Hiburan Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam Spm Tapi Tak Bodoh Kira Duit
Menerusi sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin berkongsi kisah inspirasi semasa berada di bangku sekolah. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar itu berkata, pelajarannya merosot dan berubah menjadi pemalas apabila memasuki tingkatan empat.
Meskipun tidak malu mengakui bahawa dirinya lemah daam mata pelajaran Matematik, namun Syifa akui beliau terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UITM) kerana gagal Matematik dalam SPM.
Advertisement“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling teruja nak jawab ujian Agama,Bahasa Melayu dan Sastera sebab tu ja yang aku mahir hahahaha. Mai kertas Matematik sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk!”
Menurutnya, ketika menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) lagi, juga beliau memang tidak cemerlang dalam subjek berkenaan. Hal ini kerana, sikap malasnya itu mendorong dirinya menjadi lembab dan “benak” dalam matematik.
View this post on InstagramOkay la Syifa cerita lah satu rahsia ni okay, since harini kami saja melawat tempat kenangan kami utk next content kami.. Syifa bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, dari form 1- form 5.. Form 1-3 duduk kat kelas no 2 okay la not bad total ada 4 kelas, masuk from 4-5 Syifa pilih aliran sastera sebab syifa suka membaca dan menulis Alhamdulillah sampai skg suka menulis.. . . . . Weh masuk form 4 Syifa dah start jadi pemalas malas gila nak belajar,banyak main je sekolah pun dok doa hujan pagi pagi sebab malas nak p sebab g kelas naik Basikal kn.. hahahahaha . . . . Sampai tingkatan 5 dah SPM paling excited nak jawab paper Agama,BM dan Sastera sebab tu ja yg aku mahir hahahaha,, Mai paper Math sumpah nak kencing nak teberak sebab out terux! PMR pun xcemerlang math aku sejenis benak mmg xfaham cikgu ajaq apa.. masalahnya aku yg benak Cikgu tu ajaq elok ja.. Weh SPM aku failed Math tau.. sumpah tak tipu, ada A pun xguna dah math Failed.. hmmmmmmmmmmmmm . . . .Dah lama aku simpan aib ni weh xsemua org tau.. mmg harapan aku nk dapat belajaq UITM dah math pun tak credit,tu yg sambung belajar dekat Swasta hahahahahahhahahahaha.. Tapi Alhamdulillah math ja bodoh kira duit tak bodo hahahahahahahahahahahahaha ok byeeeee
AdvertisementA post shared by SM (@syifamelvin) on Jun 21, 2020 at 4:00am PDT
Bagaimanapun, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat Syifa untuk terus belajar dan menyambung pengajian di menara gading. Beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke university swasta kerana tidak layak untuk ke UiTM.
Dalam pada itu, beliau sempat menyakat dirinya, meskipun dia kurang mahir dalam subjek Matematik tetapi tak ‘bodoh’ untuk mengira duit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap cekal yang terpahat di hati Syifa. Malah turut menyatakan Syifa seakan tabah menghadapi dugaan kerana kini beliau telah berjaya dalam perniagaan yang diusahakan bersama adik beradiknya.
AdvertisementNamun ada juga seolah menyindir Syifa dengan bertanya sama ada beliau pandai atau tidak mengira duit kekasihnya iaitu Safawi Rashid.
Tidak mahu berdiam diri, Syifa tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya langsung tidak hidup dengan duit Safawi kerana selama ini beliau berusaha mencari rezeki tanpa bergantung pada orang lain.
Dek kerana terlalu penat dengan soalan sebegitu, Syifa juga turut memohon kepada pengikutnya agar berhenti bertanyakan soalan yang kurang cerdik dan mengharapakan supaya Tuhan mengampunkan dosa insan tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/06/hiburan-syifa-melvin-akui-gagal.html