Isu Ebit Liew Orang Kampung Atau Pusat Zakat Yang Salah



HEBOH beberapa hari lalu mengenai cerita berkenaan seorang pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ebit Liew. Dilaporkan beliau telah pergi ke Kedah dan di sana, beliau telah menemui seorang tua bersama cucu-cucunya, tinggal di tempat yang sangat daif. Cucu-cucunya pula tidak ke sekolah, sampah sarap bertaburan di dalam pondok mereka.

Ramai yang menangis melihat akan kehidupan keluarga itu. Ustaz Ebit kemudiannya mencarikan sebuah rumah sewa untuk disewa sebanyak RM800 sebulan berdekatan dengan kawasan itu. Kata beliau, dia akan membayar sewa itu selagi termampu. Tidak terhenti setakat itu, maka bermulalah cerita dalam cerita yang lain.

Orang kampung asal mendakwa mereka telah membantu keluarga itu tetapi banyak masalah yang telah terjadi di sebalik bantuan itu. Keluarga itu dilaporkan menolaknya, tetap mahu tinggal di tempat itu. Sampah sudah banyak kali dibersihkan dan kemudiannya dikotorkan semula. Pengurusan Zakat Kedah juga telah memberitahu bahawa keluarga itu telah dibantu.


Dan, masuklah netizen secara berjemaah, mengutuk sebelah pihak dan memuji sebelah pihak. Menyalahkan satu kumpulan dan membenarkan yang satu lagi. Ada yang menyokong Ustaz Ebit, lalu menghina orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah. Ada yang membela orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah, maka dibelasahnya pula Ustaz Ebit Liew.Menghampiri Ramadan, mari kita lihat dari segi positif kepada usaha mereka ini. Kenapa mahu dilihat dari sudut kesalahan yang bakal memberikan dosa percuma kepada kita? Tidakkah bagus melihat dari segi kebaikan iaitu pahala yang berganda-ganda yang bakal kita kutip, jika kita berjaya mengikuti jejak langkah mereka semua.Mereka semua itu telah berusaha untuk membantu orang susah. Oleh itu insyaAllah mereka akan mendapat pahala di sisi Allah atas usaha mereka yang amat baik itu. Tetapi kita sibuk berkelahi, saling membalas hantaran mengutuk sesama kita. Baik dari pihak Ustaz Ebit, mahupun orang kampung atau Pusat Zakat, mereka tidak pernah meminta kita berbalah bagi pihak mereka. Mengapa kita yang lebih-lebih?Oleh itu saya cadangkan, kita juga berbuat sesuatu bagi mengutip pahala sebagaimana mereka. Pastinya ramai dari kita mempunyai rakan-rakan yang berniaga secara online ketika Ramadan ini. Suka saya cadangkan untuk kita membantu perniagaan mereka. Banyak cara selain daripada menguar-uarkan kepada umum, kita membeli produk mereka dengan banyak, mengikut kemampuan.Contohnya kenal pasti rakan-rakan anda yang dipercayai yang berniaga makanan atau yang menjadi ‘runner’. Buatlah tempahan makanan dari mereka. Kemudian suruhlah rakan anda itu untuk membuat penghantaran kepada mana-mana individu yang anda kenal pasti sebagai miskin atau rakan atau saudara mara atau sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk diberikan makanan itu.Di bulan Ramadan ini, tidak kisah kepada siapa makanan itu disedekahkan kerana dalam Hadis menyebutkan memberi makan kepada orang yang berpuasa, tidak tertakluk kepada orang miskin sahaja, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja, sama pahalanya. Cuma mungkin di musim COVID-19 ini, lebih baik diberikan kepada yang kurang atau tidak mampu.Maka kita telah membantu rakan kita berniaga, memberikan wang kepada runners, menyediakan juadah kepada orang yang berpuasa, tanpa kita keluar rumah, apa lagi di waktu PKP ini. Berlapis-lapis pahala kita dapat. Apatah lagi jika ia diberikan kepada saudara mara kita yang terdekat yang susah. Secara tidak langsung, kita telah mengikuti contoh yang baik dari peristiwa yang kita bincangkan di atas.Kalau tiada rakan yang berniaga, kita boleh menyediakan makanan sendiri dan minta kumpulan seperti cawangan PAS mengagihkannya kerana kepatuhan kita terhadap PKP kepada yang layak. Oh, bukan ahli PAS? Tak apa, boleh tanyakan kepada cawangan Umno bagi membantu. Bukan juga Umno, jadi anda pembangkang? Cari cawangan PH yang berdekatan untuk menolong atau kepada AJK masjid terhampir.Anda bukan dari mana-mana kumpulan? Mungkin boleh minta penghulu mencarikan orang-orangnya untuk mengedarkan makanan itu. Atau jika anda tidak larat menyediakan makanan, berikan sahaja duit kepada mereka untuk siapkan makanan di atas melaksanakan kerja amal di bulan Ramadan ini. Biarlah siapapun anda, asalkan rantaian sedekah ini berjalan tanpa putus. Buang dahulu politik kepartian.Siapa yang kita sokong? Ustaz Ebit? Jadi kita telah lakukan apa yang beliau buat, walaupun mungkin tidak sebanyak yang telah beliau berikan. Sokong orang kampung? Bermakna kita juga telah mengambil teladan dari mereka kerana turut membantu keluarga itu sejak dahulu. Ada yang gembira bantuan dari Pusat Zakat Kedah? Maka anda sedang menelusuri jejak-jejak mereka mendapat redha Allah. 1 Ramadan ialah pada Jumaat, lagi berganda pahala sedekah.Ingatlah gandaan bersedekah di bulan Ramadan terlalu banyak. Rasulullah paling banyak dan bersegera bersedekah dalam bulan Ramadan seperti angin yang bertiup. Setiap kebaikan kita akan digandakan dengan 10 kali ganda. Amat malang jika kita masih berkelahi siapa yang salah, siapa bertanggungjawab, sedangkan mereka insyaAllah mengutip pahala berterusan. Kita pula menyedut dosa. Mereka semua telah pun melaksanakan amanah masing-masing, kita pula keji mengeji. Cerdikkah kita? #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/ustaz-ebit-liew-orang-kampung-atau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

Jangan Salahkan Ebit Lew Zakat Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 512 hits
Sejak sebuah keluarga daif di Alor Setar yang viral selepas dibantu oleh Ustaz Ebit Lew Mereka bukan saja menetap di kediaman yang tak terurus bahkan terlalu kotor sebelum dipindahkan ke rumah sewa baru Disebabkan itu ramai pihak mempersoal...
Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 373 hits
Posted on April 22 20201 Walaupun kita miskin tapi bila kita ada agama kita bahagia 2 Kita solat bukan sebab kita baik tapi sebab kita hamba Allah 3 Siapa betulkan solat Allah betulkan hidup dia 4 Ketika kita ingat Allah Allah ingat kita Ke...
Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew

Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 749 hits
1 Tak payah berbalah pasal Ustaz Abu Syafiq tu Dalam PH pun dia ada dalam PAS pun dia ada Tapi dia bukan double agent Dia juga bukan lalang Dia cuma mahukan perhatian Saya perhatikan dia sudah lama Sebelum dia join politik PH atau PAS dia l...
6 Kriteria Tentukan Pkp Kata Noor Hisham Ditanya Isu Balik Kampung

6 Kriteria Tentukan Pkp Kata Noor Hisham Ditanya Isu Balik Kampung

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA Terdapat 6 kriteria diteliti Kementerian Kesihatan yang akan menentukan kesinambungan perintah kawalan pergerakan kata Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya adakah KKM akan menyarankan larangan balik kampung semasa Ramadan sepert...
21 Pesanan Ebit Liew Supaya Allah Sayang Kita

21 Pesanan Ebit Liew Supaya Allah Sayang Kita

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 551 hits
Sejak dua menjak ini nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew kerap diperkatakan Nama beliau menjadi bualan rakyat Malaysia terutama di media sosial kerana kemurahan hati Ustaz Ebit Liew membantu golongan susah seluruh Malaysia Jika anda tidak ...
Dengar Kisah Ustaz Ini Mengenai Ebit Liew

Dengar Kisah Ustaz Ini Mengenai Ebit Liew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 343 hits
Bila aku dengar ustaz ni berkata aku terasa ingin menjadi seperti nya subahanallah allahu ya allah jadikan lah aku seperti ustaz ebit lew hati yang baik lemah lembut sabar dan berkata baik baik dan sentiasa menolong orang Kepada mereka mere...
Kebenaran Ebit Liew Kembali Turun Padang Bantu Keluarga Daif

Kebenaran Ebit Liew Kembali Turun Padang Bantu Keluarga Daif

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Selepas diberi kebenaran oleh polis untuk terus turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan Ebit Liew meneruskan amal jariahnya Menerusi akaun Facebooknya beliau hari ini berada di Baling Kedah untuk memba...
Ustaz Ebit Liew

Ustaz Ebit Liew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1121 hits
Assalamualaikum uollz Terbaca tadi Sapa yg menyokong usaha2 murni Ustaz Ebit Liew Sila tekan share di FB Tak mo lah share di FB ai nak share kat blog Mesti lah akan sentiasa menyokong beliau sebab kan UEL ni super duper junior kami di TIJB ...
Komen Pu Azman Tentang Ebit Liew

Komen Pu Azman Tentang Ebit Liew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 878 hits
POSTED BY APRIL 21 2020 KemeIut yang meland43 ketika Ustaz Ebit Liew membantu keluarga di Kedah dengan campur tangan netizen mendapat perhatian ramai netizen dan para ilmuan Ada pihak yang cuba memperkecil kecilkan usaha Ustaz Ebit Liew dan...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25

Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping