Isu Mengambil Alih Konsesi Adakah Satu Lagi Retorik Ph


Mohamad Hj Hasan
Timbalan Presiden UMNO.
Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan keputusan untuk mengambil alih konsesi dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat. Untuk tujuan tersebut, satu sistem dan kadar baharu tol telah diperkenalkan yang meliputi Waktu Puncak (kadar seperti sedia kala), Bukan Waktu Puncak (potongan 30%) dan Waktu Biasa (percuma).
Langkah ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai langkah Kerajaan Pakatan Harapan melunaskan janji penghapusan tol yang dinyatakan dalam manifesto yang lepas.
Saya menghargai usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk cuba memenuhi janji-janji manifesto dan tidak hanya menawarkan harapan palsu. Yang lebih penting, saya mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan yang boleh meringankan beban tanggungan kos sara hidup rakyat Namun, terdapat beberapa isu signifikan berkenaan dengan cadangan ini yang harus diperhalusi dengan lebih mendalam dan berobjektif.
Pertama, adakah inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat atau mengurangkan kesesakan dan penggunaan tol atau meringankan hutang kerajaan atau apa sebenarnya?
Persoalan ini penting memandangkan mekanisme yang diperkenalkan kerajaan ini kelihatan mengelirukan. Sebaliknya, kelihatan sekadar pengumuman yang bersifat ‘window dressing’ yang dibuat untuk mencipta kesan menggembirakan yang sementara.
Misalnya, kadar percuma waktu biasa iaitu dari jam 11 malam sehingga 5 pagi. Bukankah pada waktu ini penggunaan tol bukan lagi bersifat keperluan mendesak seperti yang terpaksa dilalui oleh majoriti pengguna dari golongan kelas bekerja (working class)? Jadi, ia sebenarnya tidak akan memberikan impak optimum dalam cubaan meringan kos sara hidup rakyat kerana penggunaan tol secara terpaksa adalah semasa waktu puncak.
Kedua, usaha ini pastinya masih tidak selari janji Kerajaan Pakatan Harapan bahawa “penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya dan lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan untuk rakyat” yang dibentangkan dalam Buku Harapan.
UMNO memohon penjelasan sama ada wujud kajian dan penyelidikan terperinci yang dibuat sebelum cadangan ini diumumkan? Pada masa yang sama, adakah polisi caj kesesakan akan dapat mengumpul jumlah secukupnya seperti yang disasarkan untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya serta bayaran pinjaman?
Lebih penting, adakah polisi ini akan mendatangkan lebihan kutipan yang mampu disalurkan kepada dana pengangkutan awam, seperti yang dirancangkan? Atau adakah polisi ini sekadar usaha Kerajaan untuk mengurangkan impak dan kemarahan rakyat atas kenyataan Menteri Kerja Raya sebelum ini yang menegaskan “Terpulang kepada rakyat untuk bermimpi”?
Timbalan Menteri Kerja Raya pada Disember lepas menegaskan bahawa hasil kajian mekanisme bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol lebuh raya akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mei 2019. Malah, JKR diberikan tempoh enam bulan dari 31 Oktober 2018 untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk capai matlamat berkenaan.
Justeru, adakah ini bermakna kenyataan media berhubung keputusan caj dan kadar baharu serta pengambilalihan konsesi dari Gamuda semalam sememangnya dikeluarkan sebelum hasil kajian selesai sepenuhnya?
Ketiga, dalam penegasan bahawa Kerajaan merancang untuk mengambil alih konsesi tol dari Gamuda, UMNO berpendirian bahawa pembiayaan dan kos yang terlibat mestilah didedahkan secara telus dan mencukupi.
Jumlah, terma-terma dan mekanisme yang akan digunakan mestilah dibentangkan kepada rakyat kerana tindakan ini pastinya menggandakan liabiliti kewangan kerajaan. Perkara ini kritikal kerana, seperti yang diulang-ulang oleh Kerajaan sendiri, negara kini sedang berhadapan dengan hutang yang sangat besar.
Keempat, UMNO inginkan penjelasan sama ada pengumuman ini mengambil kira impak terhadap pasaran bon domestik memandangkan sektor lebuh raya bertol terdiri daripada 23 penerbit berjumlah RM52.83 bilion bon dan sukuk tertunggak? Adakah pasaran bon domestik akan menerima tamparan hebat sekali gus memburukkan lagi prestasi ekonomi negara yang kini terjerumus ke dalam keadaan deflasi pada bulan Januari 2019, iaitu kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009?
UMNO dengan ini menegaskan bahawa wujud keperluan mendesak di pihak Kerajaan untuk memastikan secara serius yang keputusan ini benar-benar memberi impak positif kepada rakyat dan bukannya sekadar dibuat untuk menyedapkan hati tanpa memberikan kesan sebenar dalam pengurangan kos sara hidup rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/25/isu-mengambil-alih-konsesi-adakah-satu-lagi-retorik-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Program Bossku Adakah Retorik Politik Semata Mata

Batal Program Bossku Adakah Retorik Politik Semata Mata

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 411 hits
Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia yang membatalkan pelaksanaan program Sembang Santai Bossku dilihat bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara seperti mana dituntut dalam era kerajaan Malaysia Bah...
Mark Zuckerberg Pernah Mempertimbangkan Untuk Mengambil Alih Enjin Permainan Popular Unity

Mark Zuckerberg Pernah Mempertimbangkan Untuk Mengambil Alih Enjin Permainan Popular Unity

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 275 hits
Mark Zuckerberg CEO Facebook telah sedia mempunyai sejumlah syarikat popular dibawah portfolio mereka termasuk Instagram WhatsApp dan juga pembangun peranti realiti maya Oculus Menariknya kini melalui sebuah buku baru ia turut didedahkan ya...
Satu Per Satu Lah Ambil Alih Tol Azmin Ali

Satu Per Satu Lah Ambil Alih Tol Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 425 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Kerajaan sememangnya bercadang untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini namun ia akan dilakukan secara berperingkat dan perlu melalui proses yang betul kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Moha...
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 382 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Tol Akan Diambil Alih Satu Persatu Kata Azmin

Tol Akan Diambil Alih Satu Persatu Kata Azmin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 359 hits
Menteri hal ehwal ekonomi mengulas pertanyaan pemimpin pembangkang Mohamad Hasan yang mempersoalkan kenapa lebuh raya Plus tidak diambil alih
Adakah Anda Mengalami Penyakit Lebih Dari Satu

Adakah Anda Mengalami Penyakit Lebih Dari Satu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraBedak Asmak Adakah Anda Sedang Mengalami penyakit lebih dari Satu Mempunyai masalah penyakit seperti di bawah penyakit ekzema penyakit psoriasis gatal gatal kurapkudis kudis butaruam kulit menggelupas jang...
Ambil Alih 4 Konsesi Tol Jimatkan Berbilion Wang Rakyat Guan Eng

Ambil Alih 4 Konsesi Tol Jimatkan Berbilion Wang Rakyat Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 384 hits
CADANGAN pengambilalihan empat konsesi lebuh raya oleh kerajaan Pakatan Harapan akan menjimatkan berbilion wang pembayar cukai kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menurutnya ini termasuk penjimatan RM5 3 bilion dalam bentuk pembayaran pampas...
Kpu Koordinasi Dengan Dpr Terkait Penghitungan Surat Suara Bila Lewat Satu Hari

Kpu Koordinasi Dengan Dpr Terkait Penghitungan Surat Suara Bila Lewat Satu Hari

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 288 hits
Pada Pemilu 2014 dengan empat jenis suara saja banyak TPS masih menghitung sampai dini hari Padahal aturan peraturan KPU Nomor 3 Tahun 2019 menyebut proses penghitungan suara di TPS tidak melebihi waktu satu hari
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation