Isteri Carilah Bahagia Dulu Baru Tak Stres Kalau Tak Larat Jangan Paksa Diri Buat Semua


Carilah Bahagia Dulu. Barulah Boleh Jadi Ibu Dan Isteri Sempurna
Anak Seorang Ok Lagi, Bila Ramai Jangan Sampai Dera Diri
Semata-Mata Nak Sempurna Ibu Jadi Terlalu Penat. Kalau Tak Larat Rehat Dulu
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.

Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.

Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.

Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.

Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.

Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Najibah Mustaffa 
Catatan sementara tidurkan anak.
 
The post Isteri Carilah Bahagia Dulu, Baru Tak Stres. Kalau Tak Larat Jangan Paksa Diri Buat Semua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-carilah-bahagia-dulu-baru-tak-stres-kalau-tak-larat-jangan-paksa-diri-buat-semua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Yang Baru Di Toba Caldera World Music Festival Jangan Lewatkan

Ada Yang Baru Di Toba Caldera World Music Festival Jangan Lewatkan

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 289 hits
Event musik kelas dunia Toba Caldera World Music Festival 2019 akan kembali digelar
Sang Ayah Tak Sadarkan Diri Dewi Perssik Jangan Bobo Terus Pie

Sang Ayah Tak Sadarkan Diri Dewi Perssik Jangan Bobo Terus Pie

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 310 hits
Ayah penyanyi dangdut Dewi Perssik Mochammad Aidil masih menjalani perawatan intensif di rumah sakit Ayah Dewi Perssik menjalani perawatan karena penyakit gagal ginjal dan komplikasi yang diidapnya
Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 421 hits
Sudah beberapa hari isteri saya merajuk dan bahkan setengah memaksa Terus menerus Tak pernah berhenti Sepanjang waktu Siang malam pagi setang si isteri tak mengenal lelah untuk merajuk dan memaksa Rajukan dan paksaannya juga bukan main main...
Jangan Cakap Kosong Bentang Cadangan Perkasa Sprm Dulu Kata Pembangkang

Jangan Cakap Kosong Bentang Cadangan Perkasa Sprm Dulu Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 370 hits
Ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan ahli Parlimen lain akan menyokong sebarang usaha meminda Perlembagaan untuk memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan cabaran veteran DAP Lim Kit Siang untuk pembangka...
Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

Baca Kitab Bagus Tapi Jangan Rasa Diri Sendiri Sahaja Betul Aktivis Pelajar Tempelak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 462 hits
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pengundi muda yang memenangkan PH baru baru ini boleh dilihat dari sudut positif kata seorang aktivis pelajar Menurut Anis Syafiqah Md Yusof ada kemungkinan Abdul Hadi sebenarnya mahu memberi...
Jangan Guna Keluarga Pm Untuk Pertahan Diri Kata Teng Pada Maszlee

Jangan Guna Keluarga Pm Untuk Pertahan Diri Kata Teng Pada Maszlee

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 398 hits
MALAYSIAKINI Anggota jawatankuasa pusat DAP Teng Chang Khim mengkritik Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mempertahankan program matrikulasi Jangan selalu sangat guna kawan kawan Cina dan anggota keluarga perdana menteri orang tak akan p...
Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Ikut Beraya Seperti Kita Daya Tahanya Lemah

Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Ikut Beraya Seperti Kita Daya Tahanya Lemah

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 412 hits
Semasa musim raya ni sebab sekarang musim panas maka perlu ambil langkah dalam menjaga suhu badan anak anak kecil Jika balik kampung buatlah persiapan untuk menjaga kesihatan anak anak kecil Usahalah untuk tidak membawa anak anak keluar rum...
Mujahid Jangan Lupa Diri

Mujahid Jangan Lupa Diri

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 350 hits
byMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof perlu menegur mana mana pihak yang tersalah langkah bukannya ghairah mempertahankan sekutu dalam politik tanpa memikirkan sempadan dan sensitiviti agama Naib Presiden Pas Datu...
Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa