Ambil Alih 4 Konsesi Tol Jimatkan Berbilion Wang Rakyat Guan Eng


CADANGAN pengambilalihan empat konsesi lebuh raya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menjimatkan berbilion wang pembayar cukai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurutnya, ini termasuk penjimatan RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol.
Selain itu kata Lim, pengguna lebuh raya juga akan menikmati penjimatan sehingga RM180 Juta setahun dengan peralihan daripada kutipan tol sedia ada kepada caj kesesakan.
“Penjimatan ini bermakna pendapatan boleh guna isi rumah rakyat Malaysia akan bertambah dengan jumlah yang sama.
“Sebarang lebihan kutipan caj kesesakan akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, caj kesesakan yang diperkenalkan untuk menggantikan kutipan tol sedia ada merupakan caj boleh ubah yang bergantung kepada masa penggunaan, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan.
“Ini akan menggalakkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka pada waktu luar puncak dan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak,” jelas beliau.
Katanya kerajaan menjangka usaha pengambilalihan empat lebuh raya bertol ini akan mengambil masa selama 6 bulan untuk memenuhi kesemua keperluan pengawalseliaan, kewangan dan undang-undang.
Sabtu lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Empat lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).
Guan Eng berkata tanpa mengambil kira PLUS, keempat-empat lebuh raya ini menguasai 48 peratus daripada jumlah pendapatan lebuh raya bertol di bandar.
“Ini meliputi sebahagian besar daripada lebuh raya dalam bandar dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan dalam langkah pertama memenuhi manifesto pilihan raya kami,” katanya.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/ambil-alih-4-konsesi-tol-jimatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Guan Eng Enggan Ulas Lanjut

Tol Guan Eng Enggan Ulas Lanjut

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 301 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata semua pihak perlu menunggu waktu yang sepatutnya berhubung pengumum...
Pendedahan Raja Petra Kamarudin Berkait Dengan Tuduhan Perbuatan Rasuah Lim Guan Eng

Pendedahan Raja Petra Kamarudin Berkait Dengan Tuduhan Perbuatan Rasuah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 557 hits
KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO BERHUBUNG PENDEDAHAN RAJA PETRA KAMARUDIN BERKAIT DENGAN TUDUHAN PERBUATAN RASUAH LIM GUAN ENG Blogger Raja Petra Kamarudin melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat seri...
Tol Percuma Kerajaan Ph Untungkan Jutaan Rakyat Dan Turunkan Kos Sara Hidup

Tol Percuma Kerajaan Ph Untungkan Jutaan Rakyat Dan Turunkan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 396 hits
Pemansuhan tol yang dicadangkan terhadap Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong SMART ternyata memanfaatkan jutaan rakyat bukan sekadar pengundi di Semenyih Ahli Majlis Tertinggi Bersa...
Pendedahan Rasuah Projek Terowong Guan Eng Dap Usah Berdiam

Pendedahan Rasuah Projek Terowong Guan Eng Dap Usah Berdiam

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR 26 Feb 8211 Blogger Raja Petra Kamaruddin melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat serius jika benar berhubung rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri ...
Dokumen Didakwa Milik Sprm Bocor Umno Desak Guan Eng Lapor Polis

Dokumen Didakwa Milik Sprm Bocor Umno Desak Guan Eng Lapor Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 391 hits
PETALING JAYA Umno mendesak Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung pendedahan kertas siasatan yang didakwa milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam artikel yang menamakan beliau Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa mengulas ...
Prove Your Innocence Gerakan Tells Guan Eng

Prove Your Innocence Gerakan Tells Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 349 hits
Gerakan wants Finance Minister Lim Guan Eng to come clean after his name was implicated in alleged corrupt practices involving the proposed Penang undersea tunnel and three paired road projects Gerakan national deputy president Oh Tong Keon...
Guang Ming Reporter Withdraws Defamation Suit Against Guan Eng

Guang Ming Reporter Withdraws Defamation Suit Against Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 381 hits
A reporter from Guang Ming Daily has withdrawn his defamation suit against Finance Minister Lim Guan Eng at the Penang High Court today Judge Rosilah Yob agreed to the withdrawal by Chinese daily reporter Ong Beng Siang and awarded Lim cost...
From The Macc Files How The Penang Undersea Tunnel Deal With Guan Eng Started

From The Macc Files How The Penang Undersea Tunnel Deal With Guan Eng Started

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 415 hits
The amount of kickbacks involved in the 7 2km Penang Undersea Tunnel is more than RM2 6 billion However the MACC has closed the file on the matter and marked it NFA This is because only the Attorney General can decide whether to prosecute a...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April