Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis



(Malaysia Gazette) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini.
Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi DAP khuatir dengan kehadiran beliau dan tidak mahu sesiapa salah tafsir tentang kehadirannya pada perjumpaan yang berlangsung sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Portal Malaysiakini yang melaporkan tentang perhimpunan itu yang berlangsung di Kajang hari ini dengan kehadiran hampir 300 orang itu turut disertai pemimpin veteran seperti bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar.
Rata-rata yang hadir adalah mereka dalam kalangan veteran serta sudah berusia dilaporkan begitu bersemangat menghadiri perjumpaan tersebut.
Ronnie ketika berucap mendedahkan beliau hadir ke perjumpaan itu atas kapasiti peribadi untuk memperingati penglibatan datuknya bagi membebaskan Malaya daripada British selepas berjaya menghalau Jepun keluar daripada negara ini.
Dedah Ronnie, datuknya kemudian dibuang negara ke China selepas ditangkap.
“Saya bimbang ucapan saya hari ini akan menyebabkan saya dianggap sebagai komunis atau bersimpati kepada pergerakan ini. Saya hanya rasa terpanggil untuk bercakap di sini sahaja,” katanya.
Selain Ronnie, antara yang berucap adalah salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu yang menyifatkan perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.
Pastinya perhimpunan ini akan menggamit tarikan masyarakat umum apatah lagi sejak beberapa hari lepas kecoh dengan berita abu mayat bekas ketua Komunis, Chin Peng kembali ke Malaysia.
Media melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lalu dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan dibawa ke Ipoh, Perak pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari sama.
Chin Peng, yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mana-mana terus memperbesarkan isu abu mayat Chin Peng sehingga tercetusnya isu tidak diingini selepas ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/01/ronnie-liu-akui-datuk-dan-abangnya-pejuang-komunis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerila Komunis Diterima Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Gerila Komunis Diterima Sebagai Pejuang Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 522 hits
Ada pihak yang semakin menunjukkan their true colors sejak regim PH ambil alih kerajaan persekutuan 16 Ogos 2019 Nga Kor Ming DAP mendakwa datuknya dan datuk Hannah Yeoh DAP adalah bekas perajurit yang pertahankan kedaulatan tanah negara se...
Bintang Pecah Lima Abu Mayat Chin Ping Melukakan Hati Rakyat Ahli Keluarga Pejuang Komunis Kata Lokman Adam

Bintang Pecah Lima Abu Mayat Chin Ping Melukakan Hati Rakyat Ahli Keluarga Pejuang Komunis Kata Lokman Adam

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 371 hits
Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan segelintir rakyat yang membawa pulang abu mayat Ching Peng dan menukar bendera Jalur Gemilang kepada bintang lima jelas melukakan hati majoriti rakyat negara ini Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat...
The Day Ronnie Liu Praises Dr Mahathir

The Day Ronnie Liu Praises Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 343 hits
Dec 2 For decades DAP was a whose raison d tre was to make life for Dr Mahathir Mohamad when he was Umno president and the country s 4th PM as difficult as possible From top echelon leaders to the grassroots they seemed dedicated to this mi...
Komunis Kembar Siam Penjajah

Komunis Kembar Siam Penjajah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 303 hits
Walaupun Chin Peng sudah menjadi abu yang ditaburkan pertelingkahan berkenaannya berlaku bukan hanya cerita abu dan habuk sahaja tetapi selepas itu diadakan majlis sambutan yang diatur oleh pihak yang mendedahkan diri mereka sebagai menghar...
Siasat Habis Habisan Penyokong Pengganas Komunis

Siasat Habis Habisan Penyokong Pengganas Komunis

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 419 hits
Terus para penyokong pengganas komunis memadamkan muatnaik muatnaik yang mengagung agungkan pengganas komunis dari Facebook mereka bila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau risau tidak memandang ringan dan telah ...
Bahaya Pemimpin Kerajaan Penyokong Komunis Ltte

Bahaya Pemimpin Kerajaan Penyokong Komunis Ltte

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 330 hits
Melayu hanya akan jadi penumpang tiada maruah jika tak bersatuBANGI Pemuda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menggesa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu selaku tulang belakang kestabilan negara ini untuk segera bersatu dalam menega...
Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 304 hits
Mereka yang jahil sejarah saja tak peka dengan peristiwa berlaku Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang BANGI Perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya di sebuah kolej swasta di Kajang Ahad lalu telah mendedahkan bahawa masih ada ben...
Reinkarnasi Komunis Terserlah Di Bawah Ph

Reinkarnasi Komunis Terserlah Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 315 hits
Oleh Dr Riduan Mohamad Nor Nasib tanahair ini tak seburuk seperti tanah seberang yang pernah Partai Komunis Indonesia berada disekeliling elit pemerintah sehingga berlaku Gestapo 1965 PKI dibawah D N Aidit Soebandrio dan lain lain agak memp...
Penyokong Komunis Patut Dilucut Kerakyatan

Penyokong Komunis Patut Dilucut Kerakyatan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 348 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 6 Rabiulakhir 1441H Selasa Parti politik serta ahlinya yang secara tidak langsung menyokong dan menyanjungi pengganas komunis tidak sepatutnya dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang teg...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme