Iora Meraikan Pembukaan Rasmi Butik Konsep Terbesar Di Malaysia


Hi Korang,

iORA, label busana wanita yang berkualiti dan mudah didapati, dengan rasminya membuka butik konsep terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah ikonik, Mid Valley Megamall. 

Dengan keluasan menjangkau lebih daripada 9,000 kaki persegi, butik konsep baru di F-JA2(B), Aras Satu, Mid Valley Megamall ini adalah epitome kepada gaya penuh elegan, yang direka untuk memberikan ruang optimum bagi pengunjung kala membeli-belah dengan himpunan produk yang pastinya lebih memukau. 

Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian butik konsep iORA ni di Mid Valley baru-baru ini, di samping majlis perasmian butik di adakan juga pertunjukan fesyen koleksi pakaian iORA kepada pada tetamu yang hadir


Butik pertama iORA dibuka pada tahun 1998, menawarkan gaya asas tak lapuk dek zaman yang boleh dipakai musim demi musim. Daripada hanya satu jenama, iORA berkembang kepada 25 butik (termasuk butik mandiri dan butik konsainan) di seluruh Singapura dan Malaysia dengan mengetengahkan lebih banyak sub-jenama bagi menepati keperluan serta citarasa wanita era ini. Butik konsep ini merupakan butik yang ketiga di Malaysia dan terbesar seumpamanya.









Menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung - iORA, LALU dan SORA – butik ini pastinya akan membantu melengkapkan lagi ‘wardrobe’ setiap wanita. 
iORA mencipta pakaian asas berkualiti dengan serlahan stail yang dikemaskini bagi memenuhi gaya hidup wanita moden. Wanita iORA melengkapkan penampilannya dengan padanan klasik malar segar bersama sentuhan elemen trendy menepati musim. 
LALU mensasarkan pelanggan yang lebih muda dan dinamik. Pencinta fesyen percaya bahawa LALU menyerlahkan stail yang lebih ceria dan trendy, yang mana ia turut mudah digayakan dan mampu milik. 
SORA melengkapi padanan harian wanita dengan kasut, beg dan aksesori yang bukan hanya moden malah minimalis. Rekaan SORA mencetuskan gaya versatil dan penuh fungsi, yang merangkumi padanan kemas ke pejabat dan kasual.


Butik konsep baru ini turut menghidupkan DNA iORA, dengan ruang yang terbuka dan rapi bagi membolehkan produknya menjadi tumpuan utama. Kontemporari namun canggih, hiasan dalamannya dibiarkan minimal, seakan-akan ruang dalaman sebuah galeri seni. Dengan unit rak terhad, produk disusun dan dipaparkan dengan rapi mengikut jenama, variasi jenis, serta kombinasi warna bergaya, untuk cetusan rasa segar dan penuh semangat. Laluan yang lapang, ditambah pencahayaan yang selesa, turut membuatkan suasana keseluruhannya santai untuk pelanggan membeli-belah. 
Sejurus melangkah masuk ke butik, pelanggan disambut dengan ruang tumpuan yang penuh warna-warni dalam paparan pengayaan dari kepala hingga ke kaki, dengan koleksi rekaan terkini. Visual kempen terkini diletakkan di kedua-dua sisi dinding yang menonjolkan lagi ruangan dalaman butik sementara cermin berbingkai membangkitkan daya tarikan iORA yang tersendiri. Teruskan melangkah jauh ke dalam ruangan butik yang besar, dipenuhi lebih banyak himpunan koleksi fesyen, khususnya iORA dan LALU.


Selain ruang ini, bilik-bilik persalinan yang luas dan terang namun masih tertutup rapi, memberikan ruang peribadi yang diperlukan untuk mencuba sendiri helaian iORA atau LALU. Aksesori SORA juga diletakkan secara strategik di dalam butik, untuk memberi inspirasi kepada pembeli mengenai padanan aksesori terbaik sebagai pelengkap gaya. 
Serlahan warna unik koleksi Musim Luruh/Salju 2019 boleh dilihat kala membelek pelbagai jenis blaus, pakaian luar, baju panas, skirt, gaun, celana serta pakaian rajut. Pastinya akan ketemu rangkaian fesyen terkini yang merangkumi semua keperluan wanita, mudah digabung serta dipadankan untuk penampilan penuh keyakinan. Dengan siluet yang terletak cantik pada tubuh, ia sememangnya padanan sempurna dan selesa untuk penggayaan dari siang hingga ke malam, bahkan sebelum serta selepas waktu pejabat.


iORA sentiasa berkembang selaras dengan citarasa, pilihan dan keperluan wanita moden. Dengan wujudnya butik konsep baru ini, iORA mensasarkan untuk mencetuskan inspirasi kepada lebih ramai individu dalam mengembangkan gaya peribadi masing-masing di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 
Laman web :www.iora.com.sg
Facebook: www.facebook.com/ioramy/
Instagram: https://www.instagram.com/iorasg



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/09/iora-meraikan-pembukaan-rasmi-butik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis Hotel 5 Bintang Di Universiti Sains Malaysia

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis Hotel 5 Bintang Di Universiti Sains Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 593 hits
Dekorasi memainkan peranan penting untuk memastikan mood kita sentiasa dalam keadaan tenang dan ceria Malah dekorasi yang cantik juga dapat membantu minda kita menjadi lebih kreatif Sebut sahaja bilik hostel kita pasti sudah terbayang bilik...
Pelancaran Rasmi Label Baharu Jenama Alif Oleh Syarikat Sime Darby Oils Melalui Konsep Ladang Ke Dapur

Pelancaran Rasmi Label Baharu Jenama Alif Oleh Syarikat Sime Darby Oils Melalui Konsep Ladang Ke Dapur

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 1659 hits
SAYANGI SAWITKU Seri Wangi berkesemparan hadir di majlis Pelancaran rasmi label terbaharu minyak masak jenama ALIF oleh Syarikat Sime Darby Oils pada 3 September 2019 di Grand Hayat Kuala Lumpur Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh ...
Rasmi Apple Mengumumkan Acara Pada 11 September Waktu Malaysia Pengenalan Iphone 11

Rasmi Apple Mengumumkan Acara Pada 11 September Waktu Malaysia Pengenalan Iphone 11

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 292 hits
Apple hari ini telah pun mula menghantar jemputan media untuk acara pada 10 September dimana gergasi perkomputeran berkenaan dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru pada acara berkenaan Mengikut desas desus sebelum ini Apple dijangka m...
Hampir Ranap Pintu Butik Uniqlo Malaysia Kecoh Lagi Kerana Kaws

Hampir Ranap Pintu Butik Uniqlo Malaysia Kecoh Lagi Kerana Kaws

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 318 hits
Jika perlu memilih satu kolaborasi paling panas yang dihasilkan oleh Uniqlo tahun ini anugerah berkenaan boleh diberikan kepada kolaborasi Uniqlo x KAWS ini Koleksi terakhir antara KAWS dan Uniqlo ini sebenarnya telah dilancarkan pada bulan...
Oppo A9 A5 2020 Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 665 Kuad Kamera 5000mah Harga Bermula Rm699

Oppo A9 A5 2020 Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 665 Kuad Kamera 5000mah Harga Bermula Rm699

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 499 hits
Peranti Oppo dalam siri A adalah peranti kelas pertengahan Terdapat pelbagai peranti dalam siri ini dan masing masing hadir dengan kelebihan tersendiri Fokus Oppo dilihat lebih kepada Oppo A9 yang sebelum ini dilancarkan pada bulan April la...
Vivo Memperlihatkan Vivo V17 Pro Secara Rasmi Bakal Dilancarkan Pada 1 Oktober Di Malaysia

Vivo Memperlihatkan Vivo V17 Pro Secara Rasmi Bakal Dilancarkan Pada 1 Oktober Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 602 hits
Vivo Malaysia hari ini secara rasminya berkongsi gambar telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo V17 Pro Vivo V17 Pro ini membawakan empat kamera pada bahagian belakang selain dwi kamera hadapan yang diletakkan pada bahagian pop naik Vivo t...
Boost Meraikan Hari Malaysia Yang Lebih Baik Dan Progresif

Boost Meraikan Hari Malaysia Yang Lebih Baik Dan Progresif

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 466 hits
Meraikan Hari Malaysia e dompet terkemuka Boost menggalakkan semua rakyat Malaysia melakukan bahagian mereka untuk Boost My Malaysia Kempen ini memberi tumpuan kepada menanam lima nilai teras kebaikan kebersihan lebih sihat lebih adil dan l...
Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

Dibaling Batu Suar Penyokong Malaysia Cede3ra Termasuk Patah Tangan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 418 hits
Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta antara Indonesia dan Malaysia malam ini dicemari perga duhan antara penyokong kedua dua pasukan Dibaling batu suar Penyokong Malays...
Kena Serang Kena Kencing Syed Saddiq Tekad Tuntut Bela Untuk Penyokong Malaysia

Kena Serang Kena Kencing Syed Saddiq Tekad Tuntut Bela Untuk Penyokong Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 448 hits
Biadap dan tidak professional Itulah yang dapat digambarkan mengenai sikap penyokong Indonesia yang bertindak ganas terhadap penyokong dari Malaysia ketika di dalam stadium Gelora Bung Karno Menerusi perkongsian di Twitter Menteri Belia dan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord