cuti Jumaat



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyelaraskan cuti mingguan kepada hari Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja.

Keresahan yang timbul ialah majikan akan merasakan kerugian jika waktu rehat diberikan lebih lama daripada biasa dan kemungkinan lain seperti kesesakan jalan raya di mana melambatkan pekerja kembali ke pejabat.

Manakala di pihak pekerja pula merasa tertekan kerana terpaksa pulang tergesa-gesa ke tempat kerja disebabkan masa yang singkat dan tidak mahu ada konflik dengan majikan.

"Dilema ini boleh diatasi dengan memberikan keadaan menang-menang iaitu menyelaraskan cuti mingguan itu kepada Jumaat dan Sabtu," demikian pandangan ini dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau menyatakan demikian sebagai menyokong cadangan daripada PAS Kelantan melalui Ketua Penerangannya, Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud yang mencadangkan agar cuti mingguan diselaraskan bagi memudahkan majikan dan pekerja menunaikan amanah masing-masing.

"Walaupun bekerja pada hari Jumaat bukanlah dosa, tetapi ada hukum berkaitan jual beli ketika solat Jumaat berlangsung selain daripada majikan tidak membenarkan pekerja Muslim pergi ke masjid," kata Nassuruddin ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu turut menyarankan agar kerajaan negeri lain untuk mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu yang menjadikan hari Sabtu sebagai hari keluarga.

“Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah mengikut jejak langkah Kelantan dengan mengisytiharkan Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga.

"Kita memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mengikuti kuliah ilmu dibeberapa tempat yang dikhaskan oleh kerajaan pada hari Jumaat, kerana bagi kerajaan, ilmu amat penting untuk diberikan kepada rakyat.

"Manakala pada hari Sabtu pula, banyak tempat-tempat menarik di Terengganu untuk dijadikan lokasi perkelahan bersama keluarga atau apa-apa akitiviti lain untuk mengeratkan hubungan mereka, dan menjana ekonomi peniaga-peniaga tempatan,” terang beliau.

Beliau juga yakin hal ini tidak akan menjadi polemik keagamaan kerana Malaysia mempunyai hampir 70 peratus penduduk beragama Islam, maka ianya adalah munasabah dilaksanakan dan Islam juga adalah agama rasmi negara.

Selain Kelantan dan Terengganu, Kedah dan Johor juga menetapkan cuti rasmi mingguan negeri pada hari Jumaat dan beliau percaya ia boleh dikembangkan lagi ke negeri-negeri lain. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/kerajaan-perseketuan-disaran-supaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Sempat Doa Lepas Solat Cuti Jumaat Perlu Diselaraskan

Tidak Sempat Doa Lepas Solat Cuti Jumaat Perlu Diselaraskan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 373 hits
KOTA BHARU Hari Jumaat sepatutnya diselaraskan sebagai hari cuti bekerja di seluruh negara bagi memberi kesesuaian kepada umat Islam untuk menunaikan solat dan sebagainya Ketua Penerangan Pas negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata beker...
Laksanakan Cuti Jumaat Di Semua Negeri M Sia Ibnu Hasyim Sokong

Laksanakan Cuti Jumaat Di Semua Negeri M Sia Ibnu Hasyim Sokong

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 475 hits
NGO sokong cuti Jumaat SabtuKUALA TERENGGANU Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyelaraskan cuti mingguan kepada hari Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja Keresahan ya...
Kerajaan Disaran Keluarkan Garis Panduan Untuk Pusat Berpantang

Kerajaan Disaran Keluarkan Garis Panduan Untuk Pusat Berpantang

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 246 hits
Kerajaan disaran keluarkan garis panduan untuk lsquo pusat berpantang rsquo nbsp Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Di
Belum Cukup Sebulan Buku Dah Hilang Ini Cara Ibu Buat Supaya Buku Anak Tak Hilang

Belum Cukup Sebulan Buku Dah Hilang Ini Cara Ibu Buat Supaya Buku Anak Tak Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 812 hits
Hi Nak cerita pasal buku buku teks budak Mikhail ni Buku teks dapat masa hari orientasi nak masuk darjah satu hari tu Maknanya tak sampai sebulan dapat buku Last last minggu lepas 1 buku dah hilang Tak tahu la kemana buku tu pergi Tiba tiba...
Suami Beli 55 000 Helai Gaun Supaya Isteri Tak Pakai Baju Yang Sama

Suami Beli 55 000 Helai Gaun Supaya Isteri Tak Pakai Baju Yang Sama

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 611 hits
Sepasang suami isteri memiliki kira kira 55 000 helai baju gaun pelbagai jenis yang di simpan di dalam sebuah bilik di rumah mereka Kesemua gaun tersebut dikatakan tidak boleh didapatkan di mana mana butik di luar Paul Brockmann 80 membelik...
5 Jenis Buah Elok Dimakan Untuk Diet Supaya Cepat Kurus

5 Jenis Buah Elok Dimakan Untuk Diet Supaya Cepat Kurus

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 1426 hits
BAGI KORANG YANG ADA PLAN NAK TURUNKAN BERAT BADAN ATAU NAK DIET SIHAT TU ELOKLAH RAJIN MAKAN BUAH SERAT YANG TERDAPAT DALAM BUAH BUAHAN AKAN MEMBUATKAN KORANG RASA LEBIH CEPAT KENYANG Buah buahan merupakan salah satu sumber tenaga dan nutr...
Membaca Ayat Kursi Disaran Pada 3 Waktu Utama Rileks Media

Membaca Ayat Kursi Disaran Pada 3 Waktu Utama Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 335 hits
Seperti yang kita tahu ayat kursi diketahui dapat melindungi kita dari hal hal buruk atas izin Allah Selain itu bacaan ayat kursi menjadi amalan baik bagi kita umat manusia agar lebih dekat dengan Sang Maha Pencipta Ini Dia 3 Waktu Utama Un...
Agong Letak Jawatan Apakah Satu Petanda Kepada Kerajaan Baru

Agong Letak Jawatan Apakah Satu Petanda Kepada Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 411 hits
Sultan Muhammad V amat dikenali oleh rakyat kelantan sebagai sultan agong yang berjiwa rakyat Jika ada sesuatu perkara menimpa agong semestinya bangsa kelantan akan paling hadapan mempertahankan sultan kesayangan mereka Namun semalam kita d...
Kerajaan Pakayan Harapan Mencipta Sejarah Baharu Chedetofficial Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

Kerajaan Pakayan Harapan Mencipta Sejarah Baharu Chedetofficial Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 353 hits
Agak lama Sangkakala tak menulis di laman blog ni Bukan apa akibat kekangan masa hingga membuatkan Sangkakala takde masa untuk menulis dalam laman ni Tapi hari ni Sangkakala nak ulas sedikit tentang perletakkan Duli Yang Maha Mulia Seri Pad...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman