Isu Garis Panduan Belum Reda Gamaknya


 
Sehari selepas hari Krismas tahun lalu seorang kawan lama mengirim satu video ceramah seorang ustaz popular dari Indonesia. Intipatinya ustaz kata umat Islam tidak boleh merayakan Krismas atau istilah yang digunakan Natal. Ustaz itu juga kata umat Islam jangan beri ucapan selamat sambut Krismas dan beliau beri sebab-sebabnya.
Kawan saya itu tidak komen atau menulis apa apa pesanan. Saya kira mungkin beliau mahu biar ustaz tarbiah saya kerana sehari sebelum saya ada post di media sosial ucapan selamat menyambut Krismas kepada penganut Kristian. Waullahualam. Apa pun saya hargai kiriman video itu.
Pun begitu saya ada terima satu video ceramah seorang ustaz, yang juga dari Indonesia, antara lain berkata mengucapkan selamat Krismas tidak membuatkan seseorang menjadi Kristian. Beliau tampilkan sebab-sebab. Itu intipati ceramah yang agak panjang, disampaikan dalam majlis yang diadakan di gereja. Saya tidak menghantar video ini kepada kawan yang saya sebut tadi.
Awal tahun ini seorang lagi kawan lama menulis di Facebook: “Buat apa umat Islam sibuk dengan perayaan bukan Islam. Ini pesanan Utusan Allah: ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha’. Riwayat Imam Ahmad.”
Lalu kawan saya merumuskan: “Ini bermakna hanya dua hari raya yang disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah.”
Sememangnya umat Islam meraikan dua hari itu dengan penuh kesyukuran, keinsafan, dan tawaduk. Namun pada pemahaman saya apabila orang Islam mengucapkan selamat kepada penganut agama lain sempena hari kebesaran mereka ini bukan bererti umat Islam menyambut perayaan non-Muslim.
Menghadiri majlis jamuan pada perayaan non-Muslim yakni makan dan minum hidangan yang halal pada hemat saya sekadar menerima undangan dan menghargai persahabatan, bukan menyambut perayaan bukan Islam seperti yang disambut penganut agama lain. Yang boleh diklasifikasikan ‘menyambut’ perayaan itu ialah jika umat Islam menyertai upacara keagamaan seperti sembahyang, sama ada di gereja atau kuli malah di kediaman orang bukan Islam. Ini memang tidak dilakukan oleh umat Islam.
Tidak ada orang Islam yang datang ke majlis bukan Islam dengan memakai atau memaparkan symbol atau tanda agama lain seperti salib dan sebagainya.
Pada 5 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar beritahu kerajaan akan mengeluarkan ‘Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Sambutan Perayaan Dan Upacara Kematian Orang Selain Islam Serta Kunjungan Dan Penganjuran Majlis Di Rumah Ibadat Selain Islam’. Itu nama rasmi cadangan. Kata kuncinya ‘cadangan’.
Beliau sebenarnya menjawab soalan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Ahmad Yahya mewakili Perikatan Nasional (baca: PAS). Ahmad Yahya meminta perdana menteri menyatakan garis panduan terperinci berkenaan sambutan perayaan agama lain oleh umat Islam bagi mengelakkan ‘kekeliruan dalam kalangan rakyat’. Na’im selaku menteri di JPM memberi respon menerusi jawapan bertulis.
Saya tidak ada niat menghurai satu persatu garis panduan berkenaan namun semasa berita mengenainya mula disiarkan, sepintas lalu saya melihatnya sebagai senarai do’s and don’t’s buat umat Islam dan menyifatkannya unnecessary. Lagi pun apa-apa kemusykilan umat Islam mengenai agama boleh dirujuk kepada ramai ustaz dan penceramah melalui pelbagai saluran.
Tidak perlu saya ulangi kekecohan yang timbul berikutan pengumuman Na’im. Ramai umat Islam sendiri membantah. Bekas menteri Rafidah Aziz umpamanya berkata “kita bukan jahil, iman kita tidak begitu lemah sehingga perlukan pengawasan”.
Untuk pendekkan cerita, seperti kita tahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian mengumumkan tidak perlu garis panduan itu kerana umat Islam tahu jaga batas akidah.
Bagaimanapun menurut apa yang diumum Na’im pada 5 Februari lalu, garis panduan turut membabitkan orang bukan Islam. Contoh lokasi perayaan atau upacara mereka diadakan di samping penganjur “perlu mendapatkan izin pihak berautoriti dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika ada jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan”.
Tentu ini mendapat reaksi negatif orang bukan Islam. Timbalan Presiden MIC M Saravanan umpamanya dilapor berkata “Apabila seseorang (bukan Muslim) meninggal dunia adakah kita perlu minta izin Jakim sebelum membenarkan umat Islam datang beri penghormatan terakhir?”
Kemarahan orang bukan Islam khususnya Saravanan boleh difahami, tetapi garis panduan boleh juga digunakan supaya orang bukan Islam tahu apa yang boleh dilakukan oleh orang Islam semasa menghadiri upacara pengebumian orang bukan Islam. Ini boleh mengelak salah faham dan menjaga rasa hormat dan keharmonian kedua-dua pihak.
Hakikatnya orang bukan Islam tidak senang dan melihat garis panduan ini mencampuri hal ehwal mereka, dan negara seolah-oleh menuju ke pemerintahan ala Taliban. Namun perlu diingatkan menurut Na’im bahawa “Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam” diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-68 pada 12 April 2005.
Ertinya bukan perkara baru? Kalau begitu mengapa perlu Na’im jawab soalan Ahli Parlimen PAS sehingga mencetus hue and cry.
Saya menulis perkara ini kerana isu garis panduan masih diperkatakan. Ada orang bukan Islam tidak senang dan ada orang Melayu Islam tidak senang. Mereka yang sememangnya anti PMX terus menuduh kerajaan mahu menjaga hati orang bukan Islam. Lebih teruk dituduh tunduk kepada tekanan non-Muslim.
Teringat lagu lama nyanyian R Azmi, buat salah tak buat salah jadi semua serba salah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/isu-garis-panduan-belum-reda-gamaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Guru Pegawai Kpm Tahun 2023

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Guru Pegawai Kpm Tahun 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 201 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan garis panduan pemakaian baju korporat melalui surat siaran bertarikh 14 Ogos 2023 untuk menyeragamkan pemakaian baju korporat bagi semua guru dan pegawai yang berkhidmat di KPM Pemakaian baj...
Garis Panduan Ulama Buat Bukan Suka Suka

Garis Panduan Ulama Buat Bukan Suka Suka

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 166 hits
harakahdaily netFebruary 10 2025MARAN Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa umat Islam memerlukan garis panduan yang jelas dalam menghadiri upacara keagamaan bukan Islam Menurut Ahli Parlimen Kubang Ke...
Panduan Memilih Material Bangunan Yang Hemat Listrik

Panduan Memilih Material Bangunan Yang Hemat Listrik

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 183 hits
Material bangunan efisiensi energi adalah kunci dalam menciptakan hunian yang lebih hemat daya dan ramah lingkungan Dengan pemilihan material yang tepat konsumsi listrik dapat dikurangi secara signifikan tanpa mengorbankan kenyamanan penghu...
Nasihat Buat Diri Buku Yang Menyentuh Hati Dan Menjadi Panduan Hidup

Nasihat Buat Diri Buku Yang Menyentuh Hati Dan Menjadi Panduan Hidup

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 164 hits
Dalam dunia yang semakin mencabar ini kadangkala kita terlupa untuk berhenti sejenak merenung diri dan mencari makna kehidupan yang sebenar Nasihat Buat Diri Pesanan dan Pedoman yang Menyentuh Hati ini hadir sebagai pelita dalam kegelapan m...
Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 153 hits
Jika anda sedang bersedia untuk menduduki ujian psikometrik bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 ebook Ujian Psikometrik Teknologi Maklumat FA5 Persediaan Lengkap dan Panduan Utama adalah sumber yang anda perlukan Ebook ini ...
Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 204 hits
AC hemat energi menjadi pilihan utama bagi banyak perusahaan yang ingin mengurangi konsumsi daya tanpa mengorbankan kenyamanan kerja Dengan semakin meningkatnya kesadaran terhadap efisiensi energi memilih sistem pendingin yang optimal sanga...
Panduan Beli Rumah Teres

Panduan Beli Rumah Teres

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 123 hits
Salam sejahtera semua sebelum membeli rumah pastikan korang mengenal pasti ciri ciri rumah teres yang bagus Kenalah memilih takut nanti menyesal pula selepas beli bukan Maklumlah hutang rumah dengan bank ini sampai 35 tahun tau PANDUAN BELI...
Panduan Step By Step Beli Rumah

Panduan Step By Step Beli Rumah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 116 hits
Salam sejahtera semua Kini sudah tular di laman sosial bahawa pihak bank telah menurunkan kadar faedah untuk pinjaman Jadi inilah masa sesuai untuk korang membeli rumah idaman korang Pastikan korang mempunyai rekod pinjaman yang bagus serta...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery