Intipati Menarik Belanjawan 2024 Ekonomi Madani



Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran secara langsung pembentangan di TV utama Malaysia, berikut dikongsikan intipati Bajet 2024 - Ekonomi MADANI

Intipati Menarik Belanjawan 2024:
*Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.

1. Sementara menunggu Kajian ini lengkap, Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
2. Bayaran Insentif 1,000 ringgit turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal

3. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja penjawat awam ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada 4,000 ringgit kepada 6,000 ringgit selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.

4. Kerajaan bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

5. Sejumlah 50 juta ringgit juga disediakan sebagai bantuan kewangan kepada pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat.

6. 20 juta ringgit disediakan untuk memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat. Kerajaan juga menyediakan 20 juta ringgit sebagai Geran Pertubuhan MADANI untuk manfaat penduduk setempat bagi melaksanakan program-program kesukarelaan, perpaduan serta aktiviti pencegahan jenayah dan bencana.

7. Kerajaan akan memberi kelonggaran khas bagi perolehan sehingga 200 ribu ringgit untuk setiap pesanan kepada usahawan kraftangan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

8. Kerajaan juga menyediakan 10 juta ringgit untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri antaranya untuk: 
        • mempergiat aktiviti kebudayaan Sabah dan Sarawak;
        • memelihara bahasa kaum minoriti seperti entik Siam;
        • mewujudkan Pusat Etnik dan Budaya Perak;
        • membaik pulih Pusat Tenunan Songket di Kompleks Tuanku Nur Zahirah,           Kuala Terengganu dan Desa Ukiran Kayu, Besut, Terengganu.
9. Kerajaan menyediakan 50 juta ringgit kepada agensi yang berpotensi untuk mengetengahkan karya seni dan sastera negara, mempergiatkan persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia

10. Kerajaan bersetuju memberikan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan

11. Kerajaan akan terus menyediakan dana geran padanan 50 juta ringgit bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta

12. Sejumlah 50 juta ringgit disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.

13. Bagi memperkasa ekosistem atlet para, 12 juta ringgit disediakan kepada Majlis Sukan Negara untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.

14. Kerajaan memperuntukkan 72 juta ringgit bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium. Ini termasuklah 20 juta ringgit di bawah inisiatif Road to Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.

15. Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga 1,000 ringgit. Pelepasan ini juga akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
16. Mengembalikan semula geran bantuan sebanyak 20 ribu ringgit kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM. Pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka

17. Kerajaan mengkhususkan 1.9 bilion ringgit bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

18. Kesejahteraan anggota beruniform dan para pesara akan terus dipelihara.
        • 400 juta ringgit disediakan untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah          Keluarga Angkatan Tentera
        • 20 juta ringgit turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan Kem Tentera Darat          secara berfasa

19. Mulai tahun 2024, Kerajaan turut bercadang supaya surat cara pindah milik harta tanah melibatkan benefisiari melepaskan hak kepada benefisiari yang layak mengikut wasiat atau faraid atau Akta Pembahagian 1958 hanya dikenakan duti setem sebanyak 10 ringgit ketimbang kadar ad-valorem sebelum ini

20. Kerajaan bercadang untuk mengenakan duti setem pada kadar rata 4 peratus ke atas surat cara pindah milik harta tanah oleh individu bukan warganegara dan syarikat milik asing kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia.

21. Memperuntukkan 100 juta ringgit kepada Kampung Baru Cina bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan kemudahan sosial bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung.

22. Kerajaan telah mengambil alih pembangunan Bandar Malaysia bagi memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaiknya untuk projek rakyat berteraskan nilai MADANI. Ini termasuk projek pembinaan rumah mampu milik untuk golongan veteran, mengambil kira kepentingan Bumiputera di Wilayah Persekutuan selain penyediaan taman-taman dan ruang hijau yang boleh dimanfaatkan oleh semua penduduk Lembah Klang.

23. Bagi memudahkan pembangunan semula skim strata, ambang persetujuan penduduk untuk jualan en-bloc akan dikurangkan daripada 100 peratus kepada tahap yang konsisten berdasarkan amalan antarabangsa seperti di Singapura. Ini akan menggalakkan pembaharuan semula bandar dan menggalakkan pembangunan semula bangunan usang di bandar.

24. Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga 10 bilion ringgit untuk SJKP bagi memanfaatkan 40 ribu peminjam.

25. Secara keseluruhan, 2.47 bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024.
26. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik. Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk dengan kos sebanyak 4.7 bilion ringgit.
27. Subsidi pengangkutan awam seperti bas, rel dan perkhidmatan udara akan terus disediakan untuk menjamin kesinambungan perkhidmatan terbaik kepada rakyat

28. Projek-projek infrastruktur utama jalan raya akan terus diperhebat. (Pan Borneo Sabah dan Sarawak).
29. CyberSecurity akan membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Terhadap Teknologi 5G bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber. 60 juta ringgit diperuntukkan untuk tujuan ini.

30. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air, terutamanya di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

31. Kerajaan akan menyediakan peruntukan 1 bilion ringgit di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) bagi menyediakan geran antara 50 ribu ringgit hingga 100 ribu ringgit kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti MADANI.

32. Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan 100 juta ringgit yang akan memanfaatkan 700 ribu rakyat, dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi. 50 juta ringgit disediakan untuk tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung.

33. Kerajaan menyediakan 150 juta ringgit untuk menyenggara sistem teknologi maklumat di bawah KKM termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan.

Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sensasimedia.com/2023/10/intipati-menarik-belanjawan-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2024 Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat

Belanjawan 2024 Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 179 hits
Husam Musa Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2024 RM393 8 bilion dari mana datangnya ADMIN InfografikBernama Belanjawan2024 MalaysiaMADANI Belanjawan2024 MEM2024 BelanjawanMADANI
Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 181 hits
Tarikh belanjawan 2024 Malaysia telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023 jam 4 00 petang tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat sumber Belanjawan 2024 Malaysia MADANI merupakan...
Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerikut ialah intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat ...
Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 154 hits
Pengusaha kedai kopi harap Belanjawan 2024 sedia insentif tangani isu harga barang Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitka
Gempar Bila Penasihat Khas Anwar Kritik Belanjawan 2024

Gempar Bila Penasihat Khas Anwar Kritik Belanjawan 2024

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 144 hits
PROFESOR Ekonomi PROFESOR Ekonomi Universiti Malaya Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah adalah salah seorang daripada lima individu yang dilantik bagi menganggotai badan penasihat khas yang akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Mente...
Belanjawan Tertinggi Makro Ekonomi Tekun Tekad Bantu Usahawan Kecil

Belanjawan Tertinggi Makro Ekonomi Tekun Tekad Bantu Usahawan Kecil

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 157 hits
Pembentangan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sehingga RM390 bilion kepada sektor perusahaan kecil atau makro menunjukan iltizam Kerajaan Madani untuk membangunkan ekonomi peniaga petani atau usahawan kecil kecilan Bagi Pengerusi TEKUN N...
Belanjawan 2024 Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara

Belanjawan 2024 Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 339 hits
Semalam 13 Oktober bersamaan Hari Jumaat telah dibentangkan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim Berikut adalah sebahagian Infografik Berkenaan STR dan bonus kakitangan kerajaan dan pesara rebat elektr...
Belanjawan 2024 Apa Aku Dapat

Belanjawan 2024 Apa Aku Dapat

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 219 hits
Setiap kali Belanjawan ini soalan yang kita akan tanya Apa kita akan dapat darinya Dari Penjawat Awam ke Peniaga Dari SME ke GLC Dari yang dah bekeluarga ke yang bujang lagi Belanjawan itu kita nilai berapa banyak Kerajaan boleh bagi Lagi b...
Pasaran Kerja Ekonomi Dan Digital Pikom 2023 2024

Pasaran Kerja Ekonomi Dan Digital Pikom 2023 2024

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 217 hits
Kisah dan pengalaman mummy dulu semasa menjadi seorang HR Manager di syarikat swasta dan juga Outlet Manager di RHB Bank Perkara utama mesti tahu tentang pasaran kerja terutama ketika buat hiring dan juga recommended salary Sebagai pekerja ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat