Daulat Tuanku Tunku Azizah Aminah Kini Bergelar Tengku Ampuan Pahang



Pemasyhuran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Sultan Pahang yang baharu mela­yakkan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diangkat sebagai Tengku Ampuan Pahang.

Perkara 12A. (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang berbunyi: ‘Raja pemerintah boleh melantik isterinya menjadi Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang dengan syarat bahawa dia adalah seorang daripada bangsa Melayu, yang berdarah raja, yang beragama Islam dan perkahwinannya dengan raja pemerintah adalah sah menurut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa perkahwinan itu dilangsungkan.’
Gelaran Tengku Ampuan Pahang khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Tunku Azizah yang dilahirkan pada Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Baginda bertemu jodoh de­ngan Al-Sultan Abdullah yang kini merupakan raja pemerintah Pahang yang mana pasangan diraja berkenaan melangsungkan perkahwinan pada Mac 1986.

Pemasyhuran Tunku Azizah yang dijangka diadakan pada 29 Januari ini meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang terkini dalam kesultanan Pahang era moden. Kali terakhir gelaran itu digunakan adalah kira-kira 31 tahun lalu.

Tengku Ampuan Pahang yang pertama ialah Tengku Ampuan Fatimah Tun Muhammad diikuti Tengku Ampuan Besar Meriam Sultan Abu Bakar Johor, Tengku Ampuan Besar Fatimah Sultan Alang Iskandar Shah dan Tengku Ampuan Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad.

Rakyat Pahang sememang­nya bertuah dan beruntung kerana memiliki Tunku Azizah yang mesra dan prihatin dengan nasib rakyat.

Keperibadian baginda yang sering mengetepikan protokol setiap kali mencemar duli turun padang menjenguk kehidupan rakyat termasuk memasak di pusat-pusat pemindahan banjir sudah diketahui umum.

Air mata Tunku Azizah yang mengalir ketika berkongsi pe­ra­saan sedih dengan rakyat menyer­lahkan lagi kasih sayang dan keikhlasan baginda terhadap mereka.

Keadaan itu umpamanya dapat disaksikan apabila ba­ginda tidak mampu menahan air mata daripada menitis ketika berkongsi perasaan sedih bersama ibu salah seorang kanak-kanak lemas di kolam taku­ngan bauksit semasa mencemar duli melawat keluarga mangsa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan pada Februari 2017.

Begitu juga semasa baginda melawat Noor Nadia Kamaludin, 29, isteri Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, seorang daripada enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, tahun lalu.

Dari sudut lain, walaupun mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat di Pahang, baginda sering dilihat menyinsing lengan baju dengan mengetepikan protokol memasak di khalayak.

Keperibadian, keikhlasan dan kemesraan Tunku Azizan menjadikan baginda permata hati yang disayangi rakyat Pahang.

Daulat Tuanku!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-azizah-permata-hati-rakyat-1.827603#ixzz5dOIOJEds
© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/01/daulat-tuanku-tunku-azizah-aminah-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daulat Tuanku Sultan Pahang Kini Bergelar Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Daulat Tuanku Sultan Pahang Kini Bergelar Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 859 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini Turut melafaz sumpah memegang jawat...
Tunku Azizah Dilantik Tengku Ampuan Pahang

Tunku Azizah Dilantik Tengku Ampuan Pahang

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 865 hits
PEKAN 22 Jan 8211 Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri 8217 ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta 8217 in Billa...
Istana Abdulaziz Lambang Cinta Al Sultan Abdullah Dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

Istana Abdulaziz Lambang Cinta Al Sultan Abdullah Dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 1049 hits
KUANTAN Selain kata kata manis pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana cinta diterjemahkan dalam pembinaan monumen indah seperti Kellie s Castle di Perak da...
Institusi Diraja Pahang Tempa Sejarah Pemasyhuran Tengku Ampuan Tengku Mahkota

Institusi Diraja Pahang Tempa Sejarah Pemasyhuran Tengku Ampuan Tengku Mahkota

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1023 hits
PEKAN Institusi diraja Pahang hari ini menempa sejarah tersendiri dengan pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang satu detik yang ditunggu tunggu rakyat di negeri ini Dalam istiadat yang akan berlangsung di Balairung Seri ...
Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1090 hits
Selepas kali terakhir gelaran Tengku Ampuan Pahang disandang 31 tahun yang lalu negeri Pahang kini mempunyai Tengku Ampuan yang baharu Hari ini Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurka...
Sangat Lembut Tenang Simple Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

Sangat Lembut Tenang Simple Netizen Kagum Lihat Keperibadian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1666 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah diisytiharkan menjadi Ketua Negara yang baharu apabila baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 Di seba...
Pemasyhuran Tengku Ampuan Dan Tengku Mahkota Institusi Diraja Pahang Tempa Sejarah Tersendiri

Pemasyhuran Tengku Ampuan Dan Tengku Mahkota Institusi Diraja Pahang Tempa Sejarah Tersendiri

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 897 hits
PEKAN Institusi diraja Pahang hari ini menempa sejarah tersendiri dengan pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang satu detik yang ditunggu tunggu rakyat di negeri ini Dalam istiadat yang akan berlangsung di Balairung Seri ...
Tengku Puan Pahang Tengku Ampuan Pahang Ke 5

Tengku Puan Pahang Tengku Ampuan Pahang Ke 5

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 557 hits
Tengku Puan Pahang Tengku Ampuan Pahang Ke 5 Pema syhuran Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dijang ka diadakan hujung bulan ini akan meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Paha...
Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 818 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Kekuatan Sebenar Emas Kenapa Perlu Pegang Fizikal

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Connie Francis Pretty Little Baby Chord

Bunga Memahami Chord