Isteri Lihatlah Selipar Buruk Suamimu Luahan Lelaki Ini Terhadap Isterinya Buat Ramai Tersentuh


”Isteri, Lihatlah Selipar Buruk Suamimu…” – Luahan Lelaki Ini Terhadap Isterinya Buat Ramai Tersentuh! Dia penat bekerja tapi tak pernah mengeluh.. dia sakit tapi dia tahan.. dia tak ada wang tapi tetap berusaha cari.. tapi untuk siapa? untuk isteri dan anak-anaknya..”
Bait-bait kata tersebut cukup menggambarkan pengorbanan seorang lelaki bernama suami dalam usaha memberikan yang terbaik buat keluarganya. Benar, tanggungjawab menyediakan nafkah untuk keluarga itu wajib namun ada suami yang dalam diam sanggup mengenepikan kepentingan dirinya sendiri demi anak dan isteri.
”Isteri, lihatlah selipar buruk suamimu,” satu perkongsian seorang suami yang ternyata menyentuh emosi ramai. Ini hanya bukan kisah sandal, tetapi di sebaliknya tersirat seribu satu pengorbanan seorang lelaki yang mungkin tidak wanita sedari. Jadi, hargailah pasangan kita sementara masih ada, hari ini dia masih di sisi, tak siapa tahu mungkin esok tiada lagi.
Selipar Buruk Suami.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Ada sebabnya kenapa selipar ini menjadi begitu buruk dan ada sebabnya kenapa selipar ini masih dipakai sehingga kini.
Isteri. Betul, lumrah lelaki akan memakai sesuatu sehingga ianya tidak boleh dipakai lagi. Sebagai contoh, dompet, tali pinggang, seluar jeans dan kasut serta selipar. Tetapi itu semua sekadar luaran sahaja. Marilah kita selami lebih dalam sedikit hari ini.
Isteri, selipar suamimu telah lama rosak
Isteri. Selipar suamimu telah lama rosak. Buruk sangat rupanya. Berkali-kali kamu telah menegur dan mengingatkan dia supaya menukar selipar yang baru. Tetapi sering jawapannya sama sahaja. “Nantilah”.
Isteri. Suamimu setiap hari keluar dengan selipar yang sama. Selipar itu amat berharga baginya. Selipar kulit memang tahan lama. Cuma, apabila suamimu pakai, ia jadi jauh lebih lama dari usia yang sepatutnya.
Namun, keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang
Isteri. Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting.
Isteri. Seringkali dalam minda suami akan membayangkan dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli selipar baru, boleh digunakan untuk membeli lampin anak, membeli pakai anak dan isteri, membeli barang dapur dan rumah serta membayar duit persekolahan anak. Bukan tidak mampu, tetapi ia menjadi suatu yang tidak perlu walaupun ianya satu keperluan.
Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan
Isteri. Selagi daya, suamimu akan memakai selipar itu. Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan.
Isteri. Suamimu seorang sahaja punca pendapatan keluarga. Setiap detik, setiap ketika dia memikirkanmu dan anak-anak. Setiap detik membayangkan bagaimanakah keadaanya jika dia tiada. Tidak sanggup memikirkannya, itulah sebab kenapa dia jarang mengeluh.
Isteri, Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat aku dan kamu sedang diuji Isteri. Suamimu tidak meminta dan tidak juga mengharapkan kamu memberinya apa-apa. Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat dia dan kamu sedang diuji. Cukup sekadar senyuman di wajah manismu.
Isteri. Jika kamu pernah nampak dia mengangkat selipar baru dan kemudiannya meletakkan semula, pada saat itulah, hanya seberapa ketika sahaja di dalam mindanya menolak keperluan dirinya jauh ke bawah.
Isteri. Perlu tahu yang dia jadi begini kerana sayang kepadamu. Dia menghargai apa yang telah kamu lakukan untuk dirinya.
Lihatlah selipar suamimu, jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui. Hargailah dia, berterima kasihlah kepadanya.
Sekadar renungan buat semua. Alhamdulillah selipar saya akhirnya telah berganti. Bukan selalu saya berbicara mengenai suami. Harap tidak membanding-bandingkan antara suami dan isteri. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Buatlah bahagian kita dengan baiknya, In Shaa Allah pasangan kita akan sedar dan menghargainya.
Sumber: Akhtar Syamir
The post “Isteri, Lihatlah Selipar Buruk Suamimu…” – Luahan Lelaki Ini Terhadap Isterinya Buat Ramai Tersentuh! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/isteri-lihatlah-selipar-buruk-suamimu-luahan-lelaki-ini-terhadap-isterinya-buat-ramai-tersentuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

Luahan Isteri Geli Nak Cium Suami Yang Mulut Berbau Dan Boroi Selepas 8 Tahun Hidup Bersama

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 691 hits
Selalu kita mendengar ada sesetengah lelaki bergelar suami selalu mengadu isteri mereka sudah tidak cantik seperti dulu Siap membanding bezakan isteri sendiri dengan isteri orang lain yang juga sudah mempunyai ramai anak tetapi masih mampu ...
Saya Lihat Sendiri Video Pernikahan Mereka Isteri Tuntut Cerai Buat Laporan Polis Terhadap Suami Nikahi Adik Kandungnya

Saya Lihat Sendiri Video Pernikahan Mereka Isteri Tuntut Cerai Buat Laporan Polis Terhadap Suami Nikahi Adik Kandungnya

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 779 hits
The ReporterHancur luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya telah bernikah dengan adik bongsunya sendiri di Daerah Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia beberapa hari lalu Difahamkan sebelum pernikahan itu si suami Ansar 32 dida...
Kerana Dia Suamimu

Kerana Dia Suamimu

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 219 hits
SUAMIMU Kerja atau tidak kerjaDia suamimuBerilmu atau jahil Dia imammuRomantis atau kakuDia ayah dari anakmuRamah atau kasarDia bekerja menafkahimuIni bukan tentangKenapa kita harus patuhDan hormat kepada suamiTapi tentang siapa yg menyuruh...
Berbeza Dengan Kes Kes Penceraian Lain Luahan Wanita Ini Tentang Isu Fizo Mawar Buat Netizen Sebak

Berbeza Dengan Kes Kes Penceraian Lain Luahan Wanita Ini Tentang Isu Fizo Mawar Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 421 hits
Para peminat dunia hiburan tanah air pastinya tersentak dengan berita perpisahan di antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim semalam Rata rata peminat mereka seperti tidak mempercayai dengan apa yang berlaku kerana pasangan ini boleh dikat...
Kami Tak Tahu Anak Hamil Ini Luahan Bapa Mangsa Kemalangan Yang Dilanggar Myvi Gagal Memotong

Kami Tak Tahu Anak Hamil Ini Luahan Bapa Mangsa Kemalangan Yang Dilanggar Myvi Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 460 hits
SAYA sendiri tidak tahu anak sedang hamil kata Jaafar Ibrahim 63 bapa kepada Nur Syafiqah Jaafar 22 yang maut bersama suaminya di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas dekat Lubok Jong di Pasir Mas pagi hari ini Dalam kejadian 6 pagi itu Nur S...
Cuaca Buruk Pencarian Helikopter Mi 17 Dilanjutkan Minggu Pagi

Cuaca Buruk Pencarian Helikopter Mi 17 Dilanjutkan Minggu Pagi

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 194 hits
Helikopter MI 17 dengan nomor registrasi HA 5138 itu membawa 12 penumpang beserta crew yang sebelumnya terbang ke Okbibab untuk melakukan pengiriman logistik kepada prajurit yang bertugas di wilayah tersebut
Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 811 hits
hai assalammualaikumCara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik Kalau kita ni berduit barang tu nampak buruk atau dah lama atau dah tak lawa mesti kita buang dan beli baru kan Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit jadiny...
Zaman Sekarang Pengaruh Buruk Di Hujung Jari Je Ibu Ini Kongsi Aplikasi Untuk Pantau Anak

Zaman Sekarang Pengaruh Buruk Di Hujung Jari Je Ibu Ini Kongsi Aplikasi Untuk Pantau Anak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 395 hits
Segala apa yang kita lihat baca dan dengar akan masuk ke dalam minda Disebabkan itulah ilmuwan dahulu kala amat menjaga semua pancaindera mereka bagi menjaga akal kerana dari akallah lahirnya sebuah tindakan Baru baru ini kita dikejutkan ti...
Resep Super Sunblock Smoothie Untuk Lindungi Kulit Dari Pengaruh Buruk Sinar Uv

Resep Super Sunblock Smoothie Untuk Lindungi Kulit Dari Pengaruh Buruk Sinar Uv

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 191 hits
Resep super sunblock smoothie untuk lindungi kulit dari pengaruh buruk sinar UV Dibuat dari buah dan sayuran yang kaya antioksidan pelindung kulit dari efek buruk sinar matahari
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster