Isu Palestin Kemanusiaan Jangan Alih Kepada Perbezaan Agama




Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mempunyai pendirian yang jelas terhadap isu Palestin selain tidak mahu ia menjadikan suhu perbezaan agama dan kaum bertukar hangat.
Perdana Menteri menjelaskan isu kezaliman Zionis bukan sekadar membabitkan umat Islam malah melibatkan soal hak asasi kemanusiaan sejagat yang perlu difahami dengan jelas.
“Ada yang bertanya mengapa kita hanya berpihak kepada Palestin, orang Islam tentunya, (dalam perkara itu) ada kejahilan kefahaman, bumi Palestin memang majoriti penduduk Islam tapi ada juga minoriti Kristian.
“…dan bila dirobohkan oleh kerajaan Zionis Israel, dirobohkan semua termasuk ratusan buah masjid dan tujuh gereja yang dimusnah sama sekali. Jadi kita harus lihat dari sudut kezaliman… ya dari sudut orang Islam, kita ada hak melihat dari sudut pandangan Islam tapi dari segi kemanusian dan negara, ia juga melibatkan orang bukan Islam khususnya Kristian.
“Harap kawan-kawan kita dari agama lain harus memberikan sokongan kerana ia soal keadilan dan kemanusiaan malah antara sarjana yang paling bijak mengupas soal ini Edward Said, dia orang Palestin, pendukung kental tetapi Kristian, dia menulis dan saya popularkan tulisannya mengenai The Politics of Dispossession (Politik Pengusiran),” katanya pada penghujung pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) di Dewan Negara hari ini.
Anwar menekankan bahawa soal Palestin adalah membabitkan masalah perampasan tanah, kerakyatan dan negara ditakluk serta dijajah.
“Malah maruah dirampas, inilah yang disebut sebagai The Politics of Dispossesion,” ujarnya.
Jelas Anwar, sebab itu negara mengambil pendirian tegas termasuk membangkitkan isu tersebut semasa sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Saya tahu juga keperluan dan kepentingan Malaysia, pelaburan dan kita tidak upaya melawan negara-negara besar tetapi bila mengenangkan anak-anak dan bayi terbunuh, saya tidak ada pilihan.
“Maka dalam sidang APEC itu, walaupun Presiden Joe Biden itu negara kuasa besar di hadapan saya dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), (Antony) Blinken di kanan saya dan dihadiri Presiden Xi Jinping dan semua ketua negara, saya dengan tegas menyatakan pendirian Malaysia, menyatakan hak dan kemanusiaan dan menuntut semua pihak termasuk AS menghentikan keganasan segera.
“Saya sebut satu hari tambahan (serangan) ribuan wanita dan kanak-kanak akan dibunuh, saya kata tidak munasabah bagi AS dan Barat untuk menuntut kita mengutuk Russia kerana menyerang sebahagian Ukraine tapi memaafkan Israel bila menakluki Palestin. Saya fikir itu juga suara hampir seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Terdahulu, Anwar berkata Wisma Putra kini telah menunjukkan peningkatan profilnya di arena antarabangsa sekali gus mendorong kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM1.27 bilion pada tahun depan berbanding sebelum ini RM971 juta.
The post Isu Palestin kemanusiaan, jangan alih kepada perbezaan agama first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36880?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=isu-palestin-kemanusiaan-jangan-alih-kepada-perbezaan-agama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 203 hits
19 November 20236 Jamadil Awal 1445HYAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google Enovix Corporation Microsoft dan TikTok di San Francisco Amerika Syarik...
Pas Tegur Muhyiddin Jangan Bangkit Isu Remeh

Pas Tegur Muhyiddin Jangan Bangkit Isu Remeh

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 150 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegur sekutunya Bersatu supaya tidak membangkitkan isu remeh susulan kenyataan Muhyiddin Yassin mendakwa sokongan terhadap PAS sudah tepu sebelum bergabung bawah Perikatan Nasional Mursyidul A...
Zambry Hadiri Mesyuarat Pleno Sesi Ke 78 Pbb Bawa Suara Malaysia Tentang Isu Palestin Israel

Zambry Hadiri Mesyuarat Pleno Sesi Ke 78 Pbb Bawa Suara Malaysia Tentang Isu Palestin Israel

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 193 hits
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan penyertaan Malaysia di kedua dua mesyuarat tersebut bersama sama negara negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam Kumpulan Arab dan negara negara sepemikiran di platform PBB adalah bertu...
Panas Isu Poligami Puteri Sarah Nasihat Jangan Dengar Hasutan Orang Lain

Panas Isu Poligami Puteri Sarah Nasihat Jangan Dengar Hasutan Orang Lain

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 105 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana menitipkan nasihat buat para wanita terutama dalam kalangan isteri untuk tidak mudah terpedaya dengan hasutan orang lain sehingga mendatangkan kesan setelah membuat keputusan terutama perihal poligami Hantaran te...
Isu Agama Perlu Jelas

Isu Agama Perlu Jelas

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 257 hits
JANGAN MAIN HAL AGAMA DIBELAKANG TABIRDALAM PERKARA SYARI AH MUSLIM WAJIB TAHUSERAHKAN HAL SYARI AH PADA AHLINYA Mahkamah tangguh keputusan hakim tegur peguam majlis agama ISU PETISYEN PERLU DIRUNDING TERLEBIH DAHULUDALAM HAL SYARI AH JANGA...
Utamakan Isu Kemanusiaan Ppim Gesa Kerjasama Semua Ngo Kenyataan Media Ppim 28 11 2023

Utamakan Isu Kemanusiaan Ppim Gesa Kerjasama Semua Ngo Kenyataan Media Ppim 28 11 2023

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Isu kemanusiaan yang semakin mendapat perhatian perlukan suara lebih lantang dan tegas Selain itu usaha menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan perlu disusuli dengan tindakan yang berkesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia meng...
Tkn Fanta Prabowo Gibran Ajak Pemuda Peduli Isu Kemanusiaan Di Palestina

Tkn Fanta Prabowo Gibran Ajak Pemuda Peduli Isu Kemanusiaan Di Palestina

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 253 hits
Khadijah mengatakan era digital semakin memudahkan masyarakat dunia mengakses informasi dari mana saja
Jangan Main Isu Akidah Dalam Politik Sebab Itu Kerja Khawarij

Jangan Main Isu Akidah Dalam Politik Sebab Itu Kerja Khawarij

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 171 hits
HarapanDaily comMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu klip kuliahnya yang tersebar di media sosial melarang isu akidah dimainkan dalam politik Menurutnya gejala itu amat berbahaya seperti yang telah berlaku dalam sejarah ...
Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

Langsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin 6 Dis 2023

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 241 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita UMNO Malaysia di Bangunan Perdana Putra Putrajaya AWANInews ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik