Israk Dan Mikraj 1444h 2023 Memperingati Peristiwa Agung Dalam Islam
Tarikh Israk Mikraj dalam Islam disambut pada hari ke-27 bulan ketujuh yang dikenali sebagai bulan Rejab dalam kalendar Islam. Tarikh Israk Mikraj 2023 Malaysia adalah pada hari Sabtu, 18 Februari 2023 bersamaan 27 Rejab 1444H.
Cuti Israk Mikraj 2023 yang jatuh pada hari Sabtu. Jadi, antara negeri yang ambil cuti adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu
Hari Israk Mikraj antara tarikh peristiwa penting bagi umat Islam. Peristiwa agung Israk dan Mikraj di mana Baginda Rasulullah SAW dibawa dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa kemudian diangkat ke langit dalam hanya satu malam menunjukkan keagungan kuasa Allah SWT.
Umat Islam wajib meyakini peristiwa ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan.
Israk Mikraj adalah Peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW
Israk dan Mikraj RingkasPeristiwa besar ini merupakan kejadian yang amat luar biasa dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT dan juga sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban tersebut adalah Israk dan Mikraj yang berlaku hanya dalam satu malam sahaja.
Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.
Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT)Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa
Kisah Peristiwa Israk MikrajDiambil dari Bahagian Dakwah, JAKIM. Dibawah adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj
1. IsrakNabi Muhammad SAW telah dibawa oleh Malaikat Jibril AS dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq
Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril AS dengan menggunakan air suci Zam Zam
Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah SAW telah diarahkan oleh Jibril AS supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrahBukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah SWTBaitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan)Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang kalinya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril AS : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril AS dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat
2. MikrajBermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.
Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril AS naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril AS) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.
Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah SWT iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu)
Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu. Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang dilakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Selepas MikrajSetelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam. Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’
Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”—Surah Al-Israa’: Ayat 1
Kelebihan dan pengajaran dari kisah peristiwa Israk MikrajBaitulmaqdis adalah harta umat IslamBumi palestin adalah bumi barakah yang menjadi tempat pilihan Allah SWT untuk berlakunya peristiwa penting dalam sejarah iaitu Israk Mikraj. Ini membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah SWT dan wajib dipertahankan oleh semua umat Islam.
Mengakui kebesaraan Allah dan kehebatan kerajaanNyaAllah SWT telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas. Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah
Kepentingan Solat Fardu lima waktu
Rasulullah SAW telah menerima perintah solat Fardu secara langsung daripada Allah SWT tanpa melalui perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.
Menjauhi perkara mungkar dan yang dilarang
Semasa Israk Mikraj, Rasulullah SAW dibawa meninjau suasana di neraka dengan pelbagai bentuk balasan dan penyiksaan ke atas orang-orang yang ingkar kepada Allah. Ini memberi iktibar kepada umat Islam supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Galakan untuk sentiasa meminta kepada Allah SWT
Peristiwa Nabi Muhammad berulang alik berjumpa Allah SWT untuk meminta keringanan waktu solat memberi gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam meminta Allah untuk mengabulkan doa dan permintaan hambaNya.
Kesedihan terhadap dunia, pengubat rindunya adalah Allah SWT
Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah SWT untuk mengubati hati dan kesedihan Nabi Muhammad SAW setelah melalui ujian besar dengan kematian isteri baginda iaitu Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah SWT sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.
sumber : https://isma.org.my/6-pengajaran-peristiwa-israk-mikraj/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/02/israk-mikraj.html