Isu Penutup Hidung Dan Mulut Kdn Beri Kelonggaran Ambil Pekerja Asing


PUTRAJAYA, 14 FEB: Kabinet melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kelonggaran pengambilan lebih ramai pekerja asing kepada syarikat pengeluar penutup hidung dan mulut bagi membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak produk itu dalam mengawal penularan kluster koronavirus 2019 (Covid-19), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa tertinggi pengurusan bencana pusat berhubung kluster Covid-19 di Perdana Putra di sini hari ini, beliau berkata perkara itu akan diuruskan KDN bersama Kementerian Sumber Manusia dalam waktu terdekat.
Jelasnya, sebelum Covid-19, penggunaan penutup hidung dan mulut hanya dalam kalangan petugas kesihatan sahaja. Namun permintaan meningkat mendadak berikutan penularan Covid-19.
Beliau berkata pengeluar memberitahu mereka perlu beroperasi selama 24 jam dalam tiga syif bagi meningkatkan pengeluaran.
“Bagaimanapun kawalan terhadap jumlah kemasukan (pekerja asing) akan tetap dikenakan kerana kerajaan tidak mahu kebanjiran pekerja asing,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata langkah mengawal selia bekalan dan harga jualan penutup hidung dan mulut di pasaran telah diambil bagi menghalang pembelian produk itu secara pukal dan dibawa ke luar negara.
Surat arahan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dan cawangan sudah dikeluarkan untuk memastikan penjual produk itu membuat kawalan kendiri dan tidak menjual secara pukal kepada pelanggan, katanya.
Ada kuota untuk produk berkenaan supaya bekalan di dalam negara mencukupi dan pihak tertentu tidak melakukan pembelian secara pukal untuk dihantar ke luar negara, tambah beliau.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata Malaysia tidak akan membenarkan kemasukan kapal-kapal asing untuk berlabuh di negara ini kecuali kapal-kapal berkenaan berkongsi maklumat penting yang diperlukan pihak berkuasa Malaysia.
Menurutnya Jabatan Imigresen Malaysia telah melaporkan bahawa terdapat permohonan untuk berlabuh daripada dua kapal persiaran dari Hong Kong iaitu kapal Westerdam dan kapal Sapphire Princess.
Kapal Westerdam dengan muatan sekitar 1,000 penumpang yang pernah memasuki Hong Kong sebelum ke Taiwan pada 1 Februari pada mulanya berhasrat untuk berlabuh di Malaysia, telah mendapat kebenaran untuk berlabuh di Kemboja semalam.
Manakala Sapphire Princess telah selamat berlabuh di Singapura, katanya.
Mengulas mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 di China, beliau berkata, ia disebabkan perubahan definisi kes positif Covid-19 bagi wilayah Hubei.
“Terkini, mana-mana pesakit di wilayah Hubei yang menunjukkan kesemua gejala klinikal Covid-19 tetapi belum disahkan positif melalui ujian makmal adalah dikategorikan sebagai kes yang positif,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata bagaimanapun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah pesakit yang disahkan positif Covid-19 di luar China tidak menunjukkan peningkatan kes yang mendadak.
Jelasnya, Malaysia tidak mengikuti langkah Hubei dalam mendefinasikan kes Covid-19 tanpa ujian makmal.
“Di Malaysia Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sudah bersedia dari awal (untuk melakukan ujian makmal). IMR sudah sedia,” katanya.
Mesyuarat hari ini turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/isu-penutup-hidung-dan-mulut-kdn-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koronavirus Pakai Penutup Hidung Dan Mulut Jika Demam Selesama Batuk

Koronavirus Pakai Penutup Hidung Dan Mulut Jika Demam Selesama Batuk

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 469 hits
IPOH 2 FEB Penutup hidung dan mulut perlu dipakai oleh mereka yang mempunyai gejala seperti demam selesema dan batuk bagi mengelak jangkitan penyakit yang dihidapi kepada orang lain kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Beliau me...
Covid 19 250 Aduan Diterima Berkaitan Penutup Hidung Mulut

Covid 19 250 Aduan Diterima Berkaitan Penutup Hidung Mulut

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 345 hits
KUCHING 20 Jamadilakhir 1441H Jumaat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 250 aduan salah laku berkaitan penutup hidung dan mulut susulan penularan jangkitan COVID 19 Timbalan menterinya Chong Chieng Jen ber
Kerajaan Tak Hadkan Pembelian Penutup Mulut Dan Hidung

Kerajaan Tak Hadkan Pembelian Penutup Mulut Dan Hidung

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 267 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak Covid 19 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya foto SYA...
Kilang Arah Pekerja Proses Kaki Ayam Guna Mulut

Kilang Arah Pekerja Proses Kaki Ayam Guna Mulut

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 933 hits
Pekerja pekerja sebuah kilang memproses ayam didapati menggunakan MULUT mereka untuk melepaskan tulang dari kaki ayam sebelum menjualnya kepada orang ramai di ThailandPekerja pekerja kilang tersebut telah dirakam menggunakan kamera semasa m...
Cek Fakta Benarkah Jumlah Pekerja Asing Di Morowali Capai 40 000 Orang

Cek Fakta Benarkah Jumlah Pekerja Asing Di Morowali Capai 40 000 Orang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 346 hits
Lini massa dihiasi kabar pekerja asal China di Morowali yang dikarantina karena merebaknya virus Corona Jumlahnya disebut sebut mencapai 40 000 tenaga kerja
Najib Sindir Kerajaan Longgar Pengambilan Pekerja Asing

Najib Sindir Kerajaan Longgar Pengambilan Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 346 hits
BANGI 20 Jamadilakhir 1441H Jumaat Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi parti tamak haloba DAP apabila melonggarkan jumlah pengambilan pekerja asing untuk menambah penghasilan topeng muka Bekas p...
Tak Dilibatkan Pemerintah Buruh Curiga Ruu Omnibus Law Untungkan Pekerja Asing

Tak Dilibatkan Pemerintah Buruh Curiga Ruu Omnibus Law Untungkan Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 301 hits
KSPI menegaskan bahwa tidak bertanggung jawab terkait pembentukan Undang Undang Omnibus Law Cipta Kerja yang dicanangkan pemerintah
Bekalan Topeng Hidung Mulut Cukup Saifuddin

Bekalan Topeng Hidung Mulut Cukup Saifuddin

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 508 hits
PUTRAJAYA 13 FEB Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan bekalan topeng hidung dan mulut mencukupi untuk keperluan orang ramai dalam mengawal jangkitan Covid 19 Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Is...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion