Isu Pengambilan Tenaga Kerja Nepal Pm Janji Akan Campur Tangan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan campur tangan dalam isu membabitkan pengambilan tenaga kerja dari Nepal yang dihadapi syarikat kawalan keselamatan.Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali, berkata pihaknya sudah bertemu Dr Mahathir di pejabatnya Jumaat lalu.
Loading...
“Beliau berjanji akan campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat.“Sejak Mei lalu, syarikat kawalan keselamatan berdepan dengan pelbagai masalah kerana gagal menyediakan khidmat tenaga kerja dari negara itu untuk memenuhi permintaan majikan.“Levi bagi 10,200 orang pekerja sudah dibayar malah visa pekerja juga sudah dikeluarkan, namun hingga kini kerajaan Nepal masih tidak memberi jawapan berhubung pengambilan tenaga kerja mereka,” katanya ketika dihubungi NSTP.Menurut Mustapa, masalah kekurangan tenaga kerja Nepal bermula apabila negara itu membekukan penghantaran tenaga kerja ke negara ini selepas tidak bersetuju dengan khidmat ejen yang menguruskan proses berkenaan.“Mereka mendakwa kita melanggar perjanjian sebab itu dibekukan, ...tetapi perjanjian baharu sudah dipersetujui malah Kementerian Sumber Manusia melalui menterinya juga sudah menandatangani perjanjian itu.“Perbincangan antara kedua-dua kerajaan sudah dibuat dan mencapai kata putus, namun kami tidak pasti mengapa kerajaan Nepal masih berdiam diri.“Atas sebab itu, kita minta Dr Mahathir campur tangan dan membuat rundingan dengan kerajaan Nepal agar masalah ini tidak berlarutan,” katanya.Katanya, ketika ini seramai 35,000 pengawal keselamatan Nepal berkhidmat dalam sektor perkilangan, pembinaan dan kawalan keselamatan.“Jumlah itu akan berkurangan secara berperingkat kerana mereka yang tamat kontrak akan pulang ke negara asal dan kita masih gagal menggantikan kekosongan,” katanya.
Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Nepal pada 29 Oktober lalu bagi menangani sindiket penyeludupan manusia dan eksploitasi pekerja.Beliau berkata, antara lain MoU itu yang memutuskan bayaran rekrut, tiket penerbangan dua hala, visa, pemeriksaan kesihatan dan caj levi ditanggung majikan berbanding pekerja, adalah selaras syarat digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).-Berita harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysianupdate.com/2018/12/isu-pengambilan-tenaga-kerja-nepal-pm.html