Salam Tahun Baru 2020 Dah Set Dream Board
Setiap tahun ada sahaja azam baru dan masa ni belum terlambat untuk buat dreamboard baru bagi 2020. Tahun 2019 mungkin dah berlalu, yang lepas biarkan lepas, now fokus 2020. Bagi tahun 2020, aku tak punya impian lain selain aku nak kejar untuk habiskan pengajian dengan sempurna dengan pointer CGPA aku aim mestilah 3.99 dan aku masih keep on going ke arah tersebut. Impian aku 2020 Tugasan siap dalam tempoh seminggu sebelum submit Setiap hari adalah hari ulang kaji (Anak-anak juga sama) Keep calm Blog setiap hari tanpa gagal – juga terjah at least 5 blog a day Lost weight 5-10kgs / year (doakan aku kurang minum manis). pointer for SEM 2 – 3.99 SEM 3 – 3.99 (Amin). Mak dan anak kuasai pentas kejayaan Untuk anak-anak aku, aku nak mereka juga ada impian sama dengan ummi. Aku sentiasa berdoa, this year 2020 Along dan Angah sama-sama naik pentas untuk anugerah pelajar cemerlang di akhir tahun. Dan Along pula target mestilah nombor 1-3 dalam kelas. Nothing imposibble dengan usaha yang betul dan fokus. Aku -pernah kecapi kejayaan cemerlang satu ketika dahulu kerana walaupun mak aku orang biasa, tapi mak dan ayah sangat pentingkan pelajaran. Tambahan aku perhatikan 2020 ni, hanya dengan pelajaran sahaja orang pandang kita one level high(maybe dalam pasukan) atau luar pun sama aku tak pasti. Sebab tu aku tak mahu hilang fokus lain, biarlah 2020 ni aku fokus untuk maju jaya bersama anak-anak. Tiada lain daripada itu. Senjata aku adalah doa dan usaha 2020 – doa telah aku persiapkan untuk amalan harian. Konsisten kena buat. Ibarat apa aku sedang buat adalah aplikasi kepada strategi oleh Richard Rumelt. 🙂 Aku doakan korang juga berjaya capai impian korang. Dan doakan kami juga. Bila kita doakan orang, jutaan manusia lain dan malaikat mendoakan kita. All the best kawan-kawan -selamat menghadapi 2020.
The post Salam tahun baru 2020 – dah set dream board? appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/01/salam-tahun-baru-2020-dah-set-dream-board/