Ismee Resah Bimbang Keselamatan Keluarga Semasa Siasatan 1mdb


BERNAMA
Ismee berkata SPRM tidak pernah mengancam untuk mengenakan sebarang prosiding jenayah atau sivil ke atasnya sebagai balasan untuk mendapatkan bukti terhadap Najib.
Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB Ismee Ismail. Gambar: Bernama Bekas pengarah bukan eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau merasa  resah dan bimbang tentang keselamatan keluarganya apabila dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berkenaan skandal 1MDB.
Ismee Ismail, 56, berkata beliau bimbang keselamatan keluarganya dan dirinya sendiri kerana terdapat banyak ketidakpastian yang beliau sendiri tidak dapat merungkaikannya.
“Saya tidak ditekan oleh sesiapa, perasaan yang sukar hendak diterangkan…rasa tidak tentu hala, rasa tidak keruan sebab pada masa itu saya tertanya-tanya apa yang terjadi.
“Saya cuba untuk mencari jika ada perkara yang saya tidak melakukannya dengan betul,” katanya semasa pemeriksaan balas peguam Najib Razak, Hariharan Tara Singh dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu mengenai penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Apabila ditanya dengan lebih lanjut oleh Hariharan, Ismee berkata SPRM tidak pernah mengancam untuk mengenakan sebarang prosiding jenayah atau sivil ke atas beliau sebagai balasan untuk mendapatkan bukti terhadap ahli Parlimen Pekan itu.
“Sepanjang tempoh memberikan kenyataan kepada SPRM, saya risau tentang keselamatan (keluarga saya) tetapi mereka (SPRM) menunjukkan kepada saya bahawa saya tidak perlu bimbang tetapi tiada janji tentang tiada saman sivil.
“Saya tidak akan berkata saya memberikan bukti yang menunjukkan kesalahan (Najib) tetapi saya memberikan fakta kes. Saya bertanggungjawab untuk memberitahu perkara sebenar semasa siasatan.
“Saya memberikan mereka (SPRM) fakta sebenar tetapi jika ia menyalahi undang-undang saya tidak akan menghakiminya,” kata saksi itu.
Saksi ke-13 pendakwaan itu juga bersetuju dengan cadangan peguam beliau tidak gembira apabila mengetahui mengenai satu saman sivil yang difailkan kerajaan melalui 1MDB ke atasnya dan bekas pengurusan kanan syarikat itu.
Hariharan: Kamu merasa sangat tidak gembira kerana kamu dijanjikan SPRM, jika kamu memberikan bukti terhadap Najib tidak akan ada saman sivil terhadap kamu.
Ismee: Tiada perjanjian sedemikian.
Hariharan: Adakah kamu merasakan dikhianati apabila kamu mengetahui tentang saman sivil itu?
Ismee: Saya tidak akan mengatakan dikhianati, saya katakan saya sangat sangat sedih. Saya lebih rasa sedih daripada rasa dikhianati .
Bagaimanapun, saman sivil ke atas beliau telah ditarik balik.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Collin Sequerah bersambung 5 Januari tahun depan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/ismee-resah-bimbang-keselamatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Darah Semasa Hamil Kena Mandi Wajib Ada 4 Keadaan Yang Anda Perlu Tahu

Keluar Darah Semasa Hamil Kena Mandi Wajib Ada 4 Keadaan Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 195 hits
Ketika hamil mungkin ada di antara mama yang mengalami pendarahan Kadang kadang kita pun kurang yakin dengan situasi tersebut Para ibu hamil akan bertanya status darah samada darah penyakit atau tidak dan bagaimana ibadah mereka Ikuti perko...
Seram Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke

Seram Video Hantu Dirakam Semasa Acara Karaoke

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 346 hits
Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand tetapi apa yang mengejutkan ial...
Boleh Ke Ambil Ubat Semasa Menyusu Anak Ini Penjelasan Doktor

Boleh Ke Ambil Ubat Semasa Menyusu Anak Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 238 hits
Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat Ia boleh diambil oleh kanak kanak orang dewasa ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak mengikut dos yang diberikan BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL ...
Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron Dan Langkah Kawalan Pencegahan

Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron Dan Langkah Kawalan Pencegahan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 258 hits
Ini Perkembangan Semasa Varian Baharu OMICRON Dan Langkah Langkah Kawalan Pencegahan Selepas satu dunia kembali kecoh dengan varian terbaru ini ia mungkin akan memberikan impak yang ketat kepada pelancongan seluruh dunia Banyak negara kemba...
Tom Holland Kentut Depan Zendaya Semasa Aksi Spider Man

Tom Holland Kentut Depan Zendaya Semasa Aksi Spider Man

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 235 hits
Tom Holland kentut depan Zendaya semasa aksi Spider Man HERO filem Spider Man No Way Home Tom Holland berkongsi satu kisah lucu yang berlaku semasa penggambaran filem itu Dia mengakui secara tidak sengaja terkentut di hadapan pelakon gandin...
3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 299 hits
Imran AriffPETALING JAYA Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh tiga Tan Sri yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet dakwa bekas pembantunya Bagai...
10 Dugaan Besar Semasa Bertunang Ada Tahap Samada Nak Teruskan Atau Cukup Sampai Sini

10 Dugaan Besar Semasa Bertunang Ada Tahap Samada Nak Teruskan Atau Cukup Sampai Sini

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 266 hits
10 DUGAAN BESAR SEMASA BERTUNANG Teruskan atau sampai di sini sahaja Zaman bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga 1 Emosi Tidak StabilAda sesetengahnya yang tidak senang d...
Agensi Kerajaan Berbalah Anwar Minta Suruhanjaya Siasatan Tentukan Peranan

Agensi Kerajaan Berbalah Anwar Minta Suruhanjaya Siasatan Tentukan Peranan

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 205 hits
Perbalahan antara agensi Kerajaan Persekutuan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara yang menolak untuk dipertanggungjawabkan kerana kelemahan menguruskan banjir di Selangor memerlukan satu suruhanjaya sisatan bagi memastikan peranan se...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Wan Dy Sayang Hanya Mainan Chord

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan