Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 7, 2022 1:13 PM
Bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS)

"Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggungjawab. Projek LCS telah diluluskan olehnya selaku menteri pertahanan pada tahun 2011.

"Zahid juga yang membuat keputusan untuk menukarkan sistem LCS daripada sistem Sigma (kelas Sigma) kepada sistem Gowind (reka bentuk kelas Gowind) sebelum berunding dan minta nasihat pihak Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM)," kata Liew melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan LCS kepadanya kerana mendakwa dia bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan.
Justeru, presiden Umno itu berkata mereka yang terlibat dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Saya memegang jawatan sebagai menteri pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013.

"Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

"(Ia bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini," kata Zahid.
Zahid juga menjelaskan kapal-kapal itu sedang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang mana pemegang saham terbesarnya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya.

Sebagai rekod, perolehan enam kapal tempur LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 berikutan permintaan yang dibuat TLDM.

Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara terus tanpa tender terbuka.

Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.

Pandangan Panglima TLDM tak diendah

Sementara itu, Chin Tong mendakwa Zahid perlu memikul tanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku.

"Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari," katanya.

Pada 4 Ogos, Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan jawatankuasa itu, yang meneliti pengendalian projek LCS.

Laporan itu mendedahkan walaupun tiada satu pun kapal yang siap, Putrajaya sudah membayar RM6 bilion.

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/isu-kapal-tempur-lcs-zahid-jangan-lari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wak Zahid Jangan Lari Tiada Satu Kapal Siap Tapi Rm6 Billion Sudah Dibayar

Wak Zahid Jangan Lari Tiada Satu Kapal Siap Tapi Rm6 Billion Sudah Dibayar

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 211 hits
Bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisir Zahid jangan cuba nak lari daripada tanggung...
Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

Penyelewengan Projek Kapal Perang Lcs Hanguskan Rm890 Juta Najib Zahid Dan H2o Wajib Jawab

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 335 hits
Saya mengalu alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam Isu ini lebih kritikal berbanding skandal skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi seperti 1 Penyelewengan dana rak...
Keputusan Untuk Membeli Kapal Lcs Dibuat Oleh Zahid Hamidi

Keputusan Untuk Membeli Kapal Lcs Dibuat Oleh Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 264 hits
Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2009 dan keputusan untuk beli littoral combat ships dibuat pada tahun 2011 Harga asal RM6 billion untuk enam buah kapal tersebut dinaikkan kepada RM9 billion untuk ambil kira...
Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 190 hits
Untuk apa tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja kalau tidak ada kuasa tidak ada taring untuk siasat penyelewengan dan skandal yang ada Malah apa perlunya RCI ditubuhkan untuk siasat penyelewengan skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai jika ha
Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 193 hits
Kalau kita lihat ulasan ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara hampir semua aspek digebangnya Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai P...
Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 171 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bimbang penjelasan mengenai isu keselamatan yang berkait dengan kontroversi Kapal Tempur Pesisir berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Men...
Don T Deny It You Re Involved In Lcs Project Liew Tells Zahid

Don T Deny It You Re Involved In Lcs Project Liew Tells Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 218 hits
Liew Chin Tong has called out Umno president Ahmad Zahid Hamidi for denying he had been involved in the RM6 billion littoral combat ship project In a report on Umno Online the former deputy prime minister said he should not be blamed for th...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 152 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det