Isu Pelantikan Speaker




1. Dengan lebihan hanya 2 undi sahaja, Speaker Dewan Rakyat ( DR ), lantikan Kerajaan PH, telah dilucutkan jawatannya.

2. Bagi pihak PH dan rakan pembangkang, isu usul pemecatan mantan Speaker tersebut adalah tidak sah dan terbatal kerana jawatan itu tidak pernah kosong ( vacant ) atau dikosongkan pada bila-bila masa sebelum hari ini.

3. Ia tidak pernah kosong kerana Speaker tidak pernah meletak jawatan atau dipecat dan beliau juga masih hidup. Logiknya , apabila jawatan Speaker itu tidak kosong, adalah tidak munasabah untuk DR melantik Speaker yang  baru.

3. Oh, kata gomen tebuk atap, kami bukan nak buang Speaker, tapi kami hanya nak ganti sahaja. Baiklah, nak ganti.Tapi atas sebab apa ? Sebab mantan Speaker itu korup atau tak layak ke ? Hatta pagi ini Gomen Tebuk Atap masih guna khidmat Speaker yang mereka nak buang itu !

4. Kata YB Pasir Salak , PH kena terimalah realiti bahawa mantan Speaker itu adalah Speaker Kerajaan PH , maka PH kena terimalah hakikat bila bertukar Kerajaan kenalah juga tukar Speaker. Begitulah logika YB Pasir Salak.

Jika itulah logiknya , mereka juga sepatutnya kena terima jugalah realiti yang lain. Kena terima jugalah realiti bahawa pada 9/5/2018, rakyat negara ini telah menolak BN dan memberi mandat pada PH untuk jadi Kerajaan yang wakili mereka. Adakah anda semua ( BN dan para pengkhianat  ) menerima realiti tersebut?   Jika terima, kenapa perlu tebuk atap?

5. PH juga berhujah,  jika sekalipun gomen tebuk atap nak sangat "pecat" mantan Speaker lantikan PH tersebut dan nak ganti speaker yang baru, maka bagilah peluang PH ++ kemuka cadangan nama Speaker dari pihak PH dan selepas itu diadakan pengundian. Ini baru adil. Orang kata itulah natural justice !

5. Gomen Tebuk Atap sebaliknya berkata jika PH++ nak kemuka calon Speaker dari PH, PH kena bagi notis 14 hari sepertimana yang dinyatakan di dalam Peraturan 4 ( 1 ) Peraturan Mesyuarat ( Standing Orders ). 

Oleh kerana tiada notis 14 hari diberikan oleh PH, maka Gomen Tebuk Atap membuat anggapan meleset bahawa PH tiada sebarang cadangan balas calon Speaker lain. Itu kononnya alasan mereka. Maaf kami amat ragu alasan anda itu.

6. Sebenarnya,  mereka patutnya kena tanya " kenapa PH ++ tidak hantar cadangan nama Speaker bagi pihak PH? Jawapannya mudah. PH++ tidak hantar notis bagi nama cadangan balas kerana pendirian PH adalah jelas- tiada sebarang kekosongan ( vacancy ) kerusi Speaker pada segala masa material berdasarkan Peraturan 3 Peraturan Mesyuarat. Titik.

7. Ya , hanya pada hari ini sahaja baru diputuskan secara muktamad di dalam Sidang Dewan Rakyat yang rasmi bahawa jawatan Speaker lantikan Kerajaan PH telah dikosongkan secara rasmi bila DR membuat undi mengesahkan pelucutan jawatan Speaker DR lantikan Kerajaan PH.

8. Maka, secara teknikalnya, kekosongan jawatan Speaker itu hanya berkuatkuasa pada hari ini (  13/7/2020 ) . Ini fakta.

Oleh itu, bagi memenuhi notis 14 hari yang dinyatakan di dalam Aturan 4 ( 1 ) Peraturan Mesyuarat, logiknya pengiraaan notis 14 hari itu hendaklah dikira dari tarikh kekosongan jawatan Speaker tersebut iaitu pada tarikh hari ini ( 13/7/2020 ).

9. Adalah tidak logik untuk memberi notis 14 hari di bawah Aturan 4 ( 1 ) tersebut dalam keadaan kerusi Speaker masih wujud/tidak kosong atau isu kekosongan kerusi Speaker masih belum diputuskan secara muktamad oleh DR. Jika dah kosong lama mengapa bawa usul dan hanya baru putuskan isu kekosongan itu hanya hari ini ?

10. Maka, berdasarkan undang-undang, logik dan  prinsip keadilan, mana-mana YB PH +++ sewajarnya diberi peluang untuk mengemukakan calon Speaker lain selain nama calon Speaker cadangan dari Gomen Tebuk Atap.

11. Maka sewajarnya juga sidang DR tidak diteruskan hari ini selepas DR memutuskan secara muktamad pengosongan jawatan Speaker melalui pengundian usul melucutkan jawatan Speaker yang dibawa oleh YAB PM Gomen Tebuk Atap.

Amat tidak wajar jawatan Speaker yang baru dengan tergopoh gapah hendak juga diisi secara arbitrari pada hari ini tanpa terlebih dahulu menunggu pencalonan nama Speaker dari PH ++. Ini jelas tidak adil dan sangat dicurigai "bona fide"nya.

12. Adalah menghairankan dan juga mengecewakan YB Timbalan Speaker ( Batu Pahat ) dan YB Menteri undang- undang dilihat cuba meremehkan peruntukkan undang-undang, mengabaikan proses keadilan dan mengenepikan aspek logika dalam isu Speaker ini.

والله اعلم

YB Sepang
13/7/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/isu-pelantikan-speaker.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Speaker Dewan Rakyat Sah Jika Disokong Majoriti

Pelantikan Speaker Dewan Rakyat Sah Jika Disokong Majoriti

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 274 hits
SHAH ALAM Pelantikan Speaker Dewan Rakyat adalah sah jika usul yang dikemukakan dalam Sidang Dewan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid berkata bukan menjadi isu apabila seseorang itu dila...
Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

Parlimen 14 Azhar Speaker Azalina Timbalan Speaker Baharu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 515 hits
Azhar Azizan Azalina Foto BernamaKUALA LUMPUR Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Speaker Parlimen Malaysia Di Era Normal Baru

Speaker Parlimen Malaysia Di Era Normal Baru

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 372 hits
ULASANMohamad Ariff Mohd Yusuff speaker cemerlang MENGULAS apa yang berlaku di hari pertama sidang parlimen hari ini khususnya mengenai usul dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengosongkan kerusi speaker yang disandang ...
Dewan Rakyat Lulus Usul Speaker Kosongkan Jawatan

Dewan Rakyat Lulus Usul Speaker Kosongkan Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli P...
Tak Terkawal Speaker Baru Arah Mp Pembangkang Keluar

Tak Terkawal Speaker Baru Arah Mp Pembangkang Keluar

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 334 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Sidang Parlimen sesi petang kali ini berlangsung dalam keadaan agak tidak terkawal dan kecoh sebaik sahaja Datuk Azhar Azizan Harun duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat Ia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengus...
Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 304 hits
YB Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md Yusof merupakan Pengerusi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia Atau dalam perjawatannya dipanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat Atau bahasa mudahnya Speaker Dewan Rakyat Yang di Pertua Dewan Rakyat ialah pengerusi...
Singkir Speaker Tidak Pernah Terjadi Dalam 800 Tahun Sejarah Demokrasi

Singkir Speaker Tidak Pernah Terjadi Dalam 800 Tahun Sejarah Demokrasi

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 257 hits
Malaysia mencatat sejarah gemilang hari ini apabila menyingkirkan Speaker yang tidak pernah berlaku dalam 800 tahun sejarah demokrasi berparlimen Bekas Speaker Mohamad Ariff Md Yusof menyifatkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional menyingk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba