Isu Kenaikan Tarif Air Rakyat Jadi Keutamaan Tentukan Kenaikan


   Adly Zahari. 

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri Melaka akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam mencari formula terbaik bagi menentukan kadar kenaikan tarif air di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Justeru, beliau berkata formula yang diputuskan hasil perbincangan pihak yang terlibat itu perlu mengambil kira tarif terbaik yang tidak membebankan rakyat di samping insentif yang mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Loading...
"Asas kita adalah (kenaikan tarif air) tidak akan membebankan rakyat dengan memberikan insentif kadar air kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rakyat yang melakukan kaedah penjimatan penggunaan air.

"Kita akan melakukan penilaian bukan sahaja dari segi penyelenggaraan dan perkhidmatan bahkan meliputi semua aspek secara keseluruhan demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Pesta Ponggal di Paya Datuk di sini malam tadi.

Turut hadir Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka G.Saminathan dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka Norhizam Hassan Baktee.


Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar dilaporkan sebagai berkata kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut.

Bagaimanapun katanya kadar kenaikan masih dalam perbincangan memandangkan setiap negeri mempunyai kadar tarif berbeza malah ada yang tidak pernah menyemak semula selama berpuluh tahun.

Sementara itu, Adly berkata beliau menyeru masyarakat India di negeri ini agar terus bersatu selain fokus bagi merebut peluang terbaik menerusi setiap inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan.

"Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membela nasib dan kesejahteraan rakyat dengan memastikan bahawa setiap pembangunan yang dilaksana dapat memberi manfaat besar kepada rakyat pelbagai kaum termasuk masyarakat India B40 agar tiada kelompok masyarakat yang tercicir daripada ledakan pembangunan negeri ini," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/isu-kenaikan-tarif-air-rakyat-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 339 hits
GEORGETOWN Pengumuman kenaikan tarif air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan nanti membuktikan kerajaan negeri tidak mengambil peduli dengan bebanan yang ditanggung rakyat pada masa ini Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Norhiesam Ismail be...
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 417 hits
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bek...
Tarif Air Bakal Naik Rakyat Usah Bimbang Ujar Menteri Hancing

Tarif Air Bakal Naik Rakyat Usah Bimbang Ujar Menteri Hancing

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 365 hits
SELEPAS PH MEMERINTAH RAKYAT MAKIN SENANG MALAH KENAIKAN TARIF AIR MUNGKIN TIDAK MEMBEBANKAN KATA MENTERI MALAH RAKYAT USAH BIMBANG PH SENTIASA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT MUNGKIN AIR PERCUMA SUDAH TIDAK RELEVAN Tarif air dijangka naik kata Me...
Menteri Tarif Air Dijangka Naik Tidak Bebankan Rakyat

Menteri Tarif Air Dijangka Naik Tidak Bebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini Loading Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier J...
Formula Tangani Kenaikan Kadar Tarif Air Km Melaka

Formula Tangani Kenaikan Kadar Tarif Air Km Melaka

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 508 hits
Insentif kepada B40 serta isi rumah yang melakukan penjimatan pada keseluruhan bil air antara formula yang mungkin boleh digunakan di Melaka bagi menangani kadar kenaikan tarif air KM Melaka
Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri

Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 456 hits
KUANTAN Kenaikan tarif air diumumkan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang dijadualkan tahun ini turut melibatkan negeri Pahang Exco Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Datuk Seri Norol Azali Sulaiman ber...
Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 343 hits
nbsp nbsp foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu kata Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakum...
Kenaikan Tarif Air Didik Pengguna Lebih Jimat Air

Kenaikan Tarif Air Didik Pengguna Lebih Jimat Air

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Langkah kerajaan untuk menaikkan tarif air mulai tahun ini dilihat akan membolehkan operator air mampu meningkatkan prestasi pengurusan dan penyelenggaraan sekali gus menampung pembekalan air terawat berkualiti kepada pengguna ...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 564 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W