Istana Abdulaziz Lambang Cinta Al Sultan Abdullah Dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar



KUANTAN: Selain kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana cinta diterjemahkan dalam pembinaan monumen indah seperti Kellie’s Castle di Perak dan Taj Mahal di India.

Begitulah juga yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila menzahirkan cinta terhadap isteri baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dengan membina Istana Abdulaziz.

Ramai yang tidak menyedari sebenarnya nama Abdulaziz yang digunakan pada istana yang dibina di atas bukit di Indera Mahkota di sini adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Hal itu diakui sendiri oleh Tunku Azizah menerusi pegawai media baginda Zamzurina Ahmad ketika Bernama memohon perkenan untuk membuat artikel mengenai istana berkenaan.

“Baginda (Tunku Azizah) turut memaklumkan idea untuk menamakan istana berkenaan dengan nama Abdulaziz diperoleh ketika menunaikan haji bersama Al-Sultan Abdulah dan ia membawa maksud hamba Allah yang mulia,” katanya.

Sementara itu, Datuk Zulkifli Jaafar, 72, arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk istana berkenaan berkata proses rekaan dan pembinaan istana itu bermula pada 1986 dan siap dibina sepenuhnya pada 1991.

Mengimbas kembali peristiwa itu, Zulkifli berkata beliau dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah pada 1986 sejurus selepas baginda berkahwin dengan Tunku Azizah bagi membincangkan mengenai pembinaan sebuah istana yang baharu.

“Al-Sultan Abdullah mahu bina satu istana baharu di Atabara (nama lama Indera Mahkota) dan Tuanku mahu istana baharu itu berada di atas bukit. Dalam perjumpaan itu juga, Tuanku meminta supaya saya berurusan secara terus dengan Tunku Azizah dalam mereka bentuk Istana tersebut.

“Reka bentuk dan konsep Istana Abdulaziz itu datangnya daripada hasil idea, kerjasama dan cadangan oleh Tunku Azizah sendiri, kebebasan penuh diberikan kepada Tunku Azizah pada masa itu,” katanya kepada Bernama.

Hasilnya terbinalah istana dua tingkat itu tersergam indah dengan bumbung simbolik berwarna biru muda dan diserikan dengan seni bina berkonsepkan neoklasik yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang.

Istana yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuantan, di atas bukit dengan keluasan tanah 17.2 hektar itu, dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan balai menghadap selain landskapnya yang memukau.

Tambah Zulkifli lagi, Tunku Azizah adalah seseorang yang teliti dalam melakukan perancangan dan amat mementingkan keselesaan dalam reka bentuk kediamannya.

“Tunku Azizah tidak mahu Istana yang besar-besar atau mewah, itu bukan keutamaannya dan ini jelas mencerminkan sifat rendah diri yang ada pada diri baginda berdua,” tambah Zulkifli yang juga arkitek Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/istana-abdulaziz-lambang-cinta-al.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizalman Kongsi Pengalaman 15 Tahun Jadi Tukang Jahit Tunku Azizah Dan Al Sultan Abdullah

Rizalman Kongsi Pengalaman 15 Tahun Jadi Tukang Jahit Tunku Azizah Dan Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 689 hits
Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al Sultan Abdullah
Sangat Lembut Tenang Simple Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

Sangat Lembut Tenang Simple Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1665 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah diisytiharkan menjadi Ketua Negara yang baharu apabila baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 Di seba...
Daulat Tuanku Tunku Azizah Aminah Kini Bergelar Tengku Ampuan Pahang

Daulat Tuanku Tunku Azizah Aminah Kini Bergelar Tengku Ampuan Pahang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 901 hits
Pemasyhuran Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah sebagai Sultan Pahang yang baharu mela yakkan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diangkat sebagai Tengku A...
16 Kali Rawatan Kesuburan 10 Tahun Menanti Cahaya Mata Tunku Azizah Lambang Kecekalan Wanita

16 Kali Rawatan Kesuburan 10 Tahun Menanti Cahaya Mata Tunku Azizah Lambang Kecekalan Wanita

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 640 hits
Kecekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini Bukan sekali sebaliknya ...
Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 455 hits
Foto oleh Bernama SEPANG Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpa...
Kisah Cinta Agong Permasuri Dan Istana Abdulaziz

Kisah Cinta Agong Permasuri Dan Istana Abdulaziz

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 932 hits
Istana itu menjadi bukti bagaimana cinta baginda berdua diterjemahkan dalam pembinaan monumen indah seperti Kellie s Castle di Perak dan Taj Mahal di India
Tunku Azizah Tukang Masak Dari Istana Untuk Rakyat

Tunku Azizah Tukang Masak Dari Istana Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 783 hits
Ayam masak merah dan sardin merupakan menu yang sering jadi pilihan tuanku dan baginda tidak suka ikan dipotong kepada kepada saiz kecil
Tunku Aminah Kecewa Berita Palsu Tentang Rumahtangganya Tersebar

Tunku Aminah Kecewa Berita Palsu Tentang Rumahtangganya Tersebar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 1339 hits
Khabar angin mengenai perkahwinan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suaminya Dennis Muhammad Abdullah yang tersebar dalam media sosial ketika ini adalah tidak benar dan berniat jahat Keluarga Diraja Johor berasa kecewa ...
Sultan Ibrahim Perkenan Terima Mengadap Dr Wan Azizah

Sultan Ibrahim Perkenan Terima Mengadap Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 470 hits
Ketibaan timbalan perdana menteri disambut bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak