Isu Jambatan Gantung Di Temerloh Pula Tular Penduduk Gesa Di Baiki Segera Elak Tragedi


 

TEMERLOH - Baru saja dikejutkan dengan tragedi jambatan gantung yang mengorbankan dua beradik jatuh ke dalam Sungai Keratong di Kampung Rekoh Rompin, kini satu lagi insiden jambatan uzur berlaku di daerah ini yang sedang hangat diperkatakan.
Jambatan gantung yang uzur dan berbahaya itu terletak di Kampung Sungai Dingin, Mentakab dekat sini.

Menurut penduduk sudah beberapa bulan jambatan tersebut rosak akibat banjir pada awal tahun ini, namun sehingga hari ini ia masuh belum diperbaiki oleh pihak berwajib sehingga meresahkan penduduk sekitar. 
Isu jambatan gantung Sungai Dingin ini 'panas' selepas ia ditularkan oleh seorang netizen yang juga merupakan penduduk kampung terbabit iaitu Nur Muhammad Alias.
Menurut beliau dalam posting di facebooknya, keadaan jambatan terbabit amat uzur dan cukup membimbangkan. Malah jambatan yang rosak selepas banjir pada awal Januari lalu, hingga kini masih belum dibaiki hingga sekarang.
"Ini membimbangkan penduduk setempat kerana laluan jambatan ini merupakan laluan utama penduduk dan alternatif jika laluan utama dinaiki air untuk keluar bekerja dan merupakan laluan harian untuk anak ke sekolah," katanya.
Menurut beliau lagi, penduduk menjadi gusar selepas hujan lebat baru-baru ini dan laluan jalan ke kampung mereka tidak boleh dilalui.
"Jambatan gantung ini adalah laluan utama  yang digunakan oleh lebih 450 penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Dingin dan Mambang Berulang. Bagaimanapun, beberapa struktur jambatan itu yang rosak mengundang risiko keselamatan terhadap orang ramai," dakwa beliau.
Tambah menakutkan katanya, tragedi dua beradik yang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai keratong apabila motosikal yang ditunggani ibunya hilang kawalan ketika melalui jambatan gantung Kampung Repoh di Rompin baru-baru ini masih segar dalam ingatan.
Susulan insiden tersebut penduduk menjadi trauma dan gusar ancaman keselamatan mereka.
"Jambatan ini juga merupakan jalan pintas penduduk kerana jalan kereta mengambil masa yang lama untuk smpai ke jalan utama. Baru-baru ini terdapat kemalangan kecil melibat motor tumbang di atas jambatan ini, tetapi penunggang tidak mengalami kecederaan," tambah Nur Muhammad lagi.
Hantaran beliau itu mendapat berbagai komen balas dari kalangan netizen, antaranya ;







Ada juga netizen yang mempertahankan isu ini, dengan mendakwa pihaknya sudah buat tindakan dan masih menunggu peruntukan.



Difahamkan jambatan gantung Sungai Dingin menjadi laluan penduduk untuk pergi ke bandar serta berbagai urusan lain termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Keadaan jambatan gantung yang rosak mengundang kesulitan kerana penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jauh untuk ke jalan utama Temerloh-Mentakab.
Justeru penduduk berharap pihak berkaitan dapat membaiki segera jambatan ini kerana ia laluan utama penduduk sejak berpuluh tahun lalu selain mengundang risiko keselamatan.
Sementara itu menurut penduduk, masalah jambatan juga menjejaskan perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan, dokumen atau makanan. Ini kerana posmen, syarikat kurier atau penghantar makanan tidak mahu masuk kerana gusar dengan keadaan jambatan tersebut.
Jambatan gantung Sungai Dingin telah dibina padantahun 1983 dengan jarak sejauh lebih 200 meter. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, susulan hantaran facebook Nur Muhammad Alias tentang isu ini menyebabkan ramai pihak terkejut atas apa yang terjadi.
Ramai yang menganggap, pemimpin setempat sepatutnya cakna isu jambatan uzur ini. Malah, tragedi yang berlaku di jambatan gantung Kg Repoh Rompin sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh semua pihak.
Namun, akibat kealpaan dan lewat bertindak menyebabkan rakyat terpaksa mengadu nasib di media sosial.
Sepatutnya isu ini diselesaikan segera, tidak perlu menunggu terlalu lama sampai berbulan lamanya baru mahu bertindak.
"Bila sudar viral, barulah masing-masing bagai cacing kepanasan. Mulalah pemimpin tunjuk muka turun padang untuk ambil kisah. Walhal penduduk sudah banyak kali bertanya sebelum ini. Namun, jawapannya sama tiada tindakan dan akhirnya penduduk terpaksa baiki sendiri pagar-pagar yang telah rosak," kata seorang warga emas yang ditemui semalam.
"Saya sedih, pada zaman moden masih ada jambatan gantung yang sudah hampir 40 tahun  digunakan. Bukankah ia merbahaya dan boleh mengancam nyawa penduduk. Pemimpin wajar turun padang melihat sendiri, bukan hanya dapat laporan dari jauh.
"Saya tahun pihak JKKK, Ketua Kampung (Tok4) , Penghulu Mukim dan lain-lain pemimpin setempat sudah lakukan tindakan. Namun akibat isu ini tidak diangkat dan diberi keutamaan oleh pihak atasan maka ia dipinggirkan. Hinggalah menjadi viral baru semua pihak menggelabah," katanya lagi.
Isu jambatan uzur ini pernah mendapat perhatian Yang Dipertuan Agong sendiri sebenarnya. Baginda menitahkan ia diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan, ketika dimaklumkan oleh pemimpin setempat dalam satu program bantuan banjir di kawasan terbabit awal tahun ini. 
Kampung ini terletak dalam kawasan DUN Mentakab yang diwakili oleh YB Woo Chee Wan  (DAP) dan Parlimen Temerloh yang diwakili oleh YB Mohd Anuar Mohd Tahir (PAN).
Semenjak isu ini viral, difahamkan masih tiada kelibat dua wakil rakyat terbabit setakat ini. Harus diingat, Ahli Parlimen Temerloh adalah merupakan Timbalan Menteri Kerjaraya pada zaman pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH). Sepatutnya isu ini telah diberi perhatian sewajarnya.
Malah, difahamkan hanya Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Shamsuddin dilihat turun ke lokasi untuk melihat aduan penduduk terbabit. Walhal beliau adalah ADUN Lanchang.
Mungkin atas kapasitinya sebagai Exco Kerajan Negeri Pahang, menyebabkan beliau terpanggil untuk memantau isu ini.
Terkini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan batu penghadang agar orang ramai tidak melalui jambatan gantung itu buat sementara waktu.
Sementara itu, ada penduduk mendakwa mereka bukanlah meminta jambatan baharu yang menelan kos jutaan ringgit untuk dibina.
"Kami hanya mahu jambatan gantung ini dibaiki segera. Pagar yang rosak, laluan berlekuk dan berlubang dibaik pulih. Struktur jambatan diperkukuhkan agar tidak bahaya ketika penduduk melaluinya," kata penduduk terbabit.
Kisah rayuan agar pembinaan jambatan ini juga sudah tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada bulan April lalu. 
Justeru, dengan tularnya kisah jambatan gantung ini maka diharapkan segala masalah yang membelenggu penduduk dapat diatasi segera. Keselamatan rakyat perlu diutamakan. Jangan tunggu ada yang jatuh dan terkorban baru semua pihak mahu buat tindakan.
Ada sumber mendakwa, permohonan mendapatkan peruntukan bagi membaik pulih jambatan ini sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang, cuma peruntukkannya belum turun untuk tindakan. Namun, penduduk berharap dan merayu kerajaan mempercepatkan peruntukan terbabit demi membelan rakyat marhaen yang memerlukan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/isu-jambatan-gantung-sungai-dingin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 223 hits
May 16 2021 PEMUDA Amanah Negeri Perak menggesa satu Sidang Parlimen Khas diadakan berhubung isu keganasan Rejim Zionis ke atas bumi Gaza Pengarah Komunikasinya Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata pendirian Malaysia tidak cukup hanya dengan P...
Analisis 5 Isu Dihadapi Harimau Malaya Perlu Diselesaikan Segera Oleh Tan Cheng Hoe

Analisis 5 Isu Dihadapi Harimau Malaya Perlu Diselesaikan Segera Oleh Tan Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 242 hits
Skuad Harimau Malaya dilihat memiliki peluang cerah untuk layak ke Piala Asia secara merit Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan baki tiga perlawanan Malaysia mengumpul sembilan mata dua mata di belakang Vietnam dan deng...
Isu Hamas Lepas Radikal Kerajaan Teliti Perkataan Militan Pula

Isu Hamas Lepas Radikal Kerajaan Teliti Perkataan Militan Pula

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan sedang meneliti penggunaan kata untuk merujuk pejuang Palestin oleh The Star Seorang pengguna Twitter telah mengadu tentang penggunaan kata tersebut mendorong Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengat...
Ketua Polis Kuantan Beri Penjelasan Isu Tular Netizen Persoal Tindakan Sjr Tanjung Lumpur

Ketua Polis Kuantan Beri Penjelasan Isu Tular Netizen Persoal Tindakan Sjr Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 595 hits
KUANTAN Polis Daerah Kuantan telah memuatnaik satu penjelasan berkaitan isu tular dimana netizen mempersoalkan pembukaan operasi Sekatan Jalan Raya di Tanjung Lumpur baru baru ini Kenyataan telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan ACP M...
Dakwaan Tommy Thomas Hamid Bador Presiden Umno Gesa Kerajaan Tubuhkan Rci Segera

Dakwaan Tommy Thomas Hamid Bador Presiden Umno Gesa Kerajaan Tubuhkan Rci Segera

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 316 hits
Fareez AzmanMei 7 2021 02 44 MYTPresiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendedahan Bekas Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara Gambar failKUALA LUMPUR Pr...
Jambatan Gantung Sungai Dingin Mambang Berulang Diarah Tutup Serta Merta

Jambatan Gantung Sungai Dingin Mambang Berulang Diarah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD MOHD Sharkar Shamsudin meninjau kerosakan jambatan Gantung Mambang Berulang di Mentakab Temerloh Pahang UTUSAN SALEHUDIN MAT RASADTEMERLOH Jambatan gantung Kampung Sungai Dingin dan Kampung Mambang Berulang yang mer...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Saya Terbabit Dengan Misi Kemanusiaan Video Tular Itu Pula Orang Nampak Awie

Saya Terbabit Dengan Misi Kemanusiaan Video Tular Itu Pula Orang Nampak Awie

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh PENYANYI rock legenda Datuk Awie memaklumkan dirinya sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka berhubung isu mengingkari prosedur operasi standard dalam acara amal di sebuah hotel di negeri terbabit Awie atau nama ...
Hiburan Sakit Pula Hati Faezah Elai Bengang Netizen Salahkan Selebriti Setiap Kali Isu Sop

Hiburan Sakit Pula Hati Faezah Elai Bengang Netizen Salahkan Selebriti Setiap Kali Isu Sop

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 304 hits
Pelakon Faezah Elai ungkap rasa marah apabila segelintir netizen sering menyalahkan selebriti apabila berlakunya isu pelanggaran prosedur operasi standard AdvertisementFaezah atau nama sebenar Noor Faezah Md Elai turut mempersoalkan apabila...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui