Isu Klip Audio Dari Perspektif Undang Undang


 







Oleh: Hassan Abdul Karim





Amat menarik isu klip video yang dikatakan percakapan telefon beberapa minit antara Presiden Umno, Zahid Hamidi dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu yang kecil ini mempunyai pengertian dan implikasi yang besar termasuklah persoalan undang-undang.





Secara jujur, saya telah mendengar klip audio itu hanya sekali. Saya tidak ada credential atau tauliah kepakaran untuk mengesahkan adakah klip audio itu tulen, sahih dan benar. Justeru itu, saya ingin mengulas perkara ini dari perspektif undang-undang.





Saya teringat, lebih 13 tahun yang lalu pernah ada suatu kes dan kontroversi sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dakwaan wujudnya klip audio percakapan telefon antara seorang peguam kanan dengan bekas Ketua Hakim Negara. Terdapat verbatim pembelaan yang amat menarik dari peguam tersebut, iaitu: “Suara itu macam saya, tetapi itu bukan saya”.





Tidakkah rakyat ada privasi?





Dalam negara demokrasi, adakah rakyat tidak ada privacy? Ini perkara penting yang ingin saya hujahkan. Hanya di dalam sebuah negara diperintah diktator dan punya polis ala-gestapo yang akan melakukan pengintipan perbualan dan percakapan telefon musuh-musuh politiknya dan rakyat jelata amnya. Misalnya, apa yang berlaku di zaman Nazi Hitler di Jerman dan di zaman diktator Joseph Stalin di Soviet Union. Adakah Malaysia kini di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin sudah sampai ke peringkat yang sama seperti itu?





Sekiranya, klip audio Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim itu tulen dan benar, bukan Zahid dan Anwar yang perlu disiasat. Yang berbuat jenayah dan wajib disiasat ialah orang yang melakukan pengintipan percakapan telefon Zahid dan Anwar itu. Siapa orang itu? Adakah individu biasa atau sebuah agensi kerajaan? Apa kuasa undang-undang yang membenarkan pihak-pihak tertentu melakukan pengintipan percakapaan telefon kedua orang presiden parti politik yang sah di negara ini? Inilah terma rujukan yang patut diikut oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya siasatan hendak dilakukan.





Apa jadi kalau klip audio percakapan Zahid dan Anwar itu palsu dan sengaja direka-reka? Ini adalah perbuatan yang jelas bersifat jenayah. Polis wajib siasat. Siapa yang mereka-reka klip video itu? Apa tujuan mereka? Apa kesan pendedahan klip video yang palsu itu? Adakah ia menimbulkan kegusaran dan kegentaran awam? Kalau jawapannya ya, maka perbuatan itu suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.





Zahid, Anwar boleh lapor polis





Adakah Zahid dan Anwar perlu membuat laporan polis? Zahid dan Anwar adalah mangsa di dalam konspirasi ini, sama ada klip video itu benar ataupun palsu. Mangsa kepada perbuatan jahat orang lain boleh membuat aduan polis, tetapi tidak semestinya wajib mereka membuat laporan polis. Laporan polis dari segi undang-undang hendalah dibuat secara sukarela bukannya dipaksa.





Pernah berlaku lebih 23 tahun lalu, seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia di zaman Perdana Menteri Keempat, telah membuat laporan polis melalui pegawainya tentang wujudnya buku yang sarat memfitnahnya dengan 50 Dalil mengapa Timbalan Perdana Menteri itu tidak boleh jadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku? Bukannya pihak yang menulis, menerbit, mencetak dan mengedarkan buku fitnah 50 dalil itu disiasat, sebaliknya diri Timbalan Perdana Menteri itu pula yang jadi mangsa siasatan, kemudian dituduh di mahkamah, dipukul separuh mati di dalam lokap polis sehingga lebam matanya, kemudian dijatuhkan hukuman 6 tahun dan merengkok di dalam penjara. Mungkin Zahid dan Anwar yang hidup pada zaman itu masih ingat akan episod mata lebam itu.





Adakah Zahid dan Anwar wajib membela diri mereka dan membuktikan klip video itu bukan percakapan telefon antara mereka berdua? Dari perspektif undang-undang beban pembuktian tidak terletak ke atas Zahid dan Anwar. Mereka berdua adalah mangsa konspirasi pihak ketiga. Pihak yang patut membuktikan kesahihan klip video itu ialah pihak yang menuduh klip video itu sesungguhnya rakaman percakapan Zahid dan Anwar.





Siapa sekarang yang beria-ia sangat menuduh Klip Video itu adalah benar dan autentik? Dari pembacaan saya terdapat sekurang-kurangnya tiga orang Menteri di bawah kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin yang telah mendakwa secara terbuka bahawa klip video itu sah, tulen dan autentik. Mereka yang telah mengumumkan kesahihan klip video itu semacam pakar-pakar audio berlesen ialah menteri-menteri bernama Annuar Musa, Zuraidah Kamarudin dan Azmin Ali. Manakala Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga telah membuat beberapa kenyataan sebagai menteri dalam isu ini.





Lebih baik siasat video 'kabur'





Nampaknya beban sekarang terletak pada Kerajaan Muhyiddin Yassin untuk membuktikan klip video Zahid dan Anwar itu adalah benar, sahih dan autentik.





Alang-alang hendak lakukan siasatan, maka sebagai seorang Ahli Parlimen, saya meminta Kerajaan Muhyiddin Yassin dengan Menteri Kanannya Azmin Ali supaya menyiasat sekali isu klip video tentang salahlaku dua orang di dalam sebuah hotel di Sabah yang jelas telah melakukan kesalahan jenayah seks songsang di bawah Kanun Keseksaan dan Undang-Undang Syarie supaya kes video itu dibuka semula.





Video itu, di mana seorang pelakunya telah mengakui kesahihannya, yang pihak Peguam Negara kemudian telah akui video itu adalah sah, tulen dan benar, tetapi gambar tidak jelas, hendaklah kes itu di buka semula untuk disemak dan dihantar ke pihak forensik, mungkin telah ada sekarang yang boleh memeriksa dengan sejelas-jelas gambar dalam video itu. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memikul tanggungjawab menyelesaikan siasatan kes video seks songsang ini.





Tuntutan saya ini penting, sesuai dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan setiap warga negara Malaysia yang membabitkan rakyatnya sama ada rakyat itu bernama Zahid, Anwar ataupun individu-individu dalam video atas ranjang di hotel Sabah itu.





________________________________________________________________________________

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/isu-klip-audio-dari-perspektif-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Audio Talipon Pun Jadi Isu Ajerbajang

Audio Talipon Pun Jadi Isu Ajerbajang

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 574 hits
Kekadang aku ker yg tak paham atau Memang kita kena Pahamkan apa saja badigol nak kita telan pahamkan yg dia nak buat Kekadang terpikir jugak teman betapa kini tidak lagi selamat apa saja sepatutnya rahsia umum dan perlekehkan kredibeliti p...
Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 454 hits
PERMATANG PAUH Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara peribadi mengakui amat terganggu dengan isu perbualan telefon antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri An...
Mana Hasil Siasatan Klip Audio Kaitkan Muhyiddin Puad Tanya Sprm Polis

Mana Hasil Siasatan Klip Audio Kaitkan Muhyiddin Puad Tanya Sprm Polis

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 238 hits
April 13 2021Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata pelantikan menteri dari Umno mencetuskan kontroversi kerana ia tidak mengikut hierarki parti dan tiada perbincangan dibuat mengenainya PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja ...
Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

Papagomo Lapor Polis Minta Siasat Klip Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 360 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Wan Muhammad Azri juga d...
Anwar Menipu Apa Masalah Kalau Anwar Menipu Isu Audio Mahu Lawan Penipu Kena Tipu Penipu

Anwar Menipu Apa Masalah Kalau Anwar Menipu Isu Audio Mahu Lawan Penipu Kena Tipu Penipu

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 212 hits
Rakaman audio sahih Saya bekas setiausaha sulit Anwar kata Azmin April 11 2021 5 20 PM1 8kShares 1 7k 138 22Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali yakin rakaman audio itu adalah suara Anwar Ibrahim Apa sangat la anwar kalau pun dia menipu b...
Isu Audio Perlukah Pdrm Ambil Serius Kepada Politik Kumbahan

Isu Audio Perlukah Pdrm Ambil Serius Kepada Politik Kumbahan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 219 hits
RESPONS Anwar dan Zahid kata mereka dikhianati POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran audio perbualan membabitkan dua orang individu politik yang suaranya mirip milik Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi Siasatan polis itu dijal...
Audio Tular Polis Akan Panggil Ahmad Zahid Anwar

Audio Tular Polis Akan Panggil Ahmad Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 239 hits
Polis dijangka memanggil Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kes berhubung rakaman audio yang tular didakwa mirip suara dua pemimpin itu baru baru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bado...
Itu Tanda Tanda Jajaran Politik Baru Hadi Ulas Rakaman Audio Nampak Ketakutan Dan Bergantung Kepada Umno Dan Bersatu

Itu Tanda Tanda Jajaran Politik Baru Hadi Ulas Rakaman Audio Nampak Ketakutan Dan Bergantung Kepada Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 250 hits
Rakaman audio yang didakwa perbualan telefon antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Anwar Ibrahim adalah tanda tanda akan ada jajaran politik baru selepas PRU 15 Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Aw...
Bersatu Vp Urges Zahid And Anwar To Come Clean On Audio Clip

Bersatu Vp Urges Zahid And Anwar To Come Clean On Audio Clip

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 184 hits
Bersatu has called on Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR head Anwar Ibrahim to come clean over their ties after an alleged audio recording involving the two emerged In a statement today Bersatu vice president Rafiq Naizamohideen said...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa