Isu Calon Pm Umno Jangan Terheret Bahas Presiden



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan partinya agar tidak terheret dalam perbahasan mengenai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ia setelah beberapa pemimpin dan veteran Umno menyuarakan rasa tidak senang dengan pendirian yang disuarakan ahli majlis tertinggi Umno yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Annuar Musa bahawa Umno dan PAS bersetuju untuk terus menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ketika menghadapi PRU15.
“Umno tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon perdana menteri, malah tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.
Kata Zahid, Umno kini memberi keutamaan kepada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai nanti.
“Umno sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan perdana menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.
“Arahan telah dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen Umno dan BN untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin daripada terus diganggu-gugat oleh pihak pembangkang,” katanya.
“Semua menteri dan timbalan menteri BN telah diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang tekesan oleh Covid-19,” katanya lagi.
Susulan kenyataan Annuar, beberapa pemimpin Umno menyuarakan reaksi kurang senang termasuk pemimpin veterannya, Shahrir Samad yang berpandangan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum menetapkan perkara itu.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin pula berkata parti itu tidak harus terburu-buru mengehadkan pendiriannya walaupun ketika ini Muhyiddin yang dinamakan sebagai calon.
Kerajaan PH yang menjadi kerajaan selepas PRU 2018 tumbang selepas Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH bagi membentuk PN.
Mahathir selaku pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, telah memberi amaran bahawa Bersatu akan berdepan masalah pada PRU15 memandangkan akan wujud pertindihan kawasan pilihan raya dengan Umno dan PAS.
Sesetengah pemimpin Umno mahu perdana menteri datang dari parti itu sendiri, dan percaya ia perlu menjadi parti paling dominan dalam kerajaan sekiranya menang dalam PRU akan datang.
Usaha dikatakan sedang dijalankan bagi merasmikan kerjasama PN sebagai satu gabungan, serta untuk berbincang mengenai agihan kerusi antara parti komponen dalam PRU akan datang.
MK
Artikel Berkaitan: Selesai bagaimana BN, MN & PN mahu tanding PRU15, bukan calon PM – Tok Uban
Artikel Berkaitan: Perikatan Nasional & Calon PM, Kita Perlu Balik Kepada ASAS
 
The post Isu Calon PM, UMNO Jangan Terheret Bahas – Presiden appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/06/isu-calon-pm-umno-jangan-terheret-bahas-presiden/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Pn Kalau Bukan Dari Mulut Presiden Umno Tak Laku

Calon Pm Pn Kalau Bukan Dari Mulut Presiden Umno Tak Laku

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 319 hits
Isu calon perdana menteri Perikatan Nasional terus menjadi perdebatan hangat Kali ini Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi pula berkata pengumuman calon jika bukan dari mulut Presiden Umno Zahid Hamidi tidak diterima Katanya seb...
Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

Presiden Bersatu Calon Pm Ke 9 Pas Sokong

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 741 hits
KUALA LUMPUR PAS menzahirkan kepercayaan dan sokongan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru A...
Menteri Ppbm Jangan Uji Kesabaran Umno

Menteri Ppbm Jangan Uji Kesabaran Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 320 hits
JANGAN UJI KESABARAN UMNO PIMPINAN PPBM PERLU SEGERA PERBETUL KEADAANKenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Dato Dr Abdul Latiff Ahmad yang tular hari ini sama sekali tidak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara Ken...
Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

Bersediakah Zahid Hamidi Memberi Laluan Kepada Muhyiddin Ambil Alih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 346 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO demi untuk mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz Menurut Nazri semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan men...
Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

Pemuda Umno Pas Mic Dan Mca Lapor Polis Isu Kulit Buku Mirip Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 447 hits
Pemuda Umno bersama sama Pemuda PAS Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis berhubung kulit sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara Laporan polis berhubung kulit buku Re...
Majlis Presiden Pakatan Kekalkan Anwar Calon Pm

Majlis Presiden Pakatan Kekalkan Anwar Calon Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM 6 JULAI Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Mengikut kenyataan hari ini mesyuarat majlis itu juga membincangkan pencalonan Presiden Parti Warisan Sabah Dato S...
Tolak Adu Domba Hancurkan Ph Isu Shafie Dibincang Majlis Presiden

Tolak Adu Domba Hancurkan Ph Isu Shafie Dibincang Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 300 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN semalam memutuskan untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam kalangan parti parti komponen Pakatan Harapan di tengah tengah adu domba pelbagai pihak bertujuan memecahkan kesatuan yang dibina sejak dua ...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Cold Udon Noodles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mulan Jameela Abracadabra Chord

Keterangan Tak Cukup Untuk Dakwa Zamri Vinoth Firdaus Wong

Affordable Cars Dominate Market As Consumers Downtrade Amid Economic Pressures

Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Arteta Pertahan Tindakan Arsenal Dalam Isu Partey

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1