Isu Beras Ini Cara Jokowi



BARU-BARU ini, Presiden Jokowi pergi ke gudang beras Perum Bulog di Dramaga, Kabupaten Bogor, Jawa Barat untuk melihat sendiri stok beras. Pada waktu yang sama, beliau beri bantuan beras.
“Kalau stoknya masih ada, kita akan teruskan bantuan beras,” beliau beri jaminan.
Tanpa berselindung, beliau beritahu rakyat Indonesia, memang ada masalah bekalan beras. Nombor satu, pengeksport utama India melarang eksport beras buat sementara waktu.
Di Pakistan ada masalah kemarau. Negara-negara lain macam Kemboja, Thailand dan Vietnam mengehadkan eksport. Tapi rakyat Indonesia tak perlu khuatir. Stok beras mencukupi. Beliau juga sedar ada kenaikan harga beras di Indonesia.
Angka kenaikan dicatatkan melebihi 13 peratus. Bulan Ogos lalu, mencatatkan kadar inflasi harga beras yang tinggi, malah lebih tinggi dari Oktober 2015. Ia angka daripada Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.
Awang percaya rakyat Indonesia ditenangkan dengan kenyataan Pak Presiden. Beliau tak salahkan sesiapa. Tak bagi alasan macam-macam. Apa yang sebenarnya berlaku diberitahu kepada rakyat.
Malah menurut Data Pusat Informasi Harga Pangan Strategis Nasional (PIHPSN), harga beras kelas sederhana pada masa ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh badan pengawas itu.
RAKYAT MAHU MAKLUMAT BETUL
Awang percaya sekiranya maklumat yang betul diberikan, tak ada alasan rakyat nak marah.
Memang betul ada masalah kekurangan beras yang dibawa masuk. Tapi rakyat akan marah jikalau ada pihak ‘kong kalikong’ dalam soal beras ini.
Ada khabar bahawa beras tempatan 'hilang' disebabkan pihak-pihak tertentu bagi label baharu beras tempatan jadi beras import. Beras import tak ada siling harga. Betul tidaknya kenalah disiasat.
Kita dah tengok apa yang berlaku pada minyak masak kampit untuk rakyat. Tiba-tiba minyak masak jenis itu hilang dari rak.
Apakah tidak mungkin minyak yang sama masuk dalam botol dan dilabel bukan sebagai barang kawalan?
Mungkin rakyat kita banyak tak tahu bahawa harga beras tempatan di Malaysia jauh lebih murah dari Indonesia. Malah harga minyak masak dan petrol begitu juga. Indonesia dah lebih 20 tahun hapuskan subsidi barangan itu.

Pada masa ini, harga beras Indonesia di bawah harga Negara Brunei Darussalam. Maknanya di antara negara-negara ASEAN, beras di Indonesia yang kedua tertinggi mahalnya. Harga beras kita adalah yang kedua terendah bagi sekilo.
Pada pendapat Awang, isu beras jadi masalah di negara ini oleh sebab kurangnya penerangan. Juga kurang strategi tindakan yang betul untuk menanganinya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/isu-beras-ini-cara-jokowi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Jokowi Minta Kasus Rempang Dibereskan Dengan Cara Baik Ini Sebabnya

Presiden Jokowi Minta Kasus Rempang Dibereskan Dengan Cara Baik Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 160 hits
Menurut Bahlil 300 kepala keluarga dari total 900 KK bersedia dipindahkan ke Tanjung Banun
Bekas Menteri Pas Tunjuk Jahil Isu Beras Tempatan

Bekas Menteri Pas Tunjuk Jahil Isu Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 293 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIUstaz Pas Idris Ahmad komen di Faceboook Beras tempatan 65 Beras import 35 Tiba2 beras tempatan tdk ada Luar tabi i betullah Ini satu contoh bekas Menteri Batu yang Pas pernah lahirkan Bahaya jadi Menteri apabila ...
Jokowi Kunjungi Pasar Di Samarinda Harga Cabai Bawang Turun Yang Belum Beras

Jokowi Kunjungi Pasar Di Samarinda Harga Cabai Bawang Turun Yang Belum Beras

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 138 hits
Pemerintah telah menyiapkan strategi untuk menurunkan harga beras di pasaran yang ada di berbagai daerah Seperti operasi pasar yang digelar Bulog
Jokowi Blusukan Ke Pasar Jatinegara Harga Beras Masih Tinggi

Jokowi Blusukan Ke Pasar Jatinegara Harga Beras Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 148 hits
Jokowi melakukan operasi pasar retail hingga grosir untuk menurunkan harga beras di pasaran
Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 305 hits
SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan hilang di pasaran akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya semalam menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat