Kenaikan Tarif Air Didik Pengguna Lebih Jimat Air



KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk menaikkan tarif air mulai tahun ini dilihat akan membolehkan operator air mampu meningkatkan prestasi pengurusan dan penyelenggaraan, sekali gus menampung pembekalan air terawat berkualiti kepada pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) T. Saravanan berkata ia adalah wajar, walaupun langkah itu rata-ratanya tidak diterima baik oleh banyak pihak yang melihatnya akan membebankan lagi kos sara hidup.

Loading...
“Selama ini, isu ini dipolitikkan dan ia tidak dilihat dari sudut yang luas. Ia sepatutnya tidak berlaku kerana satu hari, mahu atau tidak, tarif air terpaksa juga dinaikkan.

“Jika kita melihat kepada operator air, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi, termasuk melakukan penyelenggaraan terhadap semua kemudahan bagi membekalkan air bersih terawat kepada pengguna,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapat peningkatan tarif air akan membolehkan syarikat air membuat perbelanjaan kapasiti untuk meningkatkan kecekapan termasuk dengan menggantikan paip-paip lama, menggunakan teknologi baharu dalam penyelenggaraan serta pengurusan loji rawatan.


Pada Rabu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar dilaporkan berkata kebanyakan kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan tarif air tahun ini.

Pulau Pinang, yang menjadi pengguna air terbesar dalam negara iaitu 280 liter kapita sehari pada 2017, mengesahkan akan menaikkan tarif air negeri sehingga 20 peratus, manakala setakat ini, Johor dan Sabah menyatakan ia tidak akan menaikkan tarif air.

Mengenai pengurusan sumber air, Saravanan berkata masyarakat harus mengubah sikap terhadap cara penggunaan air, agar lebih cermat kerana secara purata, penggunaan air di Malaysia ialah 208 liter per kapita sehari, berbanding 165 liter yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

"Akses kepada air yang bersih dan terawat adalah hak semua pihak, tapi rakyat Malaysia rata-rata tidak tahu menghargai air, kita banyak membazir air. Kira-kira 65 peratus daripada air bersih yang terawat digunakan untuk aktiviti seperti mencuci kereta, dan berkebun, manakala aktiviti memasak dan kegunaan kebersihan diri mengambil kira-kira 20 hingga 25 peratus penggunaan air setiap hari,” tambahnya.

Beliau berkata faktor perubahan cuaca yang memberi kesan buruk kepada sumber air harus diberi perhatian dan ia menuntut kepada keperluan untuk mengurus komoditi penting ini dengan lebih cekap.

Katanya pengguna boleh beralih kepada penggunaan barangan elektrik yang bersifat cekap air dalam usaha mengurangkan penggunaan air dan seterusnya bil air, apabila langkah itu berkuat kuasa. 

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/kenaikan-tarif-air-didik-pengguna-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri

Pahang Akan Turut Terlibat Kenaikan Tarif Air Diumum Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 502 hits
KUANTAN Kenaikan tarif air diumumkan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang dijadualkan tahun ini turut melibatkan negeri Pahang Exco Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Datuk Seri Norol Azali Sulaiman ber...
Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 354 hits
GEORGETOWN Pengumuman kenaikan tarif air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan nanti membuktikan kerajaan negeri tidak mengambil peduli dengan bebanan yang ditanggung rakyat pada masa ini Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Norhiesam Ismail be...
Formula Tangani Kenaikan Kadar Tarif Air Km Melaka

Formula Tangani Kenaikan Kadar Tarif Air Km Melaka

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 528 hits
Insentif kepada B40 serta isi rumah yang melakukan penjimatan pada keseluruhan bil air antara formula yang mungkin boleh digunakan di Melaka bagi menangani kadar kenaikan tarif air KM Melaka
Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 359 hits
nbsp nbsp foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu kata Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakum...
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 432 hits
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bek...
Isu Kenaikan Tarif Air Rakyat Jadi Keutamaan Tentukan Kenaikan

Isu Kenaikan Tarif Air Rakyat Jadi Keutamaan Tentukan Kenaikan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 354 hits
Adly Zahari ALOR GAJAH Kerajaan negeri Melaka akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam mencari formula terbaik bagi menentukan kadar kenaikan tarif air di negeri ini kata Ketua Menteri Adly Zahari Justeru beliau berkata formula yang d...
Informasi Tarif Air Ph Memalukan Khalid Ibrahim

Informasi Tarif Air Ph Memalukan Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 224 hits
ABDUL KHALID IBRAHIMKUALA LUMPUR 24 Jan Kenyataan Menteri Tanah Air dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang meminta rakyat menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif air disifatkan sebagai memalukan Ini kerana ...
Menteri Tarif Air Dijangka Naik Tidak Bebankan Rakyat

Menteri Tarif Air Dijangka Naik Tidak Bebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini Loading Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier J...
Tarif Air Kenapa Rakyat Pula Perlu Berkorban Soal Khalid

Tarif Air Kenapa Rakyat Pula Perlu Berkorban Soal Khalid

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 292 hits
Diterbitkan Hari ini 8 25 malamBekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan seorang menteri Pakatan Harapan yang meminta rakyat mengasihani kerajaan berhubung keputusan menaikkan tarif air di negara ini Tegas Abdul Kh...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Pengarah Animasi Ejen Ali Tidak Bergaduh Dengan Isteri Sebelum Terjun Ke Sungai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selangor Lancar Pelan Tindakan Dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

How To Sell Scrap Gold In Malaysia A Step By Step Guide

Ai Prompt Passport Photo

Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin Amira Othman

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit