Isu Palestin Ini Meruntun Jiwa Kenapa Ketawa Ngo Harian Metro 13 10 2023


 

Kuala Lumpur: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membidas netizen yang mempersenda berita pengeboman dan kemusnahan Masjid Muhammad Al Amin di Palestin.
Ia disifatkan sebagai tidak sensitif selain sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam yang kini sedang berduka dan bersolidariti dengan nasib menimpa penduduk negara itu.
Presiden Pertubuhan Usahawan Islamiah Malaysia (USAMIAH), Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, tindakan terbabit tidak menghormati terhadap sensitiviti agama yang majoriti beragama Islam di Malaysia.
"Tindakan mempersenda dan mempermainkan isu masjid adalah suatu perkara serius serta mengaibkan umat Islam kerana ia simbolik bagi agama Islam dan tidak selari dengan dasar kerajaan Madani untuk mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang saling menghormati antara satu sama lain.
"Kami yang beragama islam berasa kecewa dan berdukacita ke atas penghinaan oleh individu terbabit.
"Kami berharap agar individu yang mempersenda isu kemusnahan masjid untuk tampil dan membuat satu kenyataan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya terhadap rakyat Palestin yang selama ini telah menderita dan sengsara atas kezaliman dan kekejaman rejim zionis Israel.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan dengan mengeluarkan amaran tegas dalam isu seumpama itu.
"Ini isu yang sensitif, bukan di Malaysia malah seluruh dunia Islam. Ada negara bukan Islam pun simpati dengan isu ini.
"Kenapa dibiarkan ada puak-puak yang sengaja mentertawakan pembantaian oleh rejim zionis ini. Perlu ada tindakan," katanya.
Semalam, tular di media sosial komen-komen dari netizen yang mempersenda kejadian pengeboman masjid di Palestin di Facebook.
Komen berkenaan menimbulkan situasi kurang senang umat Islam di negara ini yang menyifatkan ia sebagai melampau dan tidak kena dengan situasi semasa.
Artikel oleh: Harian Metro
'ISU PALESTIN INI MERUNTUN JIWA, KENAPA KETAWA' - NGO



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019572/isu-palestin-ini-meruntun-jiwa-kenapa-ketawa-ngo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/10/isu-palestin-ini-meruntun-jiwa-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasihan Sebab Hidup Terbiar Dan Tidur Di Kaki Lima Roy Azman Harian Metro 07 10 2023

Kasihan Sebab Hidup Terbiar Dan Tidur Di Kaki Lima Roy Azman Harian Metro 07 10 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 135 hits
Kuala Lumpur Sebagai bapa saya tersentuh hati melihat anak anak kecil yang turut menjadi gelandangan bersama kedua ibu bapa mereka Terfikir bagaimana pembesaran mereka Demikian kata pelakon Roy Azman atau nama sebenar Zairosminan Abdul Rahm...
Ngo Palestin Tindakan Undang Undang Jika Uk Gagal Henti Jual Senjata Kepada Israel

Ngo Palestin Tindakan Undang Undang Jika Uk Gagal Henti Jual Senjata Kepada Israel

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 174 hits
BharianonlineLONDON Sebuah kumpulan hak asasi rakyat Palestin mengancam tindakan undang undang terhadap Britain melainkan negara itu membatalkan semua lesen eksport senjata ke Israel yang dikatakan telah melanggar undang undang antarabangsa...
Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 114 hits
Situasi meruncing di negara Palestin pada ketika ini turut menganggu perasaan dan emosi mentua pelakon Ramona Zam Zam yang merupakan orang asal dari negara itu Kongsi Ramona mentuanya mengasingkan diri di dalam bilik kerana mengenangkan nas...
Mcm Salur Bantuan Fasa Ketiga Berjumlah Rm412 000 Sinar Harian 18 10 2023

Mcm Salur Bantuan Fasa Ketiga Berjumlah Rm412 000 Sinar Harian 18 10 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 164 hits
SHAH ALAM Muslim Care Malaysia telah menyalurkan bantuan fasa ketiga dengan dana sebanyak RM412 000 khusus untuk perubatan rakyat Palestin Antara pertubuhan bukan kerajaan yang berkolaborasi dengan MCM untuk sumbangan fasa ketiga itu ialah ...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Dalam Harian Matawang Kripto Ripple Jumaat 13 Oktober 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Dalam Harian Matawang Kripto Ripple Jumaat 13 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 295 hits
Jika kita lihat pada carta 4 jam bagi Matawang Kripto Ripple kelemahan masih kekal di mana ia disahkan oleh pergerakan harga yang berada di bawah Death Cross Kumo Tenkan Sen dan Kijun Sen serta Chikou Span yang berada di bawah pergerakan ha...
Dituduh Ambil Kesempatan Vivy Yusof Jawab Isu Jual Koleksi Tudung Bendera Palestin

Dituduh Ambil Kesempatan Vivy Yusof Jawab Isu Jual Koleksi Tudung Bendera Palestin

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 132 hits
Tindakan seorang usahawan terkemuka yang mengeluarkan koleksi produk bertemakan bendera Palestin telah kecoh diperkatakan di media sosial Koleksi tudung dan aksesori Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun X dikenali sebagai arfdy12 d...
Rawat Kelemahan Poca Cegah Judi Dalam Talian Berita Harian 16 10 2023

Rawat Kelemahan Poca Cegah Judi Dalam Talian Berita Harian 16 10 2023

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 355 hits
Gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menggesa Akta Pencegahan Jenayah 1959 dikuatkuasakan kembali untuk memerangi aktiviti jenayah terancang termasuk sindiket judi perlu diberikan perhatian ekoran Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ...
Muslim Care Malaysia Ke Mesir Sampaikan Bantuan Palestin Rm412 000 Kosmo 18 10 2023

Muslim Care Malaysia Ke Mesir Sampaikan Bantuan Palestin Rm412 000 Kosmo 18 10 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 188 hits
PETALING JAYA Dua exco Muslim Care Malaysia berlepas ke Kaherah Mesir dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat Setiausaha Agung Ahmad Safuan Ujar berkata di Kaherah pih...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord