Inti Popia Mini
Alhamdulillah..
Kali pertama buat inti popia sendiri
Menjadi la juga walaupun tak berapa sedap sebab kurang masinAlmaklum sahaja kan..
Siang siang tak boleh rasa..
Kita pula belum cukup master nak agak kuantiti garam gula perisa ni
Takdela susah sangat..
Cuma... lenguh weh tangan menggodak isi ikan.
Ye la...dah nama pun serunding..
Memang begitu la kekdahnya..
Kena godak sampai kering..
Kalau basah tak tahan lama pulaUntuk 2 kilo ikan kembong tu...dekat sejam juga Mama Yan menggodaknya
Lepas dah masak..
Dah plan nak timbang berat selepas masak..
Lepas tu...hapah..
Bateri henpon kiok, terus lupa segala..
Baring2 depan tv je sudahnya
Ini isi ikan yang telah direbus dengan asam keping dan diasingkan dari tulangnya.
Mama Yan kisar kasar.
Dua biji bawang besar bersaiz sederhana. Dah besar, sederhana pulak ye...tambah 4 ulas bawang putih.
Tumbuk atau blend
Tumiskan bawang tumbuk. Tambah kan 2 sudu besar cili kering kisar. Takpayah penuh mutuk mutuk sudu. Kang pedas popianya, anak tak makan pulak
Lepas bawang dan cili kisar dah sedikit garing, masukkan isi ikan tadi ke dalam kuali.
Koseng lah sampai isi ikan kering dan garing.
Mula mula Mama Yan masak dalam kuali. Tapi, isi ikan tu asik melekat je kat kuali
Okay...dah start panas dah ni
Pergi bukak kipas, api pulak padam
Sejenis yang payah nak sabar...hahahaPadam api keja...menung
Tiba tiba dapat idea..
Periuk Noxxa kan ada..
Beli leh tahan mahal, tp banyak rehat dari bertugas
Pindah kan serunding tu dari kuali ke periuk NoxxaLepas tu, setkan 'stir fry'
Bukak kipas dengan kelajuan maksima.
Tala kat Mama Yan sorang
Fuhhh...senang hati masak kalau macam ni..
Isi ikan tadi pun dah tak melekat lekat..
Serunding perlu sentiasa dikaup balikkan.
Kalau tak nanti bawahnya hangus. Haa...dah nak kering tu
Alhamdulillah lagi dan lagi..
Kerana Allah permudahkan urusan petang semalam
Gambar serunding dah siap takde...semalam hp habis bateryKulit popia dah stand by dalam peti
InsyaAllah malam karang kita gulungWassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/05/inti-popia-simpul.html