Isteri Bung Mokhtar Layak Dapat Wang Pengenalan Rm2 8 Juta Saksi


 

January 28, 2022 8:00 amSeorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, pelakon Datin Seri Zizie Izette A. Samad layak mendapat wang pengenalan (introduction fee) RM2.8 juta selepas Felcra bersetuju melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata, Zizie Izette yang juga kenalannya berhak mendapat wang tersebut selepas memperkenalkan beliau kepada suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra dan seorang lagi pegawai kanan agensi itu.
Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, pemberian wang pengenalan berfungsi sebagai strategi pemasaran bagi membolehkan beliau meneroka peluang pelaburan dalam syarikat-syarikat besar selain mengetengahkan pengalamannya selama 13 tahun dalam syarikat terkemuka yang mencatatkan jualan unit amanah tertinggi di negara ini.
Norhaili menjelaskan, sebanyak RM2.2 juta dibayar secara tunai di Public Bank Taman Melawati manakala selebihnya kira-kira RM800,000 dipecahkan dalam bentuk pelaburan yang dibayar semula ke dalam akaun unit amanah Public Mutual milik Zizie Izette.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengapa hanya RM2.2 juta dibayar secara tunai kepada Zizie Izette sedangkan selebriti itu sepatutnya mendapat RM2.8 juta, saksi berkata, beliau dimaklumkan bahawa Public Bank ketika itu tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi.
Dalam keterangannya, Norhaili turut berkata, beliau dan seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid menerima komisen RM2.9 juta setiap seorang selepas Felcra bersetuju melabur RM150 juta dalam unit amanah.
Jelasnya, beliau dan Madhi kemudian berbincang untuk memberikan wang pengenalan kepada Zizie Izette kerana memperkenalkan mereka kepada suaminya.
Norhaili menyatakan, wang RM2.8 juta itu diputuskan selepas mengambil kira faktor-faktor termasuk pengurusan pelaburan Felca dan kos jangka panjang kerana pelaburan itu mengambil masa tujuh tahun untuk matang.
Saksi pendakwaan turut berkata, wang pengenalan sebanyak itu layak diberikan kepada Zizie Izette selepas mengetepikan perbelanjaan kos pengendalian, cukai serta faedah pembawa secara kekal yang diterimanya selagi pelaburan Felcra di bawah jagaan beliau.
Ketika ditanya oleh pihak pendakwaan mengapa jumlah yang begitu besar diberikan kepada isteri Bung Moktar, Norhaili berkata, beliau tidak melihat nilai itu sesuatu yang besar selepas mengambil kira pengurusan pelaburan Felcra untuk jangka panjang.
Dalam keterangannya, Norhaili turut menyatakan, tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Ahli Parlimen Kinabatangan itu mahupun isterinya manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada Zizie Izette bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.
Pada peringkat itu, Chin How memohon penangguhan kes atas alasan pihak pendakwaan perlu mendapat arahan selanjutnya berhubung keterangan yang dikemukakan oleh saksi berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya perlu mendapat arahan sama ada perlu mengemukakan permohonan mencabar kebolehpercayaan saksi di bawah Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 atau permohonan mengikut Seksyen 154 untuk menyoal balas saksi yang dianggap sebagai saksi belot (hostile witness).
Hakim Rozina Ayob kemudian menangguhkan perbicaraan hingga 14 Februari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut daripada pihak pendakwaan.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/isteri-bung-mokhtar-layak-dapat-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Tak Minta Komisen Rm3 5 Juta Supaya Felcra Buat Pelaburan Kata Saksi

Bung Tak Minta Komisen Rm3 5 Juta Supaya Felcra Buat Pelaburan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 196 hits
Pada 3 Mei 2019 Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2 2 juta dan RM262 500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual...
Lelaki Warga Emas Maut Ditikam Isteri 2 Anak Jadi Saksi Kejadian

Lelaki Warga Emas Maut Ditikam Isteri 2 Anak Jadi Saksi Kejadian

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 409 hits
Lelaki warga emas maut ditikam isteri 2 anak jadi saksi kejadianSeorang lelaki maut dipercayai ditikam oleh isterinya dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang di sebuah rumah di Jalan RK 6 2 Rasah Kemayan Seremban 2 petang Ahad Ketua P...
Pemain Sabah Fc Jackson De Souza Pertahanan Paling Mahal Liga Malaysia Bernilai Rm2 34 Juta

Pemain Sabah Fc Jackson De Souza Pertahanan Paling Mahal Liga Malaysia Bernilai Rm2 34 Juta

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 529 hits
Bekas pemain Sao Paulo perkuat benteng Sabah Sabah pertaruh otai Samba perkukuh benteng Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo Sabah FC memiliki pertahanan termahal dalam saingan Liga Malaysia setakat jendela perpindahan kali ini De Souza...
Court Told Of Rm2 8mil Introduction Fee For Bung S Wife

Court Told Of Rm2 8mil Introduction Fee For Bung S Wife

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 136 hits
Bung Moktar Radin and his wife Zizie Izette arriving at the sessions court in Kuala Lumpur KUALA LUMPUR The sessions court here heard today that Bung Moktar Radin s wife Zizie Izette Abdul Samad was eligible to receive an introduction fee o...
Kerajaan Lulus Rm2 Juta Bina Masjid Baharu Kg Felda Belara

Kerajaan Lulus Rm2 Juta Bina Masjid Baharu Kg Felda Belara

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 163 hits
KERAJAAN meluluskan sebanyak RM2 juta untuk Masjid Felda Belara yang baharu kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menyalurkan dana pembinaan masjid itu bagi menampung per...
Prn Johor 2 57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

Prn Johor 2 57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 130 hits
Catat 28 peratus dengan penambahan 749 731 pengundi 18 tahun ke atas JOHOR BAHRU Seramai 2 576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2 599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan diadakan tidak lam...
Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 191 hits
Husam bapak pejuang royaltiKelantan KITA yakin dan percaya apa disarankan Husam Musa kepada kerajaan Kelantan agar menuar uarkan atau memaklumkan ke mana peruntukan royalti petroleum bernilai RM400 juta yang disalurkan oleh kerajaan Perseku...
Pekerja Kondo Didakwa Songlap Wang Setengah Juta

Pekerja Kondo Didakwa Songlap Wang Setengah Juta

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 109 hits
Menurut polis siasatan awal mendapati suspek mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 hingga Sept 2020 PETALING JAYA Polis sedang menyiasat seoran...
Tikam Isteri Tak Dapat Wang Beli Dadah

Tikam Isteri Tak Dapat Wang Beli Dadah

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 131 hits
LAHAD DATU Seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian di sini pada Rabu Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Roh...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Yang Telah Berlaku

Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners