Tolak Adu Domba Hancurkan Ph Isu Shafie Dibincang Majlis Presiden



Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN semalam memutuskan untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) di tengah-tengah adu domba pelbagai pihak bertujuan memecahkan kesatuan yang dibina sejak dua dekad lalu.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kerjasama erat amat penting ketika ini agar perancangan melaga-lagakan parti-parti dalam PH menggunakan isu calon Perdana Menteri ke – 9 gagal.
“MPP berpendirian bahawa kerjasama antara parti-parti PH mesti diperkukuh. Pada masa sama, kami mengingatkan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana melaga-lagakan parti di dalam Pakatan Harapan, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap KEADILAN sebelum ini,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.
Selain itu, menurut Saifuddin lagi, KEADILAN juga membincangkan cadangan mencalonkan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon PM.
Katanya, walaupun KEADILAN telah menyatakan pendirian dalam berkenaan sebelum ini, parti itu tetap sedia membincangkannya di peringkat PH.
“KEADILAN sedia berbincang. Namun keputusan di peringkat PH perlu dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh.
“KEADILAN juga kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera dan dalam bentuk yang telah diberi oleh rakyat kepada PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” sambungnya.
Berhubung kemungkinan PRU mengejut sekiranya PM Muhyididn Yassin gagal mendapat sokongan secukupnya dalam usul Undi Percaya yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai nanti, KEADILAN akan mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
“KEADILAN dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya PRU 15 lebih awal dari 2023,” katanya lagi.
Mesyuarat MPP semalam yang berlangsung selama 3 jam di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya dihadiri oleh hampir kesemua ahli MPP.
Perwakilan Sabah dan Sarawak turut hadir. Begitu juga Pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) termasuk Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan yang merupakan pengerusi MPN di negeri masing-masing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28506

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Ph Terima Atau Tolak Shafie Selepas Mesyuarat Majlis Presiden

Keputusan Ph Terima Atau Tolak Shafie Selepas Mesyuarat Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 392 hits
Keputusan PH sama ada menerima atau menolak pencaonan Presiden Warisan sebagai calon PM hanya akan diketahui selepas Jumaat ini Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sekretariat PH dijadual bermesyuarat pada Khamis ini bagi...
Shafie Apdal Pm Rujuk Mesyuarat Majlis Presiden Ph

Shafie Apdal Pm Rujuk Mesyuarat Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 304 hits
KENYATAAN Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara pada petang ini telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pencalonan Dato Seri Shafie Afdal sebagai calon Perdana Menteri seperti yang dicadangkan di dalam satu pertemuan tid...
Cadangan Shafie Sebagai Pm Perlu Dibawa Ke Majlis Presiden Ph

Cadangan Shafie Sebagai Pm Perlu Dibawa Ke Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 321 hits
Cadangan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu Demikian menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang ...
Bendahari Agung Pkr Lee Chean Chung Bukan Anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan

Bendahari Agung Pkr Lee Chean Chung Bukan Anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 408 hits
Kenyataan Bersama Amanah dan DAP bertarikh 20 Jun 2020 1 Kami merujuk kepada kenyataan Bendahari Agung PKR Sdr Lee Chean Chung yang mempertikaikan kenyataan kami semalam berhubung 2 opsyen calon Perdana Menteri yang diputuskan dalam Mesyuar...
Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 527 hits
June 28 2020 2 59 PMSetiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Ab Razak berkata sayap itu berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pusat parti itu yang memilih Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri PETALING JAYA Walaupun Dr Mahathir M...
Tolak Politik Tipu Helah Hantaran Anwar Lepas Shafie Dicalon Jadi Pm

Tolak Politik Tipu Helah Hantaran Anwar Lepas Shafie Dicalon Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 401 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri blok pembangkang Membuat hantaran di media s...
Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

Dap Sabah Tolak Anwar Sebagai Pm Mahu Mp Sabah Gps Sokong Shafie Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 515 hits
DAP Sabah menyokong cadangan mencalonkan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri dan mahu semua anggota parlimen Malaysia Timur termasuk GPS melakukan perkara yang sama Katanya perdana menteri dari Malaysia Timur akan memastik...
Pkr Tolak Kombo Shafie Anwar Mukhriz

Pkr Tolak Kombo Shafie Anwar Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 421 hits
MalaysiaGazette Datuk Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon baharu perdana menteri Pakatan Harapan PETALING JAYA PKR menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri manakala Datu...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik