Ismail Patut Minta Maaf Dengan Tentera Bukan Saya Anwar


malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Nov 12, 2022 8:29 AM
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menempelak Ismail Sabri Yaakob kerana menyuruhnya meminta maaf kepada tentera.

Sebaliknya, kata Anwar, perdana menteri sementara itu yang sepatutnya meminta maaf kepada tentera.

“Saya kata ada tentera diberi RM300 dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kena pastikan perkara itu tidak boleh berlaku, saya ada bukti.

“Dia (Ismail Sabri) jawab Anwar kena minta maaf dengan tentera, ini Mail (Ismail Sabri) yang kena minta maaf dengan tentera itu kamu, kerana kapal tak siap, kapal terbang helikopter tak sampai, wang untuk tentera itu disonglap dan disakau, kamu (Ismail Sabri) yang mesti minta maaf,” katanya.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika berucap pada program ‘Jelajah Presiden’ di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Ucapan itu merujuk kepada kenyataan Ismail Sabri petang semalam meminta Anwar menarik balik dakwaan bahawa anggota tentera di Bera dibayar RM300 untuk pengundian awal.

Kata Ismail, dakwaan dibuat Anwar mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara.

“Tuduhan mengatakan tentera dibayar ini tuduhan jahat. Jangan hina anggota tentera. Saya minta Anwar tarik balik tuduhan tersebut dan minta maaf, bukan pada saya tetapi kepada anggota tentera kerana tuduh mereka terima wang dan sebagainya,” kata Ismail Sabri dalam sidang media di Bera, Pahang petang semalam.
Anwar dalam satu majlis di Kuala Nerus, Terengganu pagi semalam mendakwa berlaku pengundian awal membabitkan tentera di Bera, Pahang.

Dia mendakwa anggota tentera berkenaan dibayar selain menegaskan mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

"Saya menerima maklumat sahih contoh undi dari satu tempat yang saya tak boleh umumkan untuk tentera di Bera yang dibayar RM300.

"Soalnya mengapa dan bagaimana SPR boleh izinkan kalau mereka tahu undi awal yang sepatutnya 15 November.

"Bagaimana (undi awal) boleh dijalankan hari ini, saya bimbang kerana unsur wang, unsur tekanan (dan) unsur penipuan yang berlaku kerana ada bukti," katanya.

Tiada rundingan dengan parti lain

Sementara itu, Anwar ketika berucap pada majlis berkenaan turut mengulangi pendirian PH untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti lain selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya bincang dengan Anthony Loke (setiausaha agung DAP), dengan Mat Sabu (Mohamad Sabu-presiden Amanah), pilihan raya ini kita pergi ‘all out’... ingat senang ke? Nak serah suka-suka kat Umno, kita kerja tiga-tiga parti kita- Keadilan (PKR), Amanah, DAP, bukan untuk runding dengan orang lain,” tegasnya.

Anwar turut menafikan dakwaan kononnya jika PH menjadi kerajaan, DAP akan menguasai kerajaan.

“Kita ini seolah tidak ada pilihan, kalau masalah Anwar ini DAP dan DAP ini cina komunis, jadi bahaya orang Melayu tak ada masa depan, hilang kita, habis martabat agama dan bangsa dan budaya kita.

“Dok kena tipu gitulah kita, tak betul. Saudara ingat saya bodoh, saya nak khianat bangsa saya sendiri, masuk penjara keluar penjara, orang ugut orang tangkap saya tak peduli, nak bagi duit saya tak pakai kerana saya nak jaga prinsip ini,” katanya.

Terdahulu ketika program sama di Indera Mahkota, Anwar mengingatkan pengundi kawasan itu tidak memberikan walau satu undi kepada penyandang kerusi parlimen berkenaan.

"Ini kerusi pengkhianat, saya minta supaya orang ini tidak menerima undi dari anda, tidak menerima satu undi pun daripada orang Indera Mahkota," katanya.

Kerusi itu disandang Saifuddin Abdullah yang menang dengan tiket PH pada pilihan raya umum lalu.

Saifuddin bersama beberapa lagi ahli parlimen PKR menyertai Bersatu melalui 'Langkah Sheraton' pada Februari 2020 yang menyaksikan kerajaan 22 bulan PH terkubur.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/ismail-patut-minta-maaf-dengan-tentera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Fitnah Tuduh Tentera Terima Wang Ismail Sabri

Anwar Fitnah Tuduh Tentera Terima Wang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 11 2022 6 10 PMDakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya anggota tentera di Bera mengundi awal hari ini dan dibayar adalah fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu k...
Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

Buat Apa Jadi Perdana Menteri Kalau Bacul Anwar Dakwa Ismail Muhyiddin Tak Bela Nasib Golongan Petani

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 136 hits
Buat apa jadi perdana menteri kalau bacul Anwar dakwa Ismail Muhyiddin tak bela nasib golongan petaniPengerusi Pakatanan Harapan Anwar Ibrahim menyelar dasar kerajaan yang didakwa terus berpihak terhadap kartel yang memonopoli import beras ...
Awani Ringkas Pm Bidas Anwar Dakwaan Bersifat Jahat Terhadap Tentera

Awani Ringkas Pm Bidas Anwar Dakwaan Bersifat Jahat Terhadap Tentera

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 180 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Anwar Lebih Berketerampilan Jika Dibandingkan Dengan Mahaiddin Zahid Ismail Sebagai Pm

Anwar Lebih Berketerampilan Jika Dibandingkan Dengan Mahaiddin Zahid Ismail Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 137 hits
MOHD ALI HASHIMPilihan raya umum ke 15 merupakan medan sebenar untuk memilih Perdana Menteri bagaimanapun sosok tubuh Anwar Ibrahim dikatakan lebih berketerampilan jika dibandingkan dengan Mahiaddin Zahid dan Ismail sebagai PM Banyak perbez...
Anwar Dakwa Ada Tentera Mengundi Hari Ini Dibayar Rm300

Anwar Dakwa Ada Tentera Mengundi Hari Ini Dibayar Rm300

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 166 hits
Shakira BuangPresiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk PRU kali ini Berucap di majlis ramah mesra di Kuala Terengganu hari ini pengerusi PH itu turu...
Claims Against Military Personnel A Lie Anwar Must Apologise Ismail Sabri

Claims Against Military Personnel A Lie Anwar Must Apologise Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 253 hits
The allegation made by Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim that military personnel here have already cast their votes for the general election today and were paid to do so is a lie and a malicious accusation against the armed forces s...
Muhyiddin Paling Dipercayai Berbanding Anwar Ismail Sabri Berdasarkan Tinjauan Uum

Muhyiddin Paling Dipercayai Berbanding Anwar Ismail Sabri Berdasarkan Tinjauan Uum

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 271 hits
satuberita myBy November 7 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam GAMBAR Warta RakyatCALON Perdana Menteri Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yass...
Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

Bila Ismail Mahiaddin Nak Isytihar Harta Kata Anwar Di Depan Ribuan Manusia Di Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 199 hits
BORHAN AHMADCalon Perdana Menteri dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional diajak untuk sama sama membuat pengisytiharan harta masing masing menjelang hari mengundi pilihan raya ke 15 ini Datuk Seri Anwar Ibrahim calon PM dari Pakatan H...
Fitnah Anwar Tuntut Rm5 Juta Permohonan Maaf Pesuruhjaya Pas Perak

Fitnah Anwar Tuntut Rm5 Juta Permohonan Maaf Pesuruhjaya Pas Perak

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 217 hits
MalaysiakiniPresiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menuduhnya mempunyai agenda LGBT dan menjadi boneka DAP Tuntutan itu disampaikan dalam...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi