Israel Raya 2020 Dajjal Syiah



 2020, dari Israel Raya hingga Kemunculan Dajjal Dan Imam MahdiHadis-hadis kemunculan DajjalISRAEL Raya 2020
(1)     Barat telah merancang strategi untuk membina sebuah empayar Israel Raya yang dijangka pada tahun ini, 2020. Antaranya yang diterbitkan oleh Global Research.

Artikel bertarikh 28 Disember 2019, yang ditulis oleh Michel Chossudovsky, pada September 2015, dan diupdated pada September 2019 dan di update lagi pada Disember 28, 2019.

(2)     Antara yang dinyatakan;

“Israel Raya akan menjadi sebahagian daripada kempen pilihan raya Mac 2020 yang akan datang. Netanyahu telah berjanji untuk merembat sebahagian besar Tebing Barat yang diduduki”

Di dalam artikel kali ini, kita boleh ‘relate’kan agenda-agenda Barat ini dengan Hadis-hadis Nabi S.A.W berkenaan tanda-tanda akhir zaman.

(3)     Di sana terdapat banyak Hadis Nabi S.A.W yang menceritakan beberapa tanda kemunculan makhluk perosak yang dikenali sebagai Dajjal.

Adakah dunia hari ini sudah boleh dikatakan bahawa Dajjal itu sudah muncul? Atau bagaimana? Maka, perhatikan beberapa Hadis yang berkaitan.

(4)     Antara yang perlu kita ketahui bahawa Dajjal sudah wujud semenjak zaman Baginda S.A.W:عَنْ عَمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ أَكَلَ الطَّعَامَ وَمَشَى فِي الأَسْوَاقِ (يَعْنِي: الدَّجَّالُ )

“Daripada Amran bin Hasin, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya ia sedang menikmati makanan dan berada di pasar-pasar (iaitu Dajjal).”
(Musnad Imam Ahmad: 19142)Tanda-tanda kemunculannya
(1)    Dalam masa yang sama, seorang hamba Allah yang bernama Tamim ad Dariy pernah menemui Dajjal ketika beliau berlayar di tengah lautan, dan terdampar di sebuah pulau.

Setelah memasuki pulau tersebut, beliau telah bertemu dengan Dajjal. Kisah ini diriwayatkan di dalam Sunan Tirmizi dalam hadis yang panjang, insyaAllah akan ditulis dalam artikel yang lain selepas ini.

(2)     Kita perlu faham, bahawa Dajjal itu mula muncul di saat manusia sedang melupai tentang kisah kemunculannya;عَنْ الصَعْبِ بْنِ جَثَّامَةٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ

“Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib terlupa menyebutnya di dalam khutbah.”
(Kanzul Ummal: 38817)(3)     Selain daripada itu, Dajjal muncul ketika manusia sedang jauh daripada Islam;عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أَنَّهُ قَالَ فِي الدَّجَّالِ : تَكُونُ آيَةُ خُرُوجِهِ تَرَكَهُمْ الأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَتَهَاوَنَ بِالدِّمَاءِ، وَضَيَّعُوا الْحُكْمَ، وَأَكَلُوا الرِّبَا، وَشَيَّدُوا البِنَاءَ، وَشَرَبُوا الْخُمُورَ، وَاتَّخَذُوا القَيَانَ، وَلَبِسُوا الْحَرِيْرَ، وَأَظْهَرُوا بَزَّةَ آلِ فِرْعَونَ، وَنَقَضُوا العَهْدَ، وَتَفَقَّهُوا لِغَيْرِ الدِّيْنَ، وَزَيِّنُوا الْمَسَاجِدَ، وَخَرَبُوا القُلُوبَ، وَقَطَعُوا الأَرْحَامَ، وَكَثُرَتْ القُرَّاءُ، وَقَلَّتْ الفُقَهَاءُ، وَعَطَلَتْ الْحُدُودُ، وَتَشَبَّهَ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ وَالنِّسَاءُ بِالرِّجَالِ، وَتَكَافَأَتْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ، بَعَثَ اللهُ عَلَيْهِمُ الدَّجَّالَ، …

“Ibnu Abbas R.A berkata tentang Dajjal: Akan terjadi tanda-tanda kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka mendalami sesuatu ilmu bukan untuk agama, mereka menghiasi masjid (masjid tidak berfungsi), mereka merosakkan hati-hati, memutuskan hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca semata-mata, berkurangnya orang-orang yang faqih, terabainya hukum hudud, terdapat penyerupaan di antara lelaki dan perempuan, berlakunya hubungan sejenis,… ketika inilah munculnya Dajjal”Kebuluran dan pengkafiran
(1)     Antara yang menjadi tanda kemunculan Dajjal ialah muncul ketika berlakunya kebuluran yang sangat dahsyat;عَنْ أَبِي أُمَامَةَ البَاهِلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ؛ قَالَ: خَطَبْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثْنَاهُ عَنْ الدَّجَّالِ وَحَذَّرْنَاهُ…. فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ بِطَوْلِهِ، وَفِي آخِرِهِ : وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثُ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ، يُصِيْبُ النَّاسَ فِيْهَا جَوْعٌ شَدِيْدٌ، يَأْمُرُ اللهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُوْلَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسَ مَطْرِهَا كُلَّهُ ، فَلاَ تُقْطَرُ قَطْرَةً، وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ نَبَاتِهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءً، فَلاَ تَبْقَى ذَاتَ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ، إِلاَّ مَا شَاءَ اللهُ

“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga… Lalu Baginda S.A.W menyebut dengan panjang lebar… di akhir ucapannya: Sesungguhnya sebelum kemunculan Dajjal, berlakunya keperitan selama 3 tahun. Manusia mengalami krisis kebuluran yang teruk. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama, supaya mengurangkan kadar hujan sebanyak satu pertiga, dan menyuruh bumi supaya mengurangkan hasilnya sebanyak satu pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun kedua pula untuk mengurangkan kadar hujan sebanyak dua pertiga pula, dan bumi diperintahkan supaya mengurangkan hasilnya sebanyak dua pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun ketiga supaya tidak menurunkan hujan langsung, maka tiadalah hujan walaupun setitik, dan bumi diperintahkan supaya tidak mengeluarkan hasilnya langsung, maka tidak tumbuhlah sebarang tumbuhan. Setelah itu, tiada lagi haiwan yang hidup, melainkan beberapa ekor yang dikehendakiNya.”
(an Nihayah Kathir: 1/44)(2)     Selain daripada itu, Dajjal muncul apabila umat Islam saling mengkafirkan umat Islam yang lain;عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ؛ قَالَ: « كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَذَكَرَ الفِتَنَ، … وَفِيْهِ .. ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ ، لاَ تَدَعَ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ ؛ إِلاَّ لَطَمَتْهُ لُطْمَةً، فَإِذَا قِيْلَ : انْقَضَّتْ ؛ تَمَادَتْ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، حَتَّى يُصِيْرُ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطِيْنَ : فُسْطَاطٌ إِيْمَانٌ لاَ نِفَاقَ فِيْهِ ، وَفُسْطَاطٌ نِفَاقٌ لاَ إِيْمَانَ فِيْهِ ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكُمْ ؛ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ غَدِهِ

“Daripada Abdullah bin Umar R.A, beliau berkata: Satu hari, kami duduk bersama-sama Rasulullah S.A.W, lalu Baginda S.A.W menceritakan tentang fitnah akhir zaman… antara yang disebutkan ialah… Kemudian akan terjadinya fitnah bawah tanah yang tidak melepaskan seorang pun, melainkan mereka yang bernasib baik. Apabila fitnah tersebut cuba disekat, ia tetap berterusan, sehingga seorang yang beriman pada waktu pagi hari, menjadi kafir pada waktu petangnya. Ia berlanjutan sehinggalah manusia bertemu dengan dua golongan, lalu menghukum bahawa golongan ini semuanya beriman, dan golongan satu lagi dihukumkan dengan kafir kesemuanya. Maka, apabila berlaku peristiwa seperti ini, tunggulah ketibaan Dajjal, sama ada pada hari tersebut, atau pada keesokannya.”
(Sunan Abi Daud : 3704)Pembebasan Istanbul
(1)     Berdasarkan hadis yang dinyatakan tadi, bahawa para Ulamak sepanjang zaman, termasuk dalam perhimpunan OIC telah menyatakan dengan jelas bahawa bukan semua syiah itu kafir.

Yang belum boleh dikafirkan ialah Syiah Imam 12, dan Syiah Zaidiyyah. Walau bagaimanapun ajaran mereka tetap dianggap tidak betul.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengkafirkan fahaman Wahhabi. Bimbang apa yang terjadi ini menjadi maksud Hadis Nabi S.A.W.

(2)     Selain itu, antara yang disebut oleh Nabi S.A.W, kemunculan Dajjal selepas Pembebasan Istanbul;قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمَلْحَمَةُ الكُبْرَى، وَفَتْحُ القَسْطَنْطِينِيَّةِ، وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِي سَبْعَةِ أَشْهُرٍ

“Nabi S.A.W bersabda: Berlakunya peperangan yang besar, pembebasan Istanbul dan kemunculan Dajjal, kesemuanya berlaku dalam tempoh 7 bulan berturut-turut.”
(Musnad Imam Ahmad: 21304)(3)     Di dalam Hadis yang lain, mengatakan bahawa perbezaan waktu di antara Peperangan Besar (الملحمة الكبرى) dan Pembebasan Istanbul selama 6 tahun, dan kemunculan Dajjal pada tahun ke 7.

Hal ini diriwayatkan di dalam Kanzul Ummal, nombor 38754, Hadis Riwayat Abu Umamah al Bahili. Tetapi di dalam hadis ini menyebut ‘bulan’, bukannya tahun.

الملحمة الكبرى

(1)      Masih lagi menjadi tanda soal, apakah yang dimaksudkan dengan الملحمة الكبرى . Mungkin ia adalah Perang Dunia Ketiga, ataupun bukan. Banyak pandangan-pandangan dalam hal ini.

Ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Perang Besar itu ialah pertembungan antara Umat Islam dan Rom. Bahkan istilah Rom itu sendiri masih diperselisihkan.

(2)     Ada yang beranggapan Rom itu Amerika sebagai kuasa besar, blok Barat. Ada yang menafsirkan Rom itu sebagai Russia kerana Kristian Ortodok.

Perang tersebut menyaksikan kemenangan Umat Islam, lalu Baginda S.A.W menyatakan bahawa Kostantinopel dibebaskan. Kostantinopel merupakan kubu terakhir Rom satu ketika dahulu.

Pernah dibuka oleh Sultan Muhammad al Fateh, setelah mana Umat Islam berperang dengan Rom sejak sekian lama. Ada kemungkinan juga hadis Nabi S.A.W itu ‘refer‘ kepada pembukaan di zaman al Fateh.

(3)     Namun, sehingga ke hari ini, Dajjal masih belum keluar. Wallahuaklam. Sebab itulah ada yang berpandangan bahawa Hadis itu bermaksud Kostantinopel yang kedua.

Di sana ada riwayat yang menyatakan bahawa Perang Besar itu antara Arab dan Rom. Manakala Sultan Muhammad al Fateh dan tenteranya berbangsa Turki.

Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenarnya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Umat Islam dituntut untuk memahami dan bersedia dengan ujian yang lebih dahsyat.

Tasik Galilee
(1)     Selain itu, di dalam hadis-hadis yang lain ada yang menyebutkan tanda-tanda kemunculan Dajjal adalah keringnya Tasik Galilee berdasarkan Hadis yang saya nyatakan di awal tadi tentang Tamim ad-Dariy

Tasik Galilee lokasinya di antara Palestin dan Syria, yang mana ianya datang daripada Dataran Tinggi Golan yang berada di dalam Wilayah Syria.

(2)     Beberapa bulan lepas menyaksikan bagaimana tindakan Donald Trump mengisytiharkan Dataran Tinggi Golan adalah milik Israel.

Hal ini mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua belah pihak apatah lagi Donald Trump dilihat cuba memelihara kawasan tinggi tersebut kerana ia membekalkan air di Tasik Galilee.

(3)     Seolah-olah tindakan Donald Trump itu bagi memelihara survival Israel di Palestin, khususnya dari sudut bekalan air di kawasan genting tersebut.

Berkemungkinan sampai masanya, tasik kering itu akan kering, dan Dajjal akan keluar di saat itu dalam keadaan marah. Marah kerana proksi-proksinya tidak lagi boleh diharap.

Hal kemarahan Dajjal ini diungkapkan dalam beberapa riwayat, antaranya yang disebut oleh Al Barzanji di dalam kitabnya الاشاعة لأشراط الساعة :

إنما يخرج من غضبة يغضبهاHadis kemarahan Dajjal ini juga diriwayatkan dalam Shahih Muslim dan Ibn Hibban daripada Saidatina Hafsah R.A.Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 12/1/2020Lihat sebelum ini..Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...
Bab 1AS$80 Juta Nilai Kepala TrumpAntara Iran&AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...Iran Jawab, Bedil 12 Roket Ke Markas Udara AS Di I...Saham Asia Melonjak. Pelabur Nilai Semula konflik ...Pesawat Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran. Semu...Konflik Iran-AS Dibimbangi Pengaruhi Piala Super S...Letupan, Siren Kedengaran Di Baghdad.Mungkinkah 'Pivot' Strategi AS Makan Tuan?Mazhab Dan Pakatan Sunni-IsraelPecahkan Sunni-Syiah..Bab 2
Tangkap 200 Kanak Palestin. Tiada Kait Syiah Pun!Ini, 62 Poin Untuk Puak Yang Anti Syiah..Israel Raya 2020, Dajjal&Syiah..Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/israel-raya-2020-dajjal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fesyen Baju Raya Budak 2020

Fesyen Baju Raya Budak 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 1750 hits
Fesyen Baju Raya Budak 2020 Ramadhan dan Aidiladha bakal menjelang pasti ramai ibu ibu sedang mencari tema warna baju raya untuk anak anak lebih lebih lagi kalau ada anak perempuan tentunya nak fesyen yag diva serta harga yang berpatutan Ma...
Tabung Roadtax Tabung Raya Tabung Travel Banyak Nya Tabung 2020 Aku

Tabung Roadtax Tabung Raya Tabung Travel Banyak Nya Tabung 2020 Aku

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 511 hits
Tips menabung dengan amerjaya Menyimpan duit itu memang sukar dan payah Banyak je alasan Jadi tahun 2020 ni aku nekad nak disiplinkan diri untuk menabung Jiayo for myself Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blogku Kali ini aku nak ...
Buka Pintu Banjir Dalam Musnahkan Islam Israel Tidak Kira Sunni Syiah

Buka Pintu Banjir Dalam Musnahkan Islam Israel Tidak Kira Sunni Syiah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 566 hits
Israel buka pintu gerbang banjir Musnahkan beratus hektar ladang tanaman milik rakyat PalestinGAZA 19 Jamadilawal 1441H Rabu Rejim pengganas Israel berterusan bertindak biadab apabila memusnahkan ladang pertanian milik penduduk Palestin den...
Izara Aishah Mia Ahmad Dan Almy Nadia Kongsi Cerita Hamil Bakal Timang Bayi 2020

Izara Aishah Mia Ahmad Dan Almy Nadia Kongsi Cerita Hamil Bakal Timang Bayi 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1541 hits
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan rupa Begitu juga dengan pelakon Izara Aishah Mia Ahmad dan Almy Nadia yang masing masing berkongsi berita sedang berbadan dua kepada media dan khalayak Bercakap kepada Berita Harian pelakon jelita Iza...
Demi Wujudkan Resolusi 2020 Hidup Sehat 6 Kebiasaan Pagi Hari Ini Jangan Sampai Terlewat

Demi Wujudkan Resolusi 2020 Hidup Sehat 6 Kebiasaan Pagi Hari Ini Jangan Sampai Terlewat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 264 hits
Rupanya menyempatkan waktu buat bengong sebentar sebelum aktivitas pagi itu penting lo
Tahun 2020 Di Cameron Highlands

Tahun 2020 Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 347 hits
Selamat tahun 2020 Apa yang anda inginkan di Cameron Highlands Nanti kita bincangkan
Salam Tahun Baru 2020 Dah Set Dream Board

Salam Tahun Baru 2020 Dah Set Dream Board

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 336 hits
Setiap tahun ada sahaja azam baru dan masa ni belum terlambat untuk buat dreamboard baru bagi 2020 Tahun 2019 mungkin dah berlalu yang lepas biarkan lepas now fokus 2020 Bagi tahun 2020 aku tak punya impian lain selain aku nak kejar untuk h...
Dahsyatnya Banjir Jabodetabek 2020 Akibat Yang Ditinggalkannya

Dahsyatnya Banjir Jabodetabek 2020 Akibat Yang Ditinggalkannya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 197 hits
Banjir di Jabodetabek mengakibatkan banyaknya kerugian hingga jatuhnya korban jiwa
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities