Island Hopping Sabah Pulau Sapi Dan Pulau Mamuntik


Tips Untuk Ke Pulau ( Island Hopping )
Assalamualaikum korang! hai, marilah kita habiskan entry Sabah ni, lama sangat peram, nak nak cuti sekolah ni kan, mana tahu ada yang nak buat rujukan entry ni, so letsss!!! Siapa yang belum baca previous entry, boleh KLIK
Itinerary KK-Kundasang
Percutian ke Kundasang
Tempat Wajib pergi Kundasang
Hari ke 3 kami memilih untuk Island Hopping, tak sah kalau tak Island Hopping di Sabah, nak nak kami anak beranak memang sangat sukakan pulau, so ini adalah acara WAJIB untuk kami. Pagi ni kami tak keluar awal sangat, jam 9am baru keluar dari homestay, bagi anak tidur lama sikit, sebab nanti nak Island Hopping penat pula, dari hoemstay nak ke Jesselton Jetty tak jauh pun

Ramai yang tanya aku Pakej ke pulau yang aku ambil ni berapa, aku tak pasti sebab semua Pakej ni diuruskan oleh AFS Car Rental and Tour. Aku amik pakej 2 pulau, sebab kalau nakkan kepuasan Snorkeling, korang tak perlu ambil banyak pulau, 2 pulau dah cukup

Aku memilih untuk pergi ke Pulau Mamuntik dan Pulau Sapi.
Kenapa aku pilih Pulau Mamuntik, Pulau Mamuntik ni kecil je, tak ramai sangat pelancong, air dia jernih sangat dan cetek, so sesuai untuk anak anak aku. Pulau Sapi pulak ramai pelancong, tapi ikan dia cantik cantik, so balance lah aku pergi 2 pulau ni

Pulau MamuntikNi pemandangan biasa korang nampak jika nak pergi ke Pulau, Jesselton Jetty, harga barang standart, tak mahal sangat. Tu laki aku nak cari selipar, dia tak bawa selipar, hihi. Aku pulak beli topi besar tu rm9, anak anak beli sodok pasir, tiap kali pergi pulau, tiap kali tu lah membeli. LOL

Ni aku nak share TIPS Jika Pergi ke Palau :
1. PAKAI SUNBLOCK - Sebab sangat panas
2. Pakai pakaian yang selesa, bawa topi dan spek hitam.
3. Simpan tiket
4. Jangan lupa beli casing waterproof untuk handphone
5. Ambil pakej 2 pulau saja kalau nak puas
6. BELI MAKANAN DAN AIR SIAP SIAP DI JETTY
Sampai je di jetty, kami breakfast dulu, kami makan nasi terus sebab risau lapar, main air ni confirm lapar, so suruh anak anak pun makan nasi, dah kenyang, lega rasa hati. Dah makan, TAPAU ( bungkus ) pula nasi dan lauk. Air mineral jangan lupa beli, sebab di pulau SANGAT MAHAL. kecuali kalau korang memang tak kisah. hihi

Laki aku tapau nasi dan lauk, paling mudah, nasi + kari ayam + ikan goreng, tu paling mudah. Di kedai-kedai, dorang pun dah tahu, dorang akan bagi kita tapau nasi siap siap dalam bekas, senang kita nak bawa naik boat, tak payah malu, semua orang pun memang tapau nasi. hehe

Makan sini tak mahal pun, harga standart je

Masa untuk naik boat, setiap sorang akan ada life jacket sendiri, wajib pakai ok

Family portrait first! hehe, aku pakai dress? yas pakai dress, sbb nak ootd, sampai pulau, aku salin! kahhh, gigih? yasss gigih! LOL. 
Sunblok - checkedTopi - checkedSpek - checkedLOL
1st destination kita PULAU MAMUNTIK
Serious TALK! Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Cantik sangat Pulau mamuntik, memang betul lah pulau ni kecil, tapi airnya Ya Allah, JERNIH, Biruuuuu kebiru biruan, hijau hijau jernih, even ikan bilis pun boleh nampak, bayangkan! cantik sangat, memang sangat teruja dan seronok sangat

Kami sampai je ada pasangan dari Korea photoshoot kat sini, ramai juga orang Korea, pelik juga, mcm mana eh boleh ramai orang korea, rupanya skrg dari Korea, mereka ada direct flight ke Sabah, so mmg ramai skrg org Korea di Sabah

Selalu tengok cite Korea kat TV, bila dengar live depan depan dorg cakap, alahai, teruja kejap, cara dorg cakap dengan anak-anak dorg lembut je, takde memetir-metir. LOL

Muka teruja tak sabar nak mandi

jernih sampai Ikan Bilis pun nampak! Cantik sangat

Selamat datang ke Pulau Manuntik, yay! Tak sabar nak Snorkel! macam aku pesan kat atas, tak payah beli air kat sini, air kepala rm15, HAHAHA. minum jelah air mineral ya

Dekat sini, aku tak perlu edit gambar, CANTIK GILA! no need filter at all! serius, memang air tu biru, jernih! Cantik sangat

Habis posing, yasss moh salin baju, kita snorkel pulak! hehehe. 
Aku kan, amaze sangat dengan kakak tau, kakak tu dia sangat suka binatang, sangat suka pulau, kakak tu aku tak hantar tau dia ke kelas swimming, tapi dia pandai swim. Pakai Life jacket lah tapi, aku masih x berani nak lepaskan dia tanpa jacket, and u know what, ini kali pertama dia snorkel, and guess what! DIA PANDAI!!!

papa dia ajar skali je, cara bernafas, cara berenang. lepas tu trus pandai sendiri, Allahu, memang aku rasa kakak ni fast learner kalau bab bab ni. Dia tak takut

PAKEJ ISLAND HOPPING yang AFS Car rental and Tour settlekan untuk kami ni, memang all in dah harga ke pulau, snorkle, life jacket semua, senang, aku tak payah fikir dah. kami diberi masa sampai 1pm di Pulau mamuntik. Then kami naik boat ke Pulau Sapi pula

So ada lah dalam 3jam kami kat Pulau Mamuntik

Alfi??? Jangan tanya, penakut, ko tengok dia, dah macam Koala dalam air, melekat dengan papa! HAHAHAHA. maybe Alfi kecik lagi, so takut, nak tengok ikan, tp takut. HAHAHA. Kakak pulak nampak ikan, menjerit jerit, aku cuak ingat nak lemas ke apa, rupanya nampak ikan! HAHAHA lawak doh

Ni aku gilir gilir dengan laki aku, dia pergi snorkle dulu, aku jaga alfi, then dia jaga alfi, aku snorkle. hehe. gitu lah sementara nak tunggu Alfi besar, kena hantar Alfi g kelas renang ni

Jam 1pm, boat sampai nak ambil kami ke pulau Sapi pulak. selamat tinggal pulau manuntik. tak tau lah bila nak sampai lagi, and we will miss u! sebab lepas ni kami nak g Semporna pulak. Dorang kata sana lagi best! wuuhuuuuuu. InsyaAllah kalau g Semporna pun nak pergi dengan AFS Car Rental and Tour juga

Pulau SAPI! cantik!!!! Tapi tak sentanding Mamuntik, tapi yang win kat sini, IKAN DIA, IKAN DIA LAGI CANTIK!!!! sini ramai orang, aktiviti pun banyak. korang boleh diving kat sini. orang putih separuh bogel pun ramai, LOL! So pandai pandai lah ko nak explain kat anak ko kenapa dia pakai cm tu. HAHA. its hard! lol
Signature pose papa! haha
hey badak mana ni! pakai hitam pun nampak gemok. LOL

awan yang sangat cantik


Santai nampak kakak! HAHA. Dah jom balik, kul 3pm kami gerak dr Pulau Sapi, sebab langit dah gelap, risau hujan, nanti terkandas kat Pulau

Oh lupa aku nak cerita pasal toilet, jika korang pergi time aku pergi ni, BUKAN CUTI SEKOLAH, orang tak crowded sangat tau, dan toilet bersih, dua dua pulau yang aku pergi, dua dua toilet dia ok ok je, tak de lah OK SANGAT, tapi ok lah. Tak menggelikan

Cumanya di Pulau Sapi, tempat salin baju dia OPEN, HAHA. Jangan terkejut jika nampak pelancong B**G*L waktu salin baju, hahaha. Macam aku, lepas bersihkan pasir kt baju, aku salin dalam tandas, terpaksa, takkan aku pun nak jd cam pelancong tu kan. lol

Tapi ok je, kami survive, cuma kakak lah, terbuntang mata tengok, sbb tak biasa kan. HAHA. but overall ok je. Salin baju, naik boat, balik Jesselton jetty, AFS Car Rental and Tour dan tunggu kami

Sampai rumah, kami rehat rehat, malam ni kami decide nak jalan sendiri, aku nak ke Cafe Kucing kawan blogger, PURRFECT Place cafe. Cafe ni adalah Cafe Wajib Singgah Di KK. Wajib pergi jika pencinta kucing ok! So AFS Car Rental And Tour tinggalkan kereta utk kami jalan sendiri mlm tu

Rasa terharu sgt bila Sya pm kat Fb jemput kita dtg cafe dia, aku pun tak tahu ada kwn di Sabah, LOL. aku pernah tgk cafe ni masuk TV1 dulu, tapi tak perasan Sya yang punya. Nampak sangat tak beramah mesra dengan kwn kwn di FB, hehe. TQ sya sebab jemput kami, belanja kami kek dan minum di Cafe! sedap sangat kek awak

Korang boleh usha IG dia, Purrfect Place
Si kakak, jangan tanya lah! seronok sangat dpt main cat, dorg dah charge kat rumah dulu, so sampai sini, aktiflah masing masing. hehe

Sebelum masuk dalam tempat kucing ni, korang kena pakai sanitizer, sini memang bersih, tak bau hama kucing, kucing gemok! bersih sgt. TERBAIK weh

Korang datang sini tau nanti! Jangan lupa

Kalau korang nak tahu pakej pasal Island Hopping tu, boleh try contact :
AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD
TQ AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD for great service, sangat recommended!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lipslikesugar87.blogspot.com/2019/11/island-hoping-sabah-pulau-sapi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Kapas

Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 298 hits
Lokasi Pulau KapasAlamat Pulau Kapas Terengganu Waktu Operasi 9 00 pagi 6 00 petang Aktiviti Yang Dilakukan Mandi PantaiSnorkeling Harga Tiket Banana Boat RM 20 Berkayak RM 20 Hiking RM 15 Waktu Operasi 10 00 pagi 2 00 petang 4 00 petang Is...
Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas

Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 445 hits
Lokasi Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas Alamat Pulau Kapas Terengganu Waktu Operasi 3 00 petang 12 00 petang Kadar Sewa RM 225 00 Tarikh Lawatan 03 04 November 2021 Kapas Coral Beach Resort Pulau Kapas menjadi tempat menginapan di Pulau...
Jeti Marang Pulau Kapas

Jeti Marang Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 346 hits
Lokasi Jeti Marang Pulau Kapas Alamat Bandar Marang 21600 Marang Terengganu Waktu Operasi 9 00 pagi 6 00 petang Harga Tiket Tempat Letak KeretaRM 9 00 Tarikh Lawatan 03 November 2021 Jeti Marang Pulau Kapas menjadi lokasi persinggahan perta...
Mkma63 Setuju Pinda Status Sabah Sarawak Sebagai Rakan Sekutu

Mkma63 Setuju Pinda Status Sabah Sarawak Sebagai Rakan Sekutu

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 330 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili semasa sesi soal jawab di Parlimen 23 September 2021 Foto Bernama Status rakan sekutu Sabah Sarawak akan dikembalikan KOTA KINABALU Majlis Khas Perjanjian Mal...
Pga Sabah Rampas 3 090 Karton Rokok Seludup Bernilai Hampir Setengah Juta Ringgit

Pga Sabah Rampas 3 090 Karton Rokok Seludup Bernilai Hampir Setengah Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 309 hits
Sebahagian daripada 141 plastik hitam yang mengandungi 3 090 karton rokok tanpa cukai pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM474 084 berdasarkan harga pasaran semasa Foto PGA Sabah PGA bongkar stor rokok seludup hampir setengah juta ri...
Makan Nasi Arab Di Restoran Al Araby Seberang Jaya Pulau Pinang

Makan Nasi Arab Di Restoran Al Araby Seberang Jaya Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 426 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan ulasan dan cerita tentang satu tempat makan yang aku dan keluarga cuba baru baru ini Syukur apabila dine in sudah dibole...
Ulang Mb Ngok Kedah Saifuddin Nasution Perjanjian Pulau Pinang Dipajak Daripada Kedah Ada Tak Dak Lagi Mb Macam Ni

Ulang Mb Ngok Kedah Saifuddin Nasution Perjanjian Pulau Pinang Dipajak Daripada Kedah Ada Tak Dak Lagi Mb Macam Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 274 hits
KAH KAH KAH MALU ORANG KEDAH JAGA LA SIKIT STANDARDT TITTLE MB TUCAKAP TU BERDASARKAN FAKTATAK KAN LA MB TAK BOLEH NAK SEMAK DAN BUAT KAJIANJANGAN LA HANG TEBANG BALAK SEBAB BANYAK KEPERLUAN AIR KEDAH PERLIS P PINANGAKHIR SEKALI JANGAN NGOK...
Nelayan Jumpa Harta Karun Pulau Emas Ditemui Di Sumatera

Nelayan Jumpa Harta Karun Pulau Emas Ditemui Di Sumatera

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 189 hits
Nelayan Jumpa Harta Karun Pulau Emas Ditemui Di Sumatera SEKUMPULAN nelayan menemukan sebuah lokasi yang terkenal dengan khazanah emasnya di Sumatera Dikenali sebagai Pulau Emas dikatakan lokasi tersebut adalah bekas tapak kerajaan yang hil...
Pulau Batu Puteh Appeal Withdrawal Should Be Investigated Najib

Pulau Batu Puteh Appeal Withdrawal Should Be Investigated Najib

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 237 hits
Pekan MP Najib Abdul Razak stressed that the withdrawal of Malaysia s review application on Pulau Batu Puteh in the International Court of Justice should be investigated According to the former prime minister the country had acquired at lea...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba