Cara Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup Dan Segar Walaupun Disejuk Bekukan
As Salam,
Cara Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup dan Segar Walaupun Disejuk bekukan-Ewahh.Kemain saya bagi tajuk post kali ni kan.haha.Yup! ini memang masalah negara bagi sesiapa yang selalu buat popia frozen untuk jualan atau makan sendiri kat rumah.Saya time zaman baru nak up dulu sebagai suri rumah pun tertanya-tanya, ngapain kopiah eh popiaku tak rangup lepas beberapa jam kita goreng dia.Stress tau
Hasrat hati mak sorang ni nak buat stok bulan puasa, si kecik dah buat muka sedih.Mama layankan jugaklah kemahuan anak.
Orait, memandangkan tinggal lusa je dah start masuk Ramadan Al Mubarak, saya pun dah mula start enjin buat stok untuk hidangan berbuka atau bersahur.Almaklumlah, I is mak dan jugak wife yang kerja, dan memang taklah kalau petang-petang balik sekolah ada hati lagi nak gulung popia bagai kan.Baik saya tido sebelum nak siapkan hidangan time berbuka kann.kihkih.Terukss sangat ni
Popia Inti Sayur Kekal Rangup by Cik Matahariku:)
So, pagi tadi walaupun minggu pertama, saya dan rakan-rakan guru dari Panitia Matematik pepagi dah berkampung kat Auditorium Muzium Tentera, Port Dickson sebab ada program Matematik bersama Adimatik. Dalam tengahari, lepas balik dari Auditorium, bergegas pulak ke Tesco Lukut sebab barang dapur banyak dah habis.Lusa nak Puasa dah ni.Apa barang pun takde nak masak.heh
Popia sayur antara favourite family saya anak beranak time bulan puasa.Alhamdulillah, setel satu bab:)Panjang beno intronya kali ni,Mana kata nak kongsi tips Cara Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup dan Segar Walaupun Disejuk bekukan ? mana?mana?hahha.Sabo no.
Cara Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup dan Segar Walaupun Disejuk bekukanSebelum gulung popia, pastikan inti popia sayur telah benar-benar kering.Caranya ialah dengan masukkan inti dalam bekas bertapis dan alas dengan pinggan supaya air tos dengan baik.Kalau inti sayur tak kering, ia sebab kulit popia jadi tak rangup selepas digoreng.Kalau nak mudah, bawang merah, putih dan udang kering tak payah blend atau kisar.Korang tumbuk je sebab kalau tumbuk dah sah-sah tak guna air mcm kita blend kan.Confirm inti sayur kita kering.InshaAllah.Sebelum goreng, letak popia di luar fridge dalam 10 minit.Bila dah kering wap dari proses sejuk beku, InshaAllah popia sayur korang rangup.Guna kulit popia yang saiz kecil, bukan saiz besar.Kalau saiz besar, gulungan akan jadi lebih tebal.Kalau nak guna saiz besar, boleh potong kepada dua bahagian.Pilih sayur yang tak banyak keluarkan air macam timun atau taugeh.Kalau nak jugak inti sayur, pilih carrot, sengkuang dan kentang.Kalau nak jugak timun, guna timun jepun, tapi bajet lebih sikit,haha.Pastikan goreng dengan minyak penuh dengan api sederhana.Tak payah tunggu minyak panas sangat sebab kalau kita goreng dengan minyak yang terlalu panas dan api kuat, kulit popia jadi kasar dan tak licin. Antara pilihan sayur kalau nak buat popia inti sayur. Sagat bagi halus dan jangan masak lama sangat
Kalau sayur ni masak sekejap je sebab nanti kita akan goreng dia lagi. Bila masak sekejap, kuranglah berair inti sayur kita:)
Inti sayur saya masukkan dalam tapis untuk keringkan air. Tapi hari ini saya tak blend bawang, saya tumbuk sebab rajin, hasilnya lagi mudah sebab inti sayur memang kekal kering dan rangup.Saya cadangkan korang tumbuk je sekejap segala mak nenek bawang tu.Kata nak popia yang rangup kann.Kalau malas, hiris jelah bawang tu.Tapi rasanya kureng kot nanti.hihi
Bagi sesiapa yang nak resepi inti popia sayur dan cara sediakan popia sayur, boleh tengok kat sini ya :Resepi Inti Popia Sayur yang Mudah dan SedapCara Bergambar sediakan Popia Inti SayurKerangupan popia sayur ni sampaikan bila kita gigit, dengan sayur-sayur masih lagi rangup dan fresh.Memang marvellous:)
Dengan popia inti sayur jugaklah secara tak sengahaja kita dapat train anak makan sayur.Kalau tidak, jangan harap anak ko nak makan timun atau carrot bagai tu kann
Nasib baik saya publish post ni time belum puasa lagi kan.Kalau tak jadi makruh post i ni tau.Tunjuk korang popia sayur yang rangup dan rangup dan rangup lagi.hihi
Thanks guys, for reading this entry.Saya cuma berkongsi tips yang saya dah berjaya buat dan harap korang pun dapat manfaat yang sama:) Boleh share kat kengkawan and family kalau depa tak tahu tips nak pastikan popia sayur yang dah frozen kekal rangup.Thanks semua:)
Selamat Meraikan Ibadah Puasa Dengan Sempurna:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/05/cara-pastikan-popia-sayur-kekal-rangup.html